Aku tergerak nak tulis tentang followers blog selepas ada officemate aku tanya berapa ramai followers blog aku dan diikuti dengan komen "ramai itu aje ke followers kau. Baik tak payah blogging". Walaupun, hati panas & tangan dah ringan, aku fikir balik soalan "kawan" tadi tu, ramai atau tak followers ni penting ke?
Kenapa orang follow blog kita? Sebab layout cantik? Entri yang memang layan atau sebab dia pun follower blog kita (balas budi punya case)? Aku terus terang cakap aku follow blogs yang memang aku suka cara penulisan dia, cara dia present blog dia dan entri blog tu. Aku tak follow membuta tuli semata-mata untuk follow.
So, aku nak tahu, apa sebab korang follow blog orang lain and penting ke berapa ramai followers untuk satu blog?





