Pages

Saturday, December 24, 2011

Boss, saya mahu bagi awak 15 ribu ringgit


[Panggilan telefon saya terima siang tadi]

Bo: Hello.

Caller: Hello. Saya mahu beli you punya nombor.

Bo: Nombor apa? Saya bukan main nombor.

Caller: Bukan itu nomborlah boss. Saya mahu beli you punya nombor telefon. Banyak cantik ini nombor.

Bo:Ooo..nombor telefon saya. Mana you dapat nombor saya? Berapa harga you mahu beli?


*masa ni dah curiga sikit. Nak tahu mana dia dapat nombor. Ayat tanya nak beli tu pancing aje*

Caller: Saya tekan saja. Cuba-cuba saja. Berapa you mahu boss? Saya mahu beli. You bagi harga lah boss.

Bo: Saya mahu 20k. Mahu?

Caller: 20k banyak mahallah boss. Kasi kurang sikitlah. 12K bolehlah. 

Bo: 12k saja tak mahu. Last offer 15k. Mahu ke? Last offer. Kalau tak mahu, saya letak phone.

Caller: Oklah boss. 15k bolehlah tapi macam mana mahu deal?

Bo: Saya saja tengok you mahu beli ke tidak. Tak mahu juallah. Sayang ini nombor. Lepas tu salah jual nombor telefon. Saya boleh report sama you.

Caller: *hang up telefon terus*

Setakat ini itulah offer paling tinggi saya pernah dapat untuk nombor handphone saya. Sebelum ini yang paling tinggi pun RM 5K. Ada sebab kenapa saya tak jual nombor phone tu walaupun di offer duit banyak tu. 

Kalau korang, jual ke tak?

8 comments:

  1. offer 15k tinggi jgak tu.. num bro ada byk angka 8 ka? hikk...

    ReplyDelete
  2. cuba letak no fon tu kat cni..
    nak gak tau nombor cantik tu macam mana?
    hehe..

    tapi, kalau dah nombor tu cantik, memang sayang nak jual..
    tapi, kalau ade org nak beli 50k jual kot..haha:p

    ReplyDelete
  3. Teenager Housemaid~Dulu Bo kerja dgn telco mobile & pioneer group lagi. Masa tu company bagi staff pilih nombor dulu sblm offer pada public. Nombor Bo agak cantiklah sebab ada 3 digit je yg make up 7 angka tu.

    ReplyDelete
  4. caliph~Saje je offer byk tu. Tak tahu plak org tu sanggup beli. Takde angka 8 pun. Ada angkak 0,1 dgn 5 aje.

    ReplyDelete
  5. whoaaa..serius?
    bestnye..
    nombor saya ade 5 digit.. T.T

    ReplyDelete
  6. pehh gila banyak.

    berapa no nya eh?

    ReplyDelete
  7. Cik Orkid~
    Tak boleh bagi tahu nombor phone. Nanti siapa2 pulak yg call Bo nanti..hehehe

    ReplyDelete
  8. peerrgghh...tak agak2.. kalo aku tunggu skit hari lagi.. mesti ada yg offer satu juta..

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang