Pages

Friday, July 6, 2012

Jom Cuba Nasi Lemak Panas Warung Rindu Pantai Dalam

Nasi Lemak Warung Rindu Pantai Dalam 
Kalau tengok dari gambar biasa aje kan nasi lemak ni? Kena cuba dulu. Siapa yang pernah cuba, pasti akan faham kenapa warung ni nama dia Warung Rindu. 

Warung Rindu ini terletak dia Apartment Seri Angkasa berhampiran dengan stesen komuter Pantai Dalam. Kalau dari Angkasapuri, maintain kiri, jumpa trafik light, then belok kanan. Sebelah kanan dah nampak dah Warung Rindu. 

Isteri dah tak sabar nak makan Nasi Lemak Panas Warung Rindu
Nasi lemak panas dia simple aje. Nak minta lauk pauk yang macam-macam takdelah, paling kuat pun ayam goreng atau telur mata kerbau. Tapi benda yang simple yang sedap tu. Kesedapan dia terletak pada sambal dia. Ada rasa manis tapi kick kepedasan tu tetap ada.

Sambal nasi lemak dia buat saya rindu selalu kat warung ni
Boleh makan di situ atau bungkus, siap-siap bungkus RM 1 tapi portion dia puas hati. Selalunya saya dan isteri order dua nasi lemak biasa, teh tarik dan kopi O, RM 5 aje.

Ada banyak meja kat warung tetapi problem utama ialah parking sampai kena parking di tepi-tepi jalan besar. So, kena hati-hati sikit.

Nasi lemak dia ada dari pagi sampai ke malam. Tengah hari pun ada juga nasi campur, so memang sesuai untuk datang makan sini pada bila-bila masa.

Hari jumaat ada pisang, sedekah khas dari tuan warung

Makan sekali di Warung Rindu, rindu-rindu selalu.....

10 comments:

  1. warung rindu?? waaahh.. mesti rindu nak datang lagi selepas singgah.. heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kid, itulah nama warung tu. Sekali rasa, pasti rindu selalu :D

      Delete
  2. tu port bekfast sy..dlm seminggu mesti 2, 3 kali makan dkt situ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh iye ke? Saya makan situ selalu sebab hantar anak ke rumah pengasuh situ.

      Delete
  3. Yummy! Menu paling sedap buat jadi ngantuk pagi pagi.Eheeee;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....makan nasi lemak memang mengantuk punya, tapi sedap!

      Delete
  4. salam .... 3 untuk bo disini..

    uncle tak pernah lagi makan kat situ..bila mau open table? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle, open table? Boleh aje. Roger aje bila ada kat KL.

      Delete
    2. insyaAllah bo...kalau ada rezeki mmg uncle kesana nak jumpa hang hihihi

      Delete
    3. Orait. Meja Warung Rindu pun memang pakai meja lipat. Nanti Bo tolong open..hehehe...

      Delete

Comment here

Ads by Nuffnang