Pages

Showing posts with label ktm komuter. Show all posts
Showing posts with label ktm komuter. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Kejadian di KTM Komuter yang agak pelik.



Hari tu saya pergi KL naik KTM komuter. Selalunya kalau di beri pilihan, memang lebih suka pilih naik LRT kalau dekat-dekat dengan stesen LRT. Tapi sebab stesen komuter aje yang dekat, terpaksalah guna komuter. Sebab tak suka naik komuter sebab lambat, panas dan terlalu sesak. Jangan lupa waktu menunggu yang memang lama dan tak ikut jadual. 

Hari tu masa tengah menunggu nak naik, perasan jugalah masa berjalan kat platform ada tulis tempat menunggu khas untuk koc wanita. Tengok ada beberapa orang aje yang menunggu situ. Saya pun menunggulah kat koc biasa.  

Tapi hari tu ada pula benda pelik yang aku perasan. Ada juga wanita yang menunggu naik koc biasa. So, saya pun tanyalah pada wanita yang menunggu dengan saya tu.

*Dialog yang lebih kurang terjadi*


Bo: Cik, dekat situ tempat menunggu untuk koc wanita. Kenapa tak tunggu sana aje?

Wanita: Ini choice saya. Kenapa pula saya kena tunggu kat sana kalau saya dah tunggu sini. Free country kan? (Nada cam sikit terganggu dengan soalan saya)

Bo: Ok. Tapi koc wanita tu macam tak ramai and yang koc biasa ni sesak sikit. Selesa sikit kot kalau naik koc sana.

Wanita: (Senyap & tak pandang pun saya.)


Lepas tu, terus saya berjalan ke tempat menunggu yang ke depan sikit. Nanti awkward pulak kalau tunggu situ. Malas nak memanjangkan isu.

Tapi benda macam ni buat aku fikir, buang masa ajelah kerajaan sibuk buat benda-benda khas untuk kaum wanita ini.

Apa pendapat korang tentang koc pink wanita KTM komuter ini? Bagus ke? Ataupun hanya membazir saja untuk "memanjakan" sangat kaum wanita dengan kemudahan-kemudahan yang tak di gunakan sepenuhnya.

Ads by Nuffnang