Pages

Showing posts with label Daily Events. Show all posts
Showing posts with label Daily Events. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Senarai Jalan di Tutup Sempena Perhimpunan Bebas Anwar 9 Jan 2012

Keseronokan yang di terima orang ramai sempena Perhimpunan 901 nanti. Syabas!
Berikut ialah senarai jalan-jalan yang akan ditutup sempena Perhimpunan Bebas Anwar 901 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 nanti. 

Kesesakan akan lebih tertumpu kepada jalan-jalan menuju ke arah kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perhentian Bas Jalan Duta dan Masjid Wilayah. Di jangkakan kesesakan akan bermula sekitar jam 7 pagi.

Senarai Jalan-Jalan Yang Ditutup 9 Januari 2012:

  • Jalan Kuching
  • Jalan Persiaran Dutamas
  • Jalan Ibadah
  • Jalan Khidmat Usaha
  • Bulatan Segambat
  • Jalan Dutamas
  • Jalan Hikmat Usaha
  • Jalan Duta (dua-dua arah)
P/s: Apa pendapat korang tentang perkara ini?

Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan tarikh 11.11.11.



"Kalau aku beli tiket TOTO hari ni mesti menang. Tarikh hari ini best!". Saya terdengar dua orang tengah bercakap tentang hal ini masa tunggu naik LRT nak pergi kerja. Rasanya bergurau aje kot diorang tu tetapi buat saya terfikir apa yang penting sangat dengan tarikh 11.11.11?

Terbaca ada yang nak bersalin hari ini, ada juga yang nak berkahwin hari ini dan macam-macam lagi. Cuma pada saya, pesanan untuk saudara-saudara Islam, jangan taksub dengan tarikh ini kerana takut boleh membawa kepada syirik. Saya bukanlah orang alim tetapi saya tahu kalau kita percaya pada horoscopes atau tarikh-tarikh ini, amalan kita tak di terima untuk 44 hari.

So, apa pendapat korang tentang tarikh 11.11.11?

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha. Berhati-hati dalam perjalanan dan jaga juga pemakanan walaupun banyak makanan yang menggoda depan mata kita.

Saturday, October 22, 2011

Kejadian di KTM Komuter yang agak pelik.



Hari tu saya pergi KL naik KTM komuter. Selalunya kalau di beri pilihan, memang lebih suka pilih naik LRT kalau dekat-dekat dengan stesen LRT. Tapi sebab stesen komuter aje yang dekat, terpaksalah guna komuter. Sebab tak suka naik komuter sebab lambat, panas dan terlalu sesak. Jangan lupa waktu menunggu yang memang lama dan tak ikut jadual. 

Hari tu masa tengah menunggu nak naik, perasan jugalah masa berjalan kat platform ada tulis tempat menunggu khas untuk koc wanita. Tengok ada beberapa orang aje yang menunggu situ. Saya pun menunggulah kat koc biasa.  

Tapi hari tu ada pula benda pelik yang aku perasan. Ada juga wanita yang menunggu naik koc biasa. So, saya pun tanyalah pada wanita yang menunggu dengan saya tu.

*Dialog yang lebih kurang terjadi*


Bo: Cik, dekat situ tempat menunggu untuk koc wanita. Kenapa tak tunggu sana aje?

Wanita: Ini choice saya. Kenapa pula saya kena tunggu kat sana kalau saya dah tunggu sini. Free country kan? (Nada cam sikit terganggu dengan soalan saya)

Bo: Ok. Tapi koc wanita tu macam tak ramai and yang koc biasa ni sesak sikit. Selesa sikit kot kalau naik koc sana.

Wanita: (Senyap & tak pandang pun saya.)


Lepas tu, terus saya berjalan ke tempat menunggu yang ke depan sikit. Nanti awkward pulak kalau tunggu situ. Malas nak memanjangkan isu.

Tapi benda macam ni buat aku fikir, buang masa ajelah kerajaan sibuk buat benda-benda khas untuk kaum wanita ini.

Apa pendapat korang tentang koc pink wanita KTM komuter ini? Bagus ke? Ataupun hanya membazir saja untuk "memanjakan" sangat kaum wanita dengan kemudahan-kemudahan yang tak di gunakan sepenuhnya.

Monday, August 15, 2011

Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei nampaknya terpaksa menunggu lagi untuk menamatkan badi dalam mendapatkan kejuaraan besar apabila tewas kepada musuh ketat, Lin Dan. Perlawanan akhir Kejuaraan Dunia di Wembley Indoor Arena yang disiarkan secara siaran langsung di TV1 berakhir dengan mata 22-20, 14-21 dan 21-23.

Ini merupakan kejuaraan dunia keempat buat pemain utama China ini dan sekali lagi menyaksikan dia menjadi penghalang kepada Chong Wei. Chong Wei masih lagi belum memenangi salah satu kejuaraan besar dalam sukan badminton dan perlu fokus kepada pingat emas Olimpil London 2012.


Perlu fokus kepada Olimpik 2012
Di kalangan seratus penyokong Malaysia yang hadir, pelajar Malaysia Muhammad Ashraf Haziq Rossli. Muhammad Ashraf merupakan pelajar Malaysia yang menjadi berita utama di United Kindom apabila dia di rompak dan dibelasah semasa rusuhan di London minggu lepas.

Friday, July 22, 2011

Maybank Treats Fair 2011 datang lagi!


Maybank Treats Fair datang lagi. Kali ini diadakan di Midvalley Convention Centre dari 21 - 24 Julai 2011. Kepada pengguna-pengguna Maybank yang ada banyak points dan tak tahu nak buat apa dengan points yang ada, bolehlah turun ke sini. Points boleh di redeem untuk mendapatkan barang-barang yang hebat dan juga banyak diskaun pada barang-barang yang di jual di Treats Fair ini.


Gambar hari pertama sebelum pintu utama di buka
I-Pad2, TV LED, notebook PC, microwave oven, Blackberry, Samsung Tab, basikal mountain bike, percutian-percutian dan macam-macam lagi ada di Maybank Treats Fair ini. Kalau tak cukup points, perlulah menambahkan dengan duit sendiri ataupun menggunakan kredit kad Maybank. Penggunaan kad kredit Maybank ada menawarkan ganjaran points dan juga hadiah-hadiah dari Maybank.

Aku dah turun pada hari pertama tapi hari ini kena turun lagi sebab ada barang-barang yang tak sempat nak di redeem pointsnya. Setakat ini dah dapat jam G-Shock, notebook bag, Sony Walkman dan learning computer untuk Kaisan. Hari ini nak cari barang-barang hadian untuk ahli keluarga yang lain. Nak bagi habis semua points yang ada. Bukan dapat apa-apa pun kalau simpan

Apa lagi, jomlah pergi Maybank Treats Fair 2011 di Midvalley Convention Centre (satu level dengan GSC).

Thursday, July 14, 2011

Harimau Malaya Kena Boo Masa Lawan Arsenal Semalam di Tempat Sendiri? Betul ke?

Berbaloikah kemungkinan kehilangan khidmat Aidil Zafuan untuk perlawanan Singapura nanti?
Perlawanan semalam dah selesai. Rasanya Arsenal pun dah berangkat pergi destinasi seterusnya dalam Far East Tour 2011 mereka. Tapi perlawanan semalam masih lagi menjadi bualan peminat-peminat bola sepak. Ada yang kata skud Harimau Malaya kita kena "boo" dengan rakyat Malaysia sendiri di dalam stadium sendiri. Betul ke ni?

Sedih pulak mendengar benda ini boleh terjadi kat pasukan kita. Korang jangan cepat lupa, pasukan yang pakai jersey kuning semalam tu JUARA ASEAN! Pasukan inilah yang korang semua sokong dan banggakan apabila Safiq Rahim menjulang Piala AFF akhir tahun lepas. Dari gambar-gambar, nampak lebih macam Stadium Emirates dan bukan rupa macam Stadium Nasional Bukit Jalil dah. Penyokong lagi gemar pakai baju Arsenal berbanding jersey Malaysia. Kecewa.

Pasukan Malaysia membanggakan negara
Pada aku, perlawanan semalam tiada makna. Maksud aku, ia hanyalah perlawanan pertunjukan dan coach K. Rajagobal gunakan sebagai pemanas badan. Selain it, perlawanan semalam juga sekadara untuk kutip experience lawan dengan team yang memang skill dan teknik yang lebih superior dari kita. Pemain Malaysia pun boleh belajar teknik dan dari cara Arsenal control game semalam. 

Arsenal jauh lebih hebat. Pasukan kita pulak masih lagi dalam proses kebangkitan selepas berapa tahun berada kat bawahan. Peminat patut berilah sokongan pada pasukan kita, tak kiralah team mana yang datang sekalipun. Bukanlah kata tak boleh pakai jersey team kelab yang disokong, tapi cuba tunjukkan pada pasukan yang datang kita bangga dengan skuad Harimau Malaya kita. Mungkin boleh mula dengan sabtu ini masa Malaysia lawan Liverpool.

P/s: Betul ke lagu "Negaraku" pun tak dimainkan semalam sebelum perlawanan? 

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Terkini Liverpool lawan Guangdong Sunray Cave


Liverpool membuka tirai Liverpool Asia Tour 2011 dengan kemenangan 4 - 3 ke atas kelab China, Guangdong Sunray Cave. Jaringan dari Christian Poulsen, David Ngog, Conner Coady dan Andy Carrol. 

Penyokong-penyokong Liverpool menyambut kedatangan idola mereka
Perlawanan ini juga menyaksikan kemunculan pembelian terbaru, Charlie Adam dari Blackpool dengan harga 9 juta Pound. 

Pemain-pemain utama lain yang membuat kemunculan ialah Joe Cole, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez, Andy Carrol, Alberto Aquilani dan Jamie Carragher. 

Ketua pasukan, Steven Gerrard (kecederaan) dan Luis Suarez (bersama Uruguay di Copa America) tidak bersama-sama pasukan kerana sebab-sebab di nyatakan.

Malaysia lawan Arsenal, Perlawanan Pertama Arsenal Far East Tour

Arsenal lawan Malaysia di Stadium Nasional 8:45 malam
Arsenal akan memulakan siri Far East Tour 2011 dengan perlawanan menentang pasukan kebangsaan Malaysia @ Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam ini. Rasanya setakat jam 7 petang tadi masih lagi tiada pengumuman akan di tunjukkan secara langsung di Astro Arena. 

Di harapkan skuad Harimau Malaya akan dapat memberikan tentangan yang kuat pada skuad bimbingan Arsene Wenger ini. Personally, aku rasa pasukan Malaysia boleh menang. Scoreline 2 - 0. Kalau kalah pun tipis.

Skuad Harimau Malaya, kami bersamamu! Tanah Tumpahnya Darahku!
Cesc Fabregas, Gervinho, Bendtner, Arsenal, Samir Nasri, Arsene Wenger

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak

Kesemua pemenang Maharaja Lawak
Maharaja Lawak melabuhkan tirainya malam semalam di Stadium Malawati, Shah Alam. Malam terakhir bagi Maharaja Lawak terbitan Astro ini menyaksikan Sepah menjadi juara dengan membawa pulang wang tunai RM 350,000 berserta trofi juara. Tempat kedua di menangi oleh Jozan yang terdiri dari Johan dan Zizan dengan wang tunai RM 250,000 serta trofi dan tempat ketiga oleh Nabil dengan RM 150,000. Kumpulan Jambu pula pulang dengan RM 120,000. Michael Jackson, Dr Phil, Facebook, Lamar Odom, Justin TimberlakeHow to get rick
Lawak yang di tunjukkan memang kelakar cuma prestasi konsisten di tunjukkan oleh Sepah melayakkan mereka di nobatkan Maharaja Lawak. Tetapi, aku rasa pemenang yang sebenarnya ialah Nabil yang tidak perlu membahagikan wang kemenangan dengan orang lain.  Zila Bakarin, Stanza Cinta, Seks sekolah, Rozita Che Wan, 

Monday, June 20, 2011

Weekend Getaway: The Legend International Water Homes (TLIWH)

The Legend International Water Homes

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia ke Port Dickson. Tak lama pun. Dua hari aje. Cukuplah untuk lari dari stress kerja & rumah. Planning pun last minit. Hotel pilihan kami The Legend International Water Homes.


"Ayah bawak kereta cepat-cepat tahu!". Mungkin itu yang Kaisan cuba cakap.
Nak cari tempatnya mula-mula agak payah. Rupanya dia lebih keatas lagi selepas bandar Port Dickson dan arah yang sama ke Glory Beach Resort. Glory tu sebelah aje dengan The Legend International Water Homes.

Entry kali ini akan lebih banyak menunjukkan gambar. Rasanya tak perlulah cerita bandar PD tu macam mana sebab ramai yang tahu macam mana kan. Aku akan lebih banyak cerita tentang tempat kami menginap masa di Port Dickson. 


Banyak betul visitors dari Singapura
Parking space memang banyak. Boleh juga parking dalam hotel tapi malas nak naik atas bertingkat-tingkat, so decide parking kat luar senang. Masa kami menginap situ, banyak pula pelancong dari Singapura. Rupanya cuti sekolah diorang belum habis lagi. Patutulah bersepah kereta plat Singapura masa kami sampai.


Villa-villa cantik over the sea
Suka tengok gambar ni. Ambil masa on the way nak pergi ke bilik. Ini semua Premium Pool Villa Above the Sea. Nama pun "above the sea", so memanglah atas laut. Dalam setiap bilik ada window pada lantai yang kita boleh bagi kita tengok pasang surut air laut. 


Oh ye, kami dapat upgrade ke Premium Villa sebab pertama kali datang ke sini. Pada mulanya, kami hanya book Executive Pool Villa tapi masa check in Service Manager tu kata kami dapat upgrade ke Premium Villa. Bagus!!


Time ni dah tercungap-cungap nak berjalan ke bilik
Ada buggy service disediakan untuk menghantar pengunjung dan bag-bag berat ke bilik. Kitorang guna juga buggy service tu tapi untuk hantar beg aje. Saja jalan-jalan nak experience tempat ni dengan lebih rapat. Gambar atas tu wife and Kaisan berjalan ke arah bilik kami. Jauh juga ke dalam.


Boleh buat profile picture Facebook ni
Wife dan Kaisan stop bergambar sebelum sampai kebilik. Memang cantik area ni dengan ada pokok-pokok menjalar tu. Tambah pulak boleh dengar ombak menghempas ke pantai.


Sampai sudah ke bilik 2013A. Kaisan, bak kunci.
Akhirnya sampai ke bilik. Tak boleh nak masuk sebab Kaisan pegang room card key. Mesti masuk mulut. Budak-budak macam itulah.


Indoor private swimming pool menyambut kedatangan kami
Buka-buka pintu terus nampak tarikan utama hotel ini. Setiap villa ada private indoor swimming pool. Tak dalam, hanya 4 kaki dalam dan sesuai untuk kanak-kanak especially babies. Wife Bo ajak datang pun sebab dia nak swim tanpa segan.


Time ni dah tak sabar-sabar nak terjun masuk
Pandangan dari luar bilik. Kaisan dah tengok-tengok pelampung oren tu
Dua katil king size untuk Premium Villas
Kaisan mengelak jalan atas floor window panel. Gayatlah tu.
Boleh nampak air tengah pasang masa kami sampai
Kaisan tengah buat inspection bilik. Semua bilik dia masuk.
TV LCD 32 inci. Free WIFI & ASTRO juga disediakan untuk semua bilik
Kitchenette yang lengkap dengan microwave oven dan electronic kettle.
Bathroom cantik. Ada hair dryer dan tuala yang cukup dan pelbagai size.
Shower room yang agak luas. Toilet cantik tapi tak ambil gambar..hehe.
Selepas dah explore seluruh villa tu, wife Bo dan Kaisan dah tak sabar-sabar lagi nak terjun masuk pool. Kaisan ada beberapa kali nak terjun sendiri tapi nasib baik dia good boy bila kena tegur. 

Seronok betul Kaisan dapat swim. Macamlah kat rumah tak swim.


Kaisan nak ayah dia tolak laju-laju.
Kaisan sibuk nak main air pancut dari mulut katak
Kaisan keletihan lepas berenang. Dapat susu panas & aircond, settle.


Selepas swimming, semua dah letih dan lapar. Makan nasi ayam yang di bungkus dari Restoran Mak Mah. Restoran tu memang favourite aku bila datang PD sebab semua ada. Servis pun pantas. Malam tu sebab sibuk nak cari makan malam sampai terlupa nak ambil banyak gambar. Oh well...


The Legend pada waktu malam.
Anak beranak posing sebelah fountain.
Keesokannya, saat yang aku memang tunggu Breakfast buffet!! This is where I get back my money. Yang bestnya, Kaisan pun bangun awal. Macam tahu-tahu aje ayah dia lapar. Terus kami ke Restaurant Duyung yang cantik dan selesa.

Tersenyum lebar isteriku tapi Kaisan still mamai. Kesian Kaisan..
Ramai orang awal-awal pagi ni. Lapar sangat kot.
Macam biasa. Aku akan target daging-daging dan ayam
Kaisan melayan Honey Stars. Banyak juga dia makan.
Sempat lagi posing.
Lepas makan, jalan-jalan lagi keliling area hotel dan ambil gambar sambil biar Kaisan main dekat playground.


Lanun Bar
Kaisan letih berjalan. Nak minta dukung.
Kiddie pool playground
Main hotel pool
Kaisan seronok dapat main playground

Aik! Tidur ke?

Ada lah tu bincang anak beranak tu. Mesti ayah yang kena tanggung nanti

Itulah percutian kami sekeluarga yang singkat tapi memang seronok dan santai. Nanti insya'Allah boleh datang lagi.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang The Legend International Water Homes, boleh klik di http://www.legendiwh.com.my. Semua maklumat ada di situ. Walaupun agak mahal, tetapi selepas keseronokan kami sekeluarga, ia berbaloi-baloi.

Ads by Nuffnang