Ads by Nuffnang

Showing posts with label Muhammad Kaisan. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Kaisan. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Dah 6 bulan dah umur Hannah Rose & Harris Reza

Hannah Rose dengan Abang Long Kaisan
Sekejap aje rasa, tup tup anak kembar saya Hannah Rose & Harris Redza dah cecah 6 bulan. Macam-macam kerenah, perangai dan keperluan. Umur macam dua-dua ni dah seronok dah nak bermain-main dengan diorang. Badan pun dah tegap sikit especially si Harris, sampai Atok Mi di pun dah "give up" nak timang dia.

Harris Redza & Abang Long Kaisan
Ayah & mama suka melayan Harris & Hannah dan tiap-tiap hari mendoakan korang berdua jadi hamba Allah S.W.T. yang beriman & bertakwa. Amin.

Sunday, November 3, 2013

Perkenalkan anak kembar Bo, Hannah Rose dan Harris Reza

Kaisan dengan Hannah Rose (kiri) & Harris Reza (kanan)
Sorry lama tak update. Busy sikit dua bulan yang lepas ni. Memang tak ada masa nak update blog. Terikat habis melayan kembar kami, Hannah Rose dan Harris Reza. Yup, pasangan kembar sepasang kami atas tu. Tengah-tengah tu anak sulong kami, Muhammad Kaisan.

Macam mana pun, saya akan cuba juga untuk cari masa untuk update blog. Passion blogging kena maintain. Kipas susah mati kata orang kalau cerita tentang passion blogging ni.

Kalau ada yang nak bagi hadiah untuk Hannah & Harris, boleh klik bawah ini atau di Tabung Anak Kembar Bo di sebelah tu



Take care guys!

Lagi gambar-gambar Hannah & Harris:

Hannah Rose & Harris Reza

Hannah Rose, 2.5 kg berat masa di lahirkan
Harris Reza, 2.6kg berat masa di lahirkan
Kaisan sayang benar dengan adik-adik dia
Doakan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan beriman

Saturday, August 10, 2013

Awang Selampit kutip duit raya

Awang Selampit @ Kaisan
Kanak-kanak yang paling happy bila Hari Raya. Dapat makan, jumpa cousin-cousin dan paling best dapat duit raya.


Samalah dengan anak saya, Muhammad Kaisan atau Awang Selampit kata ayah saya, Tok Mi pada Kaisan. Sekarang Kaisan dah umur 3 tahun, so lagilah dia faham apa tu Hari Raya. Semua orang layan dia sebab dia aje yang budak kecik dalam rumah Tok & Wan.


Tahun depan (jika dipanjangkan umur) keluarga kami akan lebih meriah dengan kehadiran kembar yang isteri sedang kandungkan, adik perempuan dan adik lelaki buat Kaisan. Kenalah Kaisan kongsi spotlight dengan adik-adik nanti.

Tuesday, July 23, 2013

Suka Kaisan dapat Chuggington

Masa kecil dulu, saya dapat set keretapi dari ayah. Memang selalulah mengadap keretapi tu. Sekarang dengan Kaisan pun sejarah macam berulang semula. 

Baru-baru ni dapatkan dia pula set train pertama, Chuggington by Takara Tomy. Set tu ada kepala Wilson dan 7 gerabak. 

Memang seronok tengok Kaisan suka set baru dia ni. Kita pulak ralit tengok train tu berpusing-pusing. Tak kemana pun, pusing-pusing situ aje.

Ingat nak expand rail tren ni. Siapa tahu dekat mana boleh cari set Takara Tomy ini lagi?

Senyum lebar dia dengan set Chuggington dia

Tulisan Jepun tu faham ke Kaisan?
Baru sibuk nak suruh bukak
Set Chuggington Takara Tomy
Rasa macam gergasi tengok train lalu




Sunday, June 23, 2013

Pengalaman kali pertama Kaisan naik kapal terbang.

Trip ke London baru-baru ni juga kali pertama Kaisan naik kapalterbang. Risau juga kalau nanti banyak ragam, tak selesa ke atau nanti asyik kacau passengers lain. Iyelah, flight 14 jam, orang besar pun tak selesa lagilah budak 3 tahun.

Tapi nasib baik onboard entertainment Emirates Airlines best. Yang terbaik sebeb ada Disney Jr channel and channel kids lain yang boleh buat dia leka (orang tua-tua kat ralit)

Tipulah kalau kata tak ada saat-saat menggeramkan dan memalukan bila datang angin Kaisan ni, tapi overall, Kaisan behave really well. Sampaikan stewardesses Emirates asyik datang cubit & senyum kat Kaisan. Ayah dia pun perasan sekali senyum. Cubit aje tak dapat dari stewardess tapi datang dari mama Kaisan. Cubitan manja, oklah.






Sunday, July 15, 2012

Siapa perlukan sofa dan kerusi?



Alahai Kaisan....

Nampaknya terpaksalah mama dan ayah jual aje sofa dan perabot yang ada dalam rumah ni. 

Kalau ada orang datang, minta duduk dalam penapis dan baldi aje dah cukup.




P/s:


Jangan lupa checkout Samsung Galaxy S3 deal hanya RM 999.

Saturday, June 30, 2012

Not a care in the world...



Ini lah perangai kanak-kanak. 

Dalam sibuk-sibuk orang cari barang, dia boleh bermain tanpa kisah sekeliling.

Bila kali terakhir kita boleh tinggalkan dunia sibuk kita dan terus bermain?

Saturday, May 5, 2012

Pandai Kaisan tiup lilin


Hari tu kami sekeluarga sambut hari jadi Kaisan yang ke-2. Simple simple aje di rumah dengan keluarga. Anak-anak senang aje untuk kita buat dia happy dan seronok. Hati derang masih suci murni. Cupcake yang kecik letak dua batang lilin pun dah buat dia happy.

Happy birthday Kaisan! Mama & ayah sentiasa doakan Kaisan menjadi anak yang soleh, bijak, beriman dan soleh. Amin.

Monday, April 30, 2012

Kaisan tames the beast

Kaisan tames Comel

Apparently now Kaisan has a new best friend at the sitter's, Comel the Cat. Comel is the sitter's cat and as far as I remember, he would run like he just seen a ghost whenever Kaisan is around. It's not that Kaisan is rough or anything but he's playful, to put it in a way.

Good job Kaisan!

Sunday, April 15, 2012

Early birthday gift from Kaisan's Grandparents..let's ride!


See the face. He was so excited when his Tok Mi showed him his new bike. A really nice bike and fitted him well but he still cannot pedal. What do you expect from a soon to be 2 year old boy. Just the reaction and the look on his face was priceless.


We had a small gathering before their flight the next morning and ayah and ibu took the opportunity to have a small early birthday bash for Kaisan. Pappa John's Pizza (initially wanted KFC), drinks and good company, it just cannot get better than that.

Why so serious?
Kaisan & his bike

Playhouse Disney Encyclopedia from Wan Ros
Kaisan with his grandparents
Getting a slice
Just being one of the guys with the uncles

Monday, March 12, 2012

Macam ada yang tak betul aje nih


Haa....bagus bagus. Khusyuk betul Kaisan mengaji. Siap bersongkok lagi tu.


Laaaa.....pakai seluar pendek?? Mengaji cara apa nih?


Takpe-takpe. Janji ada minat nak belajar.

Melentur buluh biar dari rebungnya, betul tak?

Sunday, March 4, 2012

Thursday, March 1, 2012

Woohooo!!! Good job! Well done! Teruskan lagi dan lagi!!




Bukan main seronok Kaisan bila dapat susun blok ikan tu walaupun tak ikut susunan. Lagi seronok bila isteri & saya tumpang seronok dengan dia. Selalunya terlebih seronok sampai Kaisan pun rasa kitorang over. 

Penting untuk memberi galakkan dan support buat anak-anak supaya dia pun mahu terus belajar. Bil ada orang kata "good job", "pandai anak mama/papa" ataupun tepuk tangan, lompat-lompat atau menari bersama anak, mesti dia rasa seronok dan nak belajar lagi. Bagus juga untuk confidence anak. Penting tu.

Orang tua pun mencari support dan "acknowledgment" dari orang lain, betul tak?

Tuesday, February 28, 2012

Kaisan dah mula kenal alphabets

Anak-anak kecil ni macam span. Semua benda yang di lihat, dengar atau sentuh sentiasa dia ingat atau di belajar. 


Sekarang Kaisan pun dah kenal hampir semua huruf-huruf dalam alphabets. Walaupun dia belum lagi berumur 2 tahun, rasanya patut juga mula didik dia dari awal.

Ini 3 cara kami mengajar Kaisan:

Gunakan youtube dan cari ABC Songs atau video berkaitan ABC
Gunakan permainan seperti fridge magnet ABC. Add fun to learning process
Guna magnetic board untuk uji kefahaman Kaisan untuk kenal huruf. W huruf favourite Kaisan.


Setakat ini, Kaisan cepat menangkap huruf-huruf dan selepas ini nak kenalkan pada nombor-nombor dan juga huruf-huruf alif ba ta (muqaddam). Biar Kaisan cukup ilmu dunia dan akhirat.

Apa lagi ye cara untuk educate anak-anak?

Monday, February 13, 2012

Kaisan @ Mia's 2nd Birthday Party

A very close friend's daughter birthday party. Tiap-tiap tahun mesti fun and happy. Tahun ini tema party memang favourite Kaisan, Upin & Ipin! Memanglah Kaisan suka sangat especially bila ada kiddie pool. 

Thanks Mazlan & Deanna for inviting us to share the day with you guys and your beautiful family.