Ads by Nuffnang

Showing posts with label Friends N Family. Show all posts
Showing posts with label Friends N Family. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Anak buah saya di namakan sempena Eric Cantona

Baby Ariq Irsyad Bin Mohd Hakimi Jauhari
Haa..inilah anak buah saya yang pertama, Ariq Irsyad Bin Mohd Hakimi Jauhari. Di lahirkan semalam pukul 4.39 p.m (UK time) di The Royal London Hospital. Tahniah di ucapkan pada adik saya dan isterinya menerima kehadiran permata mereka. Boleh Ariq geng dengan anak saya, Muhammad Kaisan.


Muhammad Kaisan dah ada geng balik kampung nanti
Nampaknya kenalah bersabar tunggu mereka balik masa raya adilifitri nanti kalau nak jumpa Ariq. Ariq Irsyad yang bermaksud berbudi bahasa, mulia dan penuh nasihat di katakan di namakan iras-iras pemain bolasepak kegemaran daddynya, Eric Cantona.

Sunday, December 25, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya

Kaisan tolong mamanya mengemas

Bak kata pepatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Thursday, December 15, 2011

Saya dah join kelab 3 Series

Tajuk bukan main lagi kan. Bukannya baru beli BMW 3 Series atau pun Mazda 3. Tapi kalau boleh beli apasalahnya, betul tak? Sebenarnya saya dah berumur 3 dekad atau 30 tahun. Yup, tanggal 9 November yang lalu saya dah berumur 30 tahun. Muda lagi tu sebab orang selalu kata life starts at 40. Kira kanak-kanak lagi lah ni. Cheh, perasan sejenak. 

Walaupun dah lebih sebulan berlalu saya menjadi ahli Kelab 3 Series, rasanya patut juga buat posting kat sini buat kenang-kenangan dan tengok sama-sama dengan anak-anak nanti. Insya'Allah.

Hari tu ada dua sambutan. Sebelah siangnya sambutan bersama wife dan anak di Chilis One Utama. Sebelah malamnya bersama ahli keluarga yang lain. Yang bestnya, family bawa pizza favourite baru, Papa Johns Pizza. Memanglah terbaik.

Walaupun simple, tapi memang rasa di hargai dan di sayangi. Terima kasih kepada semua yang wish & doakan saya pada hari itu.

Kaisan mengacau ketenteraman ikan-ikan
Aksi kejar mengejar

Ingat touch screen
Mama tolong Kaisan coloring


Jeling pada siapa pulak tu?

Amboi, jelingan tajam nya

Sluurrppp...

Mama's order. Forgot apa mama order.

Kaisan's kiddie meal

Birthday boy punya meal

Guocomole...mole...mole..

Tak reti hisap straw camtulah gayanya

Kenyang sambil layan Upin & Ipin

Please no paparazzi..

Jalan-jalan kasi turun makanan

Muat pulak dua beranak ni duduk

Tiga large Papa John Pizza

Nak start yang mana satu ni?

Layann..

Baskin Robin Ice Cream Cake..tak pernah dapat ni.

Coklat all the way...sila tekan butang "Like"

Chicken wings for Kaisan

All smile....*click*

Achik makan dulu...Kaisan suap
Achik dah terbongkan...Kaisan kenyang sampai tinggal pampers

Tuesday, August 16, 2011

Pakcik! Kami tak nak makan, nak duit raya aje!

Duit raya oh duit raya
Sekejap saja kita dah sampai hari ke-16 bulan Ramadhan yang mulia ini. Setakat ini ibadat puasa tahun ini Alhamdulillah mudah di kerjakan tanpa banyak dugaan. Doa-doa begitulah sehingga akhir nanti. Macam biasa tiap-tiap tahun, time-time begini dah mula di kira-kira berapa banyak duit raya yang hendak di beri.

Draft list duit raya tahun ini, masih tertakluk pada perubahan.
Isteri selalu mengingatkan, bagilah seikhlas yang boleh sebab bukannya selalu kita bagi duit. Betul juga tapi aku juga fikir lebih ikhlas kita memberi, insya'Allah lebih besar pahala dan pulangan kita nanti. Itu semua aku biarkan Allah yang menentukannya sebab rezeki datang dari Allah.

Korang dah prepare ke duit raya untuk tahun ini?

P/s: Budak-budak tak nak masuk makan dah, terus terang cakap nak duit raya.

Tuesday, July 19, 2011

Ada Apa Dengan Big Apple,J Co & Krispy Kreme. Kuih Gelang Lagi Sedap!

Gambar ihsan dari FB Soraya
Terjumpa FB entry kawan sekolah tentang kitchen experiment terbarunya di dapur, kuih gelang. Bila tengok kuih gelang ini teringat masa aku membesar di kampung aku dulu di Taiping. Arwah tok dulu rajin buat kuih gelang buat makan petang. Bancuh satu teko teh "O" sambil borak-borak dengan arwah tok dulu, memang bahagia.

Arwah tok sudah hampir 5  tahun menyahut panggilan Allah untuk kembali kepada-Nya. Tapi semua happy memories membesar di rumah tok serta nasihat tok sentiasa bersama aku. Al-Fatihah pada arwah tok dan aku sentiasa mendoakan arwah di letakkan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.


Recipe untuk kuih gelang:
 7 biji ubi keledek
500 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
Garam 
Air
Minyak


Panduan membuat:


1.Rebus ubi hingga empuk, lenyek-lenyekkan dan biarkan sejuk sebentar. 


2.Tambahkan sedikit garam dan tepung dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Jika masih lembik, tambahkan tepung.


3. Ambil sedikit dari adunan dan bentukkan seperti gelang. Jangan terlalu tebal sebab takut tidak masak di dalam. Buat lagi sehingga habis adunan.


4. Panaskan minyak dahulu dan masukkan gelang-gelang tadi. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan sejuk sekejap.


5. Taburkan gula halus dan sudah siap untuk makan.

Monday, June 20, 2011

Weekend Getaway: The Legend International Water Homes (TLIWH)

The Legend International Water Homes

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia ke Port Dickson. Tak lama pun. Dua hari aje. Cukuplah untuk lari dari stress kerja & rumah. Planning pun last minit. Hotel pilihan kami The Legend International Water Homes.


"Ayah bawak kereta cepat-cepat tahu!". Mungkin itu yang Kaisan cuba cakap.
Nak cari tempatnya mula-mula agak payah. Rupanya dia lebih keatas lagi selepas bandar Port Dickson dan arah yang sama ke Glory Beach Resort. Glory tu sebelah aje dengan The Legend International Water Homes.

Entry kali ini akan lebih banyak menunjukkan gambar. Rasanya tak perlulah cerita bandar PD tu macam mana sebab ramai yang tahu macam mana kan. Aku akan lebih banyak cerita tentang tempat kami menginap masa di Port Dickson. 


Banyak betul visitors dari Singapura
Parking space memang banyak. Boleh juga parking dalam hotel tapi malas nak naik atas bertingkat-tingkat, so decide parking kat luar senang. Masa kami menginap situ, banyak pula pelancong dari Singapura. Rupanya cuti sekolah diorang belum habis lagi. Patutulah bersepah kereta plat Singapura masa kami sampai.


Villa-villa cantik over the sea
Suka tengok gambar ni. Ambil masa on the way nak pergi ke bilik. Ini semua Premium Pool Villa Above the Sea. Nama pun "above the sea", so memanglah atas laut. Dalam setiap bilik ada window pada lantai yang kita boleh bagi kita tengok pasang surut air laut. 


Oh ye, kami dapat upgrade ke Premium Villa sebab pertama kali datang ke sini. Pada mulanya, kami hanya book Executive Pool Villa tapi masa check in Service Manager tu kata kami dapat upgrade ke Premium Villa. Bagus!!


Time ni dah tercungap-cungap nak berjalan ke bilik
Ada buggy service disediakan untuk menghantar pengunjung dan bag-bag berat ke bilik. Kitorang guna juga buggy service tu tapi untuk hantar beg aje. Saja jalan-jalan nak experience tempat ni dengan lebih rapat. Gambar atas tu wife and Kaisan berjalan ke arah bilik kami. Jauh juga ke dalam.


Boleh buat profile picture Facebook ni
Wife dan Kaisan stop bergambar sebelum sampai kebilik. Memang cantik area ni dengan ada pokok-pokok menjalar tu. Tambah pulak boleh dengar ombak menghempas ke pantai.


Sampai sudah ke bilik 2013A. Kaisan, bak kunci.
Akhirnya sampai ke bilik. Tak boleh nak masuk sebab Kaisan pegang room card key. Mesti masuk mulut. Budak-budak macam itulah.


Indoor private swimming pool menyambut kedatangan kami
Buka-buka pintu terus nampak tarikan utama hotel ini. Setiap villa ada private indoor swimming pool. Tak dalam, hanya 4 kaki dalam dan sesuai untuk kanak-kanak especially babies. Wife Bo ajak datang pun sebab dia nak swim tanpa segan.


Time ni dah tak sabar-sabar nak terjun masuk
Pandangan dari luar bilik. Kaisan dah tengok-tengok pelampung oren tu
Dua katil king size untuk Premium Villas
Kaisan mengelak jalan atas floor window panel. Gayatlah tu.
Boleh nampak air tengah pasang masa kami sampai
Kaisan tengah buat inspection bilik. Semua bilik dia masuk.
TV LCD 32 inci. Free WIFI & ASTRO juga disediakan untuk semua bilik
Kitchenette yang lengkap dengan microwave oven dan electronic kettle.
Bathroom cantik. Ada hair dryer dan tuala yang cukup dan pelbagai size.
Shower room yang agak luas. Toilet cantik tapi tak ambil gambar..hehe.
Selepas dah explore seluruh villa tu, wife Bo dan Kaisan dah tak sabar-sabar lagi nak terjun masuk pool. Kaisan ada beberapa kali nak terjun sendiri tapi nasib baik dia good boy bila kena tegur. 

Seronok betul Kaisan dapat swim. Macamlah kat rumah tak swim.


Kaisan nak ayah dia tolak laju-laju.
Kaisan sibuk nak main air pancut dari mulut katak
Kaisan keletihan lepas berenang. Dapat susu panas & aircond, settle.


Selepas swimming, semua dah letih dan lapar. Makan nasi ayam yang di bungkus dari Restoran Mak Mah. Restoran tu memang favourite aku bila datang PD sebab semua ada. Servis pun pantas. Malam tu sebab sibuk nak cari makan malam sampai terlupa nak ambil banyak gambar. Oh well...


The Legend pada waktu malam.
Anak beranak posing sebelah fountain.
Keesokannya, saat yang aku memang tunggu Breakfast buffet!! This is where I get back my money. Yang bestnya, Kaisan pun bangun awal. Macam tahu-tahu aje ayah dia lapar. Terus kami ke Restaurant Duyung yang cantik dan selesa.

Tersenyum lebar isteriku tapi Kaisan still mamai. Kesian Kaisan..
Ramai orang awal-awal pagi ni. Lapar sangat kot.
Macam biasa. Aku akan target daging-daging dan ayam
Kaisan melayan Honey Stars. Banyak juga dia makan.
Sempat lagi posing.
Lepas makan, jalan-jalan lagi keliling area hotel dan ambil gambar sambil biar Kaisan main dekat playground.


Lanun Bar
Kaisan letih berjalan. Nak minta dukung.
Kiddie pool playground
Main hotel pool
Kaisan seronok dapat main playground

Aik! Tidur ke?

Ada lah tu bincang anak beranak tu. Mesti ayah yang kena tanggung nanti

Itulah percutian kami sekeluarga yang singkat tapi memang seronok dan santai. Nanti insya'Allah boleh datang lagi.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang The Legend International Water Homes, boleh klik di http://www.legendiwh.com.my. Semua maklumat ada di situ. Walaupun agak mahal, tetapi selepas keseronokan kami sekeluarga, ia berbaloi-baloi.