Ads by Nuffnang

Saturday, November 30, 2013

Beli Kambing Untuk Majlis Aqiqah Kembar



Amalan kebiasaan apabila menyambut kedatangan anak-anak ialah dengan adakan acara aqiqah qurban. Di buat dengan ikhlas dan sempurna, in sya Allah hidup anak-anak dan keluarga di berkati Allah SWT.

Lupa pulak nama tuan punya ladang, cuma memang seorang yang peramah dan baik hati. Sampai-sampai aje di pelawa makan sarapan pagi mihun dengan teh O. Memang layan bila di kenangkan belum lagi sarapan pagi.

Pergi ke sana untuk dapatkan seekor kambing tapi alhamdulillah dapat dua ekor sebab tuan ladang sedekah seekor. Kenapa pergi cari seekor aje padahal kembar sepasang? Patutnya 3 ekor kambinglah kan? Betul tu. Tapi dua ekor tu kami dah buat melalui eZQurban. Sedekah pada saudara-saudara Islam di negara lain yang lebih memerlukan. 

Bila tengok ladang tu, ada kambing, lembu, ayam, rasa macam nak keluarkan diri dari rat race sekarang tapi belum berani. Tuan punya ladang dulu pun sama juga perasaan masa kerja dengan kerajaan dan nekad buka ladang. Alhamdulillah dah 10 tahun ladang dia dan makin banyak order dan ternakan dia. In sya Allah, mungkin boleh planning dari sekarang.

Sikit gambar-gambar semasa pergi ke satu ladang di Semenyih. 

Kambing biri-biri

Lembu pun ada di ladang ni

2 comments:

Comment here