Ads by Nuffnang

Sunday, October 23, 2011

Penyu jumpa Jang di Final Piala Malaysia 2011

Buat pertama kalinya, Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas kedua-dua pasukan berjaya mengalahkan pasukan lawan masing-masing di separuh akhir di gelanggang sendiri semalam.

Pemain-pemain Terengganu meraikan kejayaan mengalahkan Selangor
Terengganu 2 Selangor 1 (Terengganu layak secara agregat 4-1)

Terengganu layak ke final selepas mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Ismail Nasirudin Shah semalam dan agregat 4-1 di hadapan penyokong-penyokong sendiri semalam. Sokongan padu dari penyokong-penyokong pantai timur ini membantu Penyu meranapkan misi 33 pasukan Red Giants Selangor pada kali ini.

Jaringan dari Abdul Manaf Mamat dan pemain negara, Ashaari Shamsudin membolehkan Terengganu melebarkan agregat sebelum kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim menanduk masuk gol saguhati pasukan dari Lembah Klang. Cubaan jurulatih Selangor dengan memasukkan Amri Yahyah pada perlawanan kali ini walaupun mengalami kecederaan nampaknya tidak menjadi.


Pemain-pemain N9 meraikan kejayaan melangkah ke final Piala Malaysia

N9 2 - T-Team 1 (N9 layak secara agregat 6-3)

Negeri Sembilan kembali ke perlawanan akhir Piala Malaysia untuk kali ke-2 dalam masa 3 tahun selepas mengalahkan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Jaringan dari Shahurain Abu Samah dan Shukor Adan memberikan kemenangan kepada pasukan Hoben Jang Hoben. T-Team membalas dengan satu jaringan dari Fitri Omar.

Sokongan padu dan jitu dari penyokong Negeri Sembilan menjadikan suasana seperti final Piala Malaysia sedang berlangsung. Perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada 29hb Oktober ini pasti akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat dan menjadi bukti bahawa arena bola sepak Malaysia hidup dan kuat.


No comments:

Post a Comment

Comment here