Ads by Nuffnang

Showing posts with label Buang Tebiat. Show all posts
Showing posts with label Buang Tebiat. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Nasihat kita tak nak dengar....



Susah juga bila kita cuba bagi nasihat dan orang itu sentiasa takkan dengar atau ambil kisah padahal nasihat kita betul. Selalunya dia akan dengar nasihat atau pandangan orang lain dulu. Bila nasihat yang di ambil tu salah atau tak kena, barulah nak ikut nasihat yang kita bagi.

Terfikir juga kenapa macam tu? Fikir punya fikir baru ini dapatlah tahu. Rupanya saya ini orang yang tidak layak bagi nasihat sebab saya bukan orang yang berjaya. Apa yang di takrifkan orang berjaya? 


Tidaklah nak kata nasihat saya sentiasa betul, tetapi selalunya nasihat itu akhirnya akan sama aje dengan nasihat yang di minta dari orang lain. Kalau rasa nasihat atau pandangan kita mungkin tak kena, boleh aje cakap. Tapi selalunya, akan terus tolak ke tepi. Ok.

Lepas tahu macam tu, sudah malas dah nak bagi nasihat walaupun sebenarnya memang tanggungjawab saya. Selepas ini kalau nak buat apa-apa pun, buatlah. 

Saturday, June 11, 2011

Angry Birds by Rovio.....Awesome (& addictive)

Dapatkan link untuk free download Angry Birds di akhir entry


Siapa sangka game yang simple ini boleh buat jadi fenomena di seluruh dunia? Jalan cerita Angry Birds senang aje, telur-telur Angry Birds di curi babi-babi khinzir jahat. Btw, aku baru tahu beza antara khinzir jahat dengan yang baik ialah yang jahat warna hijau, color lain khinzir baik. So, kalau jumpa khinzir hijau, hati-hati okay! Angry Birds pulak nak dapatkan balik telur-telur tu sambil membelasah babi hijau yang jahat tu.


Taktik Angry Birds senang aje. Kill the green bad pigs! Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! Ok Bo, get hold of yourself...1..2..3..pheww. Getting back to the game, babi-babi hijau ini pulak employ akitek mana entah untuk bina tempat sembunyi yang memang payah nak tembus. Kena pecahkan kaca, kayu dan batu untuk bunuh babi jahat tu. Our aim is untuk bunuh babi jahat ni samada direct hit (tuju tepat) atau guna binaan sekeliling.



Ada banyak levels atau peringkat dalam Angry Birds dan lagi tinggi peringkat, lagi susah untuk bunuh babi hijau yang memang celaka itu. Ada ke patut curi telur-telur burung-burung tu? Ada ke patut? 


Kita akan mendapat 1,2 atau 3 bintang bergantung kepada berapa banyak Angry Birds kita guna. Ada 5 jenis Angry Birds. Warna merah hanya biasa saja, warna biru bersize kecil boleh split 3, warna kuning boleh pergi laju macam misil, burung putih melahirkan telur meletup dan burung hitam meletup macam bom.



Kita di beri satu set burung pada permulaan level dan kena ada strategy untuk bunuh babi-babi hijau tu. Damn those green pigs! Guna setiap Angry Bird sebaik mungkin, collect stars dan juga high score. Simple. Marvellous. Awesome!!




Overall, satu game yang bagus untuk release tension (tapi tension juga kalau tak lepas levels), grafik memang colourful dan simple. Struktur binaan memang hancur realistikly. Audio gameplay memang kelakar dengan bunyi-bunyian yang buat kita tergelak. Contohnya, kalau kita tak dapat bunuh babi hijau tu, kita di gelakkan oleh babi hijau. Gila tak best kena gelak dengan babi hijau yang jahat itu. Memang Angry Birds by Rovio game yang best tetapi hati-hati, it can be addictive!
Kalau nak main free version online, boleh klik Angry Birds!

Friday, June 10, 2011

Tips menjadi kaki kipas yang berjaya (without being too obvious)



Orang yang jenis kaki kipas bos di ofis memang antara golongan aku anti selain yang anti-sosial (tak reti nak bercampur dengan officemate yang lain), jenis masuk bakul angkat sendiri dan juga yang terlalu self confident dengan kemampuan diri sendiri. 

Tapi dalam dunia pekerjaan yang kompetitif dan sengit, office politics dan skill mengipas juga penting. Ini antara beberapa cara (dari pemerhatian aku di ofis) untuk jadi kaki kipas berjaya tanpa buat orang lain menyampah kepada kita:

1) Buat/jaga bos kita supaya nampak bagus pada mata orang lain
  • jangan lupa bos kita pun mesti ada mengipas pada bos dia. Basically, cuba elakkan dari mengata perkara buruk atau kritik bos kita pada orang lain. Kesannya lebih buruk pada kita dari bos kita. 
  • jangan sesekali betulkan kesilapan bos kita di depan orang lain. Buruk padahnya monyet.
2) Sesekali (jangan selalu) belanja bos makan ataupun bawa minuman kegemaran dia.
  • yang ini kena pandai sikit. Kena ada skil. Bila nak belanja tu, ajaklah satu atau dua orang lain. Kena cover sikit walaupun kena byar lebih. Bak kata pepatah "invest now, for a better future".
3) Sentiasa tahu perkembangan syarikat & tugas bos walaupun tiada kaitan dengan kita.
  • ini effort kena bagi lebih. Walaupun kerja kita pun tak habis, kenalah tahu hal-hal ini especially tugas bos dan projects dia. Ini supaya kita boleh jadi sumber rujukan pada dia. Munkin sekali dua tu kenalah kita tonjolkan character ni, lama-lama kita akan jadi orang harapan bos tu.
  • tapi ada risiko, takut dia "taichi" kerja dia pada kita. Becareful!
4) Jaga relationship dengan officemates yang lain
  • ini aku rasa amat penting. Sibuk-sibuk kipas bos, tapi orang sekeliling cakap belakang dan kutuk baiiikk punya. Kena jaga perasaan dan hubungan dengan orang-orang bawahan sebab manalah tahu diorang ni mungkin jadi bos kita. 
  • tak naklah nanti lunch duduk makan sorang-sorang. Betul-betul loser kalau jadi macam tu.

5) Minta advice bos tentang sesuatu walaupun hal peribadi
  • tujuan tip ini ialah untuk buat bos tu rasa dia hebat. Cara terbaik untuk fast-track benda ni berlaku ialah lepas bos kita bagi advice, kita tambah ayat ni "Saya dah agak dah bos boleh bagi advice terbaik", walaupun advice tu anak saudara aku yang 8 tahun pun boleh bagi.
  • risiko tip ini ialah nanti bos tu ingat kita ni pulak yang tak pandai. Semua benda nak tanya dia. So, buatlah ikut timing. Jangan kerap sangat.
Aku rasa ada banyak lagi cara untuk jadi kaki kipas tapi semasa aku mengarang benda ni pun buat aku rasa menyampah. Pandai-pandailah menggunakan tips ini (kalau nak) dan cubalah jadi kreatif dan cuba cari cara lain juga. Good luck!

P/s: Aku still pegang teguh pada kata-kata "work hard & work smart" dan juga rezeki itu di tangan Allah.


Thursday, May 26, 2011

Perang psychology di Al-Ikhsan Factory Store

Nike Navarro Low

Tadi sempat pergi melawat Al-Ikhsan Factory Store. Terus nampak kasut ni, sekali sarung saja terus muat. 

Panggil pembantu kedai "Adik, tolong amik size 9". Adik tu datang balik kata "Ini last pair untuk size ni lah, bang". Taktik bagus budak ni. Dia cakap macam tu supaya aku beli terus. Tapi dia tak tahu aku lagi bijak. Aku pun terus jawab, "Okay, saya amik ajelah yang ini". Sekali lirikan kad kredit RHB, sepasang kasut yang selesa ini milik aku. Oh yeah, harga dia 129 ringgit saje. Steal!

Terkedu budak tu akibat perang psychology aku tu. Dia cuba buat comeback dengan tanya, "Nak pakai terus ke bang?" Aku pun tepis, " Taklah dik. Balik nanti saya pakai.". Aku menang. Hadiahnya? Kasut baru Nike Navarro Low.


Bertapak merah garang


Last thing you'll see when I walk past you


P/s: Tiada sesiapa yang tercedera atau terkorban semasa perang psychology tadi.

Tuesday, April 5, 2011

Banyak betul kerja hari ni!!

 meja aku yang semak

Tak habis-habis order masuk hari ni. Bila aku dapat turun makan nih??

Monday, March 28, 2011

Kita kerja kerana...........?


"Kerja itu ibadah selagi kerja itu halal. Oleh itu, kerja lah sebaik yang mungkin"

Aku berpegang kepada kata-kata di atas. Tetapi selain tu, kita kerja sebab apa? Memang kita di bayar dengan wang ringgit tapi mesti ada sebab lain kita terus melakukan kerja itu.

Ada yang tidak kisah di bayar tidak setimpal dengan usaha sebab memang suka dengan kerja tu atau keadaan sekeliling kerja tu. Boleh keluar settlekan hal peribadi semasa kerja, keluar hisap rokok bila hendak atau sebab bos relax & dah kamcing.

Ramai saje dari kita yang kerja sebab memang untuk mencari rezeki semata-mata. Selalu melompat-lompat dari satu kerja ke satu kerja sebab memerlukan duit yang lebih dari pekerjaan sebelumnya. Tak suka dengan kerja tu, tapi sebab bayar tinggi, sapu sajelah.

Ada yang bernasib baik. Mereka ini memang melakukan kerja yang memang mereka hendak sangat dari dulu. Masa time sekolah rendah, cikgu tanya "Besar nanti nak kerja apa?" Jawabnya "Bomba". Tup tup, besar join pasukan Bomba.

Ada yang lagi bernasib baik. Di bayar untuk main-main. Contohnya pemain bola. Kalau yang bertaraf Premier League, La Liga atau Serie A, diorang boleh di bayar hingga beratus ribu seminggu. Bayangkan kalau setahun berapa dah gaji diorang.Fuhh...

Sebab apa awak kerja? Nak tahu...

Saturday, November 13, 2010

Google Maps is funny..

Try not to trust Google Maps so much..

Hey guys, try this..

Go to Google Maps. Can click HERE if you're lazy.

Then, type CHINA in 'A' location box. Then type NEW YORK in 'B' location box. Hit 'Get Directions'.

Then, once the directions come out, try look for No. 93. You'll see '' Kayak across the Pacific Ocean - 6,243 kms''.


KAYAK ACROSS THE PACIFIC OCEAN - 6,243 kms??!!!

Well, okay. If Google says so, I'll do it. Just need to get myself a kayak.

Thursday, November 11, 2010

Penyelamat di kala kelaparan...

Mula-mula ingat nak goreng chicken nuggets. Malaslah pulak nak masak. Lepas tu mesti berasap satu rumah. Tak jadi chicken nuggets.

Nak buat burger. Alasan sama dengan kemalasan nak masak chicken nuggets. Burger. Cancelled.

Tiba-tiba......
 Mamee perisa ayam


Ternampaklah Mamee terakhir. Mamee perisa ayam dengan perencah. Best. Aku tak tambah perencah sebab isteri kata tak elok. Takpe. Mamee aje pun dah memang sedap. Terima kasih Mamee, kaulah penyelamat di kala ingin mengunyah di tengah-tengah malam. 

Kalau lah ada Kickapoo...perrrghh.

p/s: Apa pula jajan kegemaran korang di kala kelaparan?

Tuesday, September 28, 2010

Nak bersuara tapi......


Sejak kebelakangan ni banyak benda aku nak bersuara. Ada yang agak private, ada yang kaitan dengan kerja & ada juga yang berkaitan dengan orang-orang sekeliling aku. Tapi sebab nak menjaga hati, terpaksalah aku pendamkan apa yang aku nak suarakan. Tapi sampai bila?

Tuesday, May 18, 2010

Video explaining why Lin Dan beat Chong Wei easily..

I came across a video showing how Chinese badminton ace, Lin Dan practices. No wonder he toyed with all his opponents and beaten Datuk Lee Chong Wei quite easily.




P/s: I know its a camera trick ala Nike with Ronaldo.

Saturday, March 6, 2010

Nak drive pergi Sg Petani...tapi tak tidur lagi!


Kejap lagi nak drive pergi Sg Petani untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin sedara. Benda tu takde masalah kan? Yang menjadi masalahnya ialah jam tunjuk 2:17 pagi tapi aku tak tidur lagi. Yang paling bestnya, kena bangun pukul 5 pagi untuk bertolak sebelum subuh (berhenti solat subuh on the way) dan aku yang mungkin kena drive.

Adoih! Macam mana nak tidur kalau rasa tak mengantuk? Kira kambing? Kira cicak?

Wednesday, January 20, 2010

Wahai Lady Drivers.......


Bang, saya parking kat sini boleh?

Sebelum aku terus menulis entri nih, aku nak minta maaf pada para pembaca wanita terutama sekali pada ahli2 keluarga ku yang datang dari kaum berjiwa lembut ini. Entri kali ini hanyalah satu pandangan ikhlas dalam tinjauan sehari-harian...Ishhh...terlampau baku plak ayat mukadimah aku, takpe..kita teruskan.


Korang pernah tak masa tengah memandu tetiba tersangkut belakang satu kereta yang kita tak nampak kepala driver dia dari belakang (sebab rendah) atau kereta tu pulak cam kejap kiri kejap kanan ataupun driver dia pegang steering cam bantal peluk busuk dia? Mesti ada yang tahu dan pernah terkena kan? Aku selalu jugak terkena. Benda-benda ini boleh buat aku sampai buat rasa nak cabut aje rambut yang ada kat kepala aje. Kesimpulan pertama aku buat mestilah......"mesti lady driver nih". Sampaikan isteri aku pun cakap benda yang sama.


Tak baiklah camtu makcik...cucu tengah tengok tuhh

Aku tahu mesti ada pembaca wanita tengah geleng kepala. Tahap bengang pun sedang slowly meningkat. Rasa nak reply panas aje kan. Baguslah. Aku pun nak juga tahu respon korang. Tapi itulah hakikatnya. Memang pemandu lelaki kekadang drive dangerous & laju. Tapi selalunya yang drive camtu samada memang betul- betul skillful ataupun memang betul-betul takde otak. Species kedua tu boleh diabaikan aje. Memang takdak akal punya orang.

Yang selalu aku pernah tengok ada lady drivers yang pakai make-up sambil driving. Ada yang ber-sms dan yang paling best berborak sampai lupa tengah driving dan ada yang sesat. Ini memang aku pernah terkena. Borak punya borak sampai terlajak pergi ke Seremban. Padahal nak pergi Putrajaya aje. Apalagi, kenalah buat U-turn besar. Aku masa tu tengah membuta kat backseat. Aku dah offer nak drive tapi diorang berdua yang nak juga drive.

So, itulah pandangan aku tentang lady drivers. Bila aku nampak aje tanda-tanda lady driver, pasti aku berhati-hati.


Kalau Lady Drivers buat annual meeting, mungkin macam inilah rupanya...hmm




Monday, January 11, 2010

Streamyx Buat Pasal Lagi...Ni Yang Rasa Nak Tukar Ke WIMAX



 Stay With TM Streamyx

OR


 Start Relationship Baru Dengan P1 WIMAX

Pertama, aku nak minta maaf pada rakan-rakan bloggers sebab tak dapat melawat kesemua blogs korang. Reason aku tak dapat blogwalking ke blog korang sebab aku baru dapat tahu weekend lepas yang pihak Streamyx dengan bijaknya telah tersilap menamatkan account aku walaupun aku pelanggan tetap mereka sejak tahun 2003.

Aku salah sorang pelanggan yang ambil pakej RM66 sebulan + free modem ZTE (rosak selepas 3 bulan pakai) masa tahun 2003. Sekarang rate aku masih RM 66/sebulan dan speed aku 1MB (itu kata TM,tak tahulah betul ke tak).


Hari Jumaat malam, aku nak blogwalking cam biasa, tengok-tengok tak boleh. Nasib baik aku ada CELCOM Broadband aku. Boleh lah walkabout blog korang sikit-sikit walaupun slow. Sabtu pagi aku call Custome Service TM Streamyx. Selepas checking semua, derang kata account aku di tamatkan atau "churn" (bahasa telcos).

Reason di tamatkan sebab akaun dah lama tak pakai. Aku cakap aku still guna sampai pagi Jumaat tu and last payment aku pada 23 December tahun lepas i.e 2009.  Takkan aku bayar untuk something yang aku tak pakai. Akhirnya, derang janji akan sambung within 2-4 jam pada sabtu.

Sampai sekarang, aku masih lagi tak dapat signal streamyx. So, kejap lagi aku nak gi terjah Streamyx sekali lagi. Kasi dentum satu kali. Bye.


Friday, January 8, 2010

Anugerah Juara Lagu 2010



Kali terakhir aku betul-betul ambil kisah tentang Anugerah Juara Lagu kat TV3 ni KRU masih lagi menyanyi. Lagu AWAS rasanya. Yang dia ada perform guna api tu. Hebat. Betul-betul lama tu sampai adik beradik tu pun dah tak menyanyi and dah bergerak buat hal-hal lain dah.

Aku follow dulu-dulu pun sebab tiap-tiap tahun mesti ada band rock kapak masuk bertanding. Mega, Fotograf, Ekamatra, Blackrose dan macam-macam lagilah. Tapi sejak rock kapak beralih ke rock leleh, aku dah malas nak ikut dah.

Tapi sejak kebelakangan ini, aku agak intrigue atau tertanya-tanya dengan AJL 2010 (pergghh..aku tahu singkatan dia dah). Mungkin sebab wife aku yang peminat setia Faizal Tahir (dia bertanding dengan lagu Bencinta rasanya) asyik bercerita & tanya-tanya kat aku boleh ke FT menang? FT? Fedaral Territory ke? Ataupun mungkin sebab promo clip AJL 2010 yang bersiaran sekarang agak kreatif.

Tahun ini AJL akan ada 3 pengacara. Faisal Ismail (Hot FM) & Cheryl Samad memang pengacara tetap Juara Lagu mingguan (ini wife aku cerita) dan derang akan di temani oleh Ally Iskandar. Promo TV3 ini boleh tahan kelakar sebab TV3 cuba potray cinta 3 segi tengah berlaku. Kalau ada yang tak pernah tengok, boleh refer pada video bawah ini.





Apa-apa pun besar kemungkinan aku tak dapat tengok pun AJL 2010 ini sebab aku bermain futsal NATS Futsal Sunday yang memang ada setiap hari ahad (www.nakatautaksaje.blogspot.com). Wife aku memang nak aku keluar berfutsal supaya dia boleh conquer TV sorang-sorang.



Btw, kalau tahun ni punya AJL aku menyokong Yuna & maybe another band, wife aku pulak memang all out untuk Faizal Tahir. 

Korang pulak?

Monday, January 4, 2010

Khemah Versus Dewan



Ok! Musim bertandang ke majlis perkahwinan pun sudah selesai. Tapi sebenarnya tak juga sebab masih lagi ada yang melangsungkan perkahwinan pada musim bukan cuti sekolah. Dalam bulan ini sahaja, aku ada 3 lagi majlis yang kena pergi. Nasib baik semua dekat-dekat.

Tapi takpelah. Entri aku kali ini aku buat setelah pemerhatian selama sebulan aku pergi ziarah & menjamah majlis kahwin dari utara hingga selatan Malaysia. Naik gak dekat 4 kilo aku ni setelah habis semua majlis aku pergi.

Aku just nak tanya pada followers Bo Is A Nerd (itupun kalau ada yang baca). Majlis kahwin mana yang korang prefer? Majlis kahwin yang di buat didepan rumah yang menggunakan khemah dan meja-meja yang di letakkan di atas jalan..... ATAU .....Majlis kahwin yang di adakan di dewan-dewan atau hotel-hotel.

Kita cuba tgk setiap satu majlis ini dgn lebih mendalam. (ayat skema)

MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH

(BAIK)

  • Family senang berkumpul kalau majlis di buat di rumah. Lepas tu kalau jiran-jiran semua kalau jenis baik/semangat berjiran dia kuat, boleh lah bergotong royong. Dah saving kat situ. Boleh juga tunjuk kecantikan rumah, kalau rumah orang tu pun cantik.

  • Kebanyakan kawan2 & saudara mara mudah nak jumpa kalau pernah datang rumah. Yang tak permah tu pandai2lah guna map yang ada pada kad jemputan.

  • Pengantin nak "freshen up" pun senang. Naik bilik, solat, tukar baju ke. Tapi jangan tak turun balik ke majlis sudah. Manalah tahu tak tahan ke kan....

  • Rasa less formal. Tak perlu bersudu garfu dan jaga sangat etika makan walupun kena gak maintain bab etika makan tu. Nanti orang cap gelojoh pulak.

(TAK BAIK)
  • Kena tutup jalan. Kalau area kejiranan yang tak bersemangat berjiran tu, susah lah sikit. Mesti ada yang marah, takpun menngumpat dalam senyap..ish ish ish ish.

  • Terbuka pada risiko cuaca yang tak menentu. Kekadang kalau panas pun tak best juga nak makan sebab bila makan, peluh pun berjerih-jerih turun. Kalau hujan pulak, faham2 lah betapa tak selesa.

  • Kekurangan tempat duduk disebabkan orang suka lepak lama-lama dan tak pandai nak bawa diri.

  • Selepas majlis selesai & saudara mara dah balik, tuan rumah kenalah mengadap mengemas rumah. Kekadang proses ini boleh mengambil masa sampai seminggu ataupun lebih. Ada juga yang tak recover-recover juga.
_________________________________________________________________

MAJLIS PERKAHWINAN DI DEWAN

(BAIK)

  • Selalunya majlis di dewan pakai catering services. Semua makanan & perhiasan dewan tak perlu di bimbangkan sangat. Cuma perlu supervision from tuan majlis (tuan rumah).

  • Terlindung dari cuaca panas dan hujan yang tak menentu. Ada sesetengah dewan ada parking berbumbung seperti Dewan Bankuet MBSA kat Shah Alam tu.

  • Jumlah yang hadir boleh di control. Ini kalau majlis jenis "sit down". Ini boleh menjimatkan kos dari segi kad jemputan dan makanan.

  • Tetamu boleh makan dengan selesa walapun adakalanya ada juga dewan yang kurang selesa di sebabkan perkara-perkara lain

(BURUK)

  • Pengantin tak dapat untuk "freshen up" sebab lokasi dewan agak jauh. Kalau hotel, mungkin dah sewa bilik. Soal lainlah tu ye.

  • Tak dapat nak tunjuk rumah kepada yang datang.

  • Rasa formal sebab almaklumlah buat dalam dewan, tertib makan kenalah lebih sikit. Nanti ada pulak yang pandang.

  • Parking kereta mungkin kena bayar. Ini mungkin akan meyusahkan tetamu. Sebab tu kekadang aku tak bagi hadiah best-best sangat sebab dah tahu kena bayar bagai.

  • Majlis "sit down" yang terlalu panjang dan meleret-leret boleh juga menjadikan para tetamu bosan. Nanti ada pulak yang keluar dewan sebelum majlis tamat & tinggallah meja-meja yang kosong.

Itu adalah sikit-sikit baik & buruk mengadakan majlis kahwin di rumah dan di dewan/hotel. Apa-pun, di mana saja majlis diadakan, hendaklah tengok pada bajet kewangan dan keinginan diri atau "preference".

Perkahwinan itu adalah salah satu sunah Rasul. Ia sepatutnya amat mudah dan jangan biarkan perkara-perkara material & sampingan menjadikan ia susah.


So, mana satu pilihan anda? Dewan atau khemah?









Wednesday, December 30, 2009

Vampire Joke (In The Spirit of New Moon)

Two vampires walked in into a vampire bar.

First vampire ordered a glass of blood. But the second vampire ordered some hot water.

Vampire 1: What are you drinking? Hot water??

Vampire 2: I'm having tea. (While pulling out a bloody tampon from his pocket and putting it into his hot water)




Saturday, December 5, 2009

Breasts Staring Increases the Lifespan of Men (a researched finding)



(as printed in The Star, Saturday 5th December 2009, page N52)

Yup! Finally, we men have proof now (and a good documented reason) whenever we men are caught ogling or staring or mezmerised by a woman's chest or buxom or breasts or...hehehe...I'm just getting a wee bit excited now.

A German reseach that was published in the New England Journal of Medicine (yup, this journal really does exist) showed that men who stare or ogle or watch with fascination (there I go again getting excited..hahaha) at woman's breasts for at least 10 minutes a day is equivalent to a 30 minute gym workout. Damn! I always knew there was a better way to get fit rather than going to the gym, but on the other hand, the gym is the place to be , if you know what I mean..hehehe (again, excuse me..excitement = me).


 This kid will have a long life. He is starting young. Lucky boy.

The research team had spent 5 years doing research on 200 men. Results showed that men staring at women's breasts have lower blood pressure, suffer less cardiovascular diseases and slower heart rate. The head researcher, Dr. Karen Weatherby (a lady some more!) says that sexual desire ensured better blood circulation and led to better health.

I have a few questions for this Dr. Weatherby. They are as follows:
  1. Why wasn't I inform about this research? I would've gladly be one of the 200 participants. I even pay you to get in.
  2. Do the breasts need to be covered or not covered? In any ways, I am happy.
  3. Does the size of the boobs influence how long or longer your lifespan will be? I need to know this. Its a matter of life or death damnit!
  4. So, I need to this everyday? (Refer to the picture below)

I need to do this 30-minutes a day? I'll do it another 30 if it helps me live longer


(no boobs were harmed during the posting of this article)






Friday, December 4, 2009

Whats the fuss with Twilight & New Moon



The latest movie from the Twilight series, New Moon came out last week. So far I have successfully avoided from being dragged by the missus to see this potentially 2 hours waste of my life on earth. She already wasted almost 3 hours of it by making me watch Babylon A.D. Babylon what?? Yes, exactly. The main attraction for her to watch that "3 hours that I wont ever get back" movie was the bald guy that was also in The Fast and The Furious.

3 hour snooze-fest movie

The bald guy from The Fast & The Furious


My friends especially the guys are totally against this movie. Even my boss calls it a freaking gay movie. Back to my friends. Some of my comrades have fallen due to being enticed by their better halves. There is no way a guy with an ounce of self respect, a pair of cahonas and the right set of brain matter in between his two ears would ever voluntarily watch a movie showing two guys being played by a pale skin girl.

I know the attraction or pull of the New Moon movie to the females but I dont get it when some guys can say "its an interesting movie" or "damn good movie". WTF?!!. Come on guys. Just admit it. You were duped & seduced to watch this movie by your gfs or wife. End of story. Your dignity and right to continue to exist in the male world is still safe. Well, with me anyways.

One of the NATS (visit www.nakatautaksaje.blogspot.com) brothers, Bozord put up a spoof poster proclaiming the idiocy of this movie. To me, the spoof poster just says it all.











Saturday, November 21, 2009

10 Reasons Why Its Good To Be A Guy



Being nude in public? The Thinker was a genuine guy.
  1. Your butt is never an issue during job interviews.
  2. All orgasms are real.
  3. ESPN and Star Sports (does this count as one?)
  4. You can get your underwear for RM 15 for a pack of 5 undies..sometimes 6.
  5. You get to think about sex 90% of your waking hours.
  6. One mood all the time...hehehe.
  7. You always dont get a wedgy from wearing underwear (unless you are wearing your girl's G-string). If that happens, you dog you..hahaha.
  8. You dont have to care whether its shaven down there or not.
  9. 3 pairs of shoes already waaayy tooo much.
  10. People never glance at your chest when you are talking to them.