Ads by Nuffnang

Showing posts with label pantai dalam. Show all posts
Showing posts with label pantai dalam. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Jom Cuba Nasi Lemak Panas Warung Rindu Pantai Dalam

Nasi Lemak Warung Rindu Pantai Dalam 
Kalau tengok dari gambar biasa aje kan nasi lemak ni? Kena cuba dulu. Siapa yang pernah cuba, pasti akan faham kenapa warung ni nama dia Warung Rindu. 

Warung Rindu ini terletak dia Apartment Seri Angkasa berhampiran dengan stesen komuter Pantai Dalam. Kalau dari Angkasapuri, maintain kiri, jumpa trafik light, then belok kanan. Sebelah kanan dah nampak dah Warung Rindu. 

Isteri dah tak sabar nak makan Nasi Lemak Panas Warung Rindu
Nasi lemak panas dia simple aje. Nak minta lauk pauk yang macam-macam takdelah, paling kuat pun ayam goreng atau telur mata kerbau. Tapi benda yang simple yang sedap tu. Kesedapan dia terletak pada sambal dia. Ada rasa manis tapi kick kepedasan tu tetap ada.

Sambal nasi lemak dia buat saya rindu selalu kat warung ni
Boleh makan di situ atau bungkus, siap-siap bungkus RM 1 tapi portion dia puas hati. Selalunya saya dan isteri order dua nasi lemak biasa, teh tarik dan kopi O, RM 5 aje.

Ada banyak meja kat warung tetapi problem utama ialah parking sampai kena parking di tepi-tepi jalan besar. So, kena hati-hati sikit.

Nasi lemak dia ada dari pagi sampai ke malam. Tengah hari pun ada juga nasi campur, so memang sesuai untuk datang makan sini pada bila-bila masa.

Hari jumaat ada pisang, sedekah khas dari tuan warung

Makan sekali di Warung Rindu, rindu-rindu selalu.....