Pages

Showing posts with label Rant. Show all posts
Showing posts with label Rant. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Nasihat kita tak nak dengar....



Susah juga bila kita cuba bagi nasihat dan orang itu sentiasa takkan dengar atau ambil kisah padahal nasihat kita betul. Selalunya dia akan dengar nasihat atau pandangan orang lain dulu. Bila nasihat yang di ambil tu salah atau tak kena, barulah nak ikut nasihat yang kita bagi.

Terfikir juga kenapa macam tu? Fikir punya fikir baru ini dapatlah tahu. Rupanya saya ini orang yang tidak layak bagi nasihat sebab saya bukan orang yang berjaya. Apa yang di takrifkan orang berjaya? 


Tidaklah nak kata nasihat saya sentiasa betul, tetapi selalunya nasihat itu akhirnya akan sama aje dengan nasihat yang di minta dari orang lain. Kalau rasa nasihat atau pandangan kita mungkin tak kena, boleh aje cakap. Tapi selalunya, akan terus tolak ke tepi. Ok.

Lepas tahu macam tu, sudah malas dah nak bagi nasihat walaupun sebenarnya memang tanggungjawab saya. Selepas ini kalau nak buat apa-apa pun, buatlah. 

Ads by Nuffnang