I would like to wish my fellow Chinese readers and friends a very Happy Chinese New Year!
Ads by Nuffnang
Sunday, February 14, 2010
Lawak Hari Ini: Budak-Budak Sekarang, Terlebih Pandai........
Disclaimer: Lawak jenaka ini hanyalah untuk gelak jadi bahan gelak tawa sahaja.
Rasanya budak sekolah ni nak isi borang kat sekolah dia. Semua dia boleh isi KECUALI ruangan "Bangsa".
Memandangkan ayahnya berbangsa Cina & ibunya berbangsa Singh (orang melayu dulu-dulu panggil Bai), maka inilah jawapan yang budak ni letak kat detail "Bangsa" tu....
Ishh...kesian budak ni ...hehehehe....
Saturday, February 13, 2010
Handphone...Handphone..........Pengalamanku dengan handphone
Handphone pertama aku Nokia 3210. Harga masa aku beli RM 550 & beli kat Pertama Kompleks. Itupun jenuh aku kumpul duit kerja part time catering tahun 2000, tahun pertama Diploma kat UITM Shah Alam. Memang hebatlah time tu rasa, lagi-lagi beli pakai duit sendiri.
Nokia 3210...old school
Sejak Nokia 3210, aku pakai Nokia 8210, kemudian Nokia 8250 (Butterfly), Nokia 7650. Aku curang pada Nokia kejap bila aku guna Sony Ericsson Z800i. Kemudian, bila Z800i telah tamat perkhidmatan 4 tahun, aku kembali pada Nokia. Aku sekarang guna Nokia E71 .
Semalam aku terpaksa pujuk adik bongsu aku, yang masih sekolah menengah untuk membatalkan niat dia untuk beli phone Nokia X3 yang harganya RM 550. Phone lama kena curi kat asrama MRSM. Kalau duit sendiri takpe, tapi ini dia mengharapkan duit orang lain. Tapi apa-apa hal pun aku memang tak setuju budak-budak zaman sekarang guna handphone mahal-mahal. Kebanyakan function pun tak dia guna. Membazir aje.
Nokia X3
Kalau korang tertanya-tanya berjaya tak aku mengubah niat adik aku tu, yup aku berjaya pujuk dia beli phone yang lebih murah tapi masih lagi ada function MP3, camera & bluetooth. Cukuplah tu kan.
P/s: Bila dah mula earn duit sendiri nanti, along tak tanya. Janji.
Friday, February 12, 2010
Blog Header Bo Is A Nerd
Ramai juga yang tertanya tentang blog header BoIs A Nerd yang unik gak lah. Aku memang admit agak lain lah dari yang lain tapi aku tak boleh ambil kredit untuk blog header tu. Credit must be given where credit is due.
Designer untuk blog header aku tu bernama Ahmad Nasron Abdul Rahman. Nasron @ Nas ni officemate aku kat office yang memang suka tolong aku bila bab design graphic untuk blog aku atau benda-benda yang kreatif ini. Memang tabik habis lah dengan kreativiti mamat nih.
Nas with wife Reena
Kalau ada geng blogger yang berminat nak guna khidmat si Nas ni untuk design any artwork or graphics, bolehlah tinggalkan nama, email and website link pada comments area. Nanti aku forward pada Nas' untuk arrange perjanjian dengan korang. Aku sendiri pun kena bayar untuk blog header tu. Kira adillah, kalau nak yang terbaik mestilah berbelanja sikit.
Aku letak a few of Nas' work down here for you appreciation.
Blog Header www.boisanerd.blogspot.com
Blog Header www.nakatautaksaje.blogspot.com
NATS Logo
Tune Talk online self help at www.tunetalk.com
Subscribe to:
Posts (Atom)





