Ads by Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Tak salah buat complaint atau bagi feedback.


Baru lepas baca entry terbaru dari saudara Eyriqazz " Jawapan Balas dari MyRapidKL". Mula-mula sekali, nak ucap tahniah kepada Customer Service MyRapidKL di atas jawapan yang di berikan serta menggalakkan pengguna memberi pandangan. Mana-mana pihak yang memberikan perkhidmatan/servis sentiasa inginkan feedback dari pengguna supaya boleh improve kualiti perkhidmatan yang di berikan. Insya'Allah, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati service yang lebih berkualiti di masa depan.



Tahniah juga di berikan kepada saudara Eyriqazz kerana memberikan pendapat dan pandangannya tentang perkhidmatan LRT MyRapidKL dan juga mengakui kesilapan yang tidak di sengajakannya dalam entri asalnya "Kau Ingat LRT Ini Kau Yang Punya?". It takes a big man to admit his mistakes and faults. Saya selalu juga baca complaints saudara Eyriqazz apabila dia merasakan kualiti atau lebih tepat lagi kekurangan kualiti suatu perkara harus di tegur untuk kebaikan semua orang.

Perkara yang membuat aku sedikit hairan ialah komen-komen negatif dari pengomen "Annonymous". Sudahlah bahasa yang di gunakan melambangkan tahap budibahasa orang itu, ada yang kata bila complaint ini  macam perangai orang perempuan dan yang paling sedih sekali "Melayu pemalas" label yang diberikan.

Rasanya mereka ini masih lagi berfikiran rakyat negara dunia ketiga sebab negara-negara maju menggalakkan rakyatnya memberikan feedback atau cadangan apabila merasakan hak mereka tidak di tegakkan. Mungkin feedback yang di berikan negatif atau tak berasas dan ada juga yang memang brilliant habis. Apa-apa pun, it IS something than nothing. 

Saya rasa pengomen "Annonymous" ini mereka yang bila tak puas hati dengan suatu perkara akan hanya sumpah seranah dan kecoh senyap-senyap dan kutuk-kutuk di belakang. End result? Nothing. Tiada apa-apa pun sesiapa pun dapat apabila kita buat macam tu.

So, sentiasalah fikir suatu itu ke arah positif walaupun mungkin perkara itu mungkin tentang suatu yang negatif. Saudara Eyriqazz hanyalah menyuarakan pendapatnya, salahkah dia? 

2 comments:

  1. thanks bro..at least saya nampak kesan positif dari feedback itu..dan ianya bukan sekadar menguntungkan saya,tapi pengguna LRT yang lain juga......

    ReplyDelete

Comment here