Pages

Wednesday, October 26, 2011

Boikot Final Piala Malaysia semakin panas

Banner bantahan di naikkan di STAR Paroi
Nampaknya bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29hb Oktober di Stadium Shah Alam di antara Negeri Sembilan dan Terengganu sudah makin memuncak. Banner di atas tu di naikkan oleh penyokong pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Di Terengganu pula, satu lagi banner yang juga menyatakan ketidakpuashatian penyokong pasukan Terengganu di bentangkan. Nampaknya penyokong kedua-dua pasukan bersepakat untuk membantah kenaikan harga tiket oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari RM 30 untuk perlawanan akhir pada tahun lepas kepada RM 50 pada tahun ini.

Banner bantahan oleh penyokong Terengganu
Kenaikan yang amat drastik ini tidak patut di lakukan oleh FAM dan akan hanya menyebabkan penyokong bolasepak tempatan terus menjauhkan diri dari stadium-stadium. 

Mungkin dahulu duit tajaan dari syarikat rokok menjadikan FAM antara persatuan yang terkaya di Malaysia tetapi ini bukan langkah yang adil dengan menghukum penyokong tempatan senata-semata ingin menambahkan tabungan FAM.

Saya di sini menyokong bantahan kenaikan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Kepada yang ingin menambahkan sokongan pada boikot ini boleh meletakkan sokong pada :-


Petisyen Kami Boikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kerana Kegagalan FAM Menguruskan Bolasepak Malaysia!!!


P/s: Tahun 2012 akan menjadi tahun pasukan Perak. Kejor yop kejor!

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang