Pages

Showing posts with label Badminton. Show all posts
Showing posts with label Badminton. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Datuk Lee Chong Wei tarik diri, tidak berjaya pertahan takhta All England

Chong Wei di periksa oleh doktor kejohanan semasa game kedua
Datuk Lee Chong Wei gagal mengikut jejak langkah lagenda badminton negara Wong Peng Soon dalam memenangi 3 gelaran All England berturut-turut. DLCW terpaksa menarik diri pada game kedua semasa ketinggalan 6-2 kepada Lin Dan kerana kecederaan bahu. Game pertama di menangi Lin Dan 21-19.

Kecederaan DLCQ di ketahui sebelum perlawanan bermula tetapi untuk tidak menghampakan peminat-peminat, dia turun juga untuk mempertahankan kejuaraannya. Namun, dari awal lagi boleh di lihat Chong Wei tidak dapat menahan asakan pemain China itu. Pukulan smash dan hayunan penuh tidak boleh di lakukan dan banyak pukulan banyak sampai mid-court sahaja.

Datuk Lee Chong Wei menerima medical time out sebanyak dua kali dan akhirnya selepas berbincang dengan doktor kejohanan dan jurulatih, beliau menarik diri.

Datuk Lee Chong Wei juga telah menarik diri dari kejohanan Terbuka Switzerland yang akan bermula Rabu ini. Beliau ingin mengelakkan kecederaan ini menjadi semakin teruk sebelum Olimpik di London nanti.

Sunday, January 15, 2012

Datuk Lee Chong Wei juara Terbuka Malaysia 2012

Datuk Lee Chong Wei juara kali kelapan Terbuka Malaysia

Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi BWF Malaysian Open 2012 @ Terbuka Malaysia 2012 untuk kali kelapan sebentar tadi selepas mengalahkan Kenichi Tago dari Jepun dengan keputusan 21-6, 21-13 di Staidum Putra Bukit Jalil dalam perlawanan akhir.

Perlawanan di kuasai sepenuhnya oleh Datuk Lee Chong Wei dari awal hingga akhir dan hanya memerlukan lebih kurang dari 30 minit. Datuk Lee Chong Wei membawa pulak USD 30 ribu sebagai juara dan Kenichi Tago membawa pulang USD 15,200 sebagai naib juara.

Friday, January 13, 2012

Stadium Putra dalam rumah

video

Mama dan Kaisan membawa keriuhan BWF Malaysia Open di Stadium Putra ke rumah. Riuh rendah jadinya.

P/s: Tak sabar nak bawak Kaisan pergi stadium bila dia dah besar nanti.

Ads by Nuffnang