Ads by Nuffnang

Showing posts with label Liga Super Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Super Malaysia. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Keputusan Liga Super Malaysia Minggu ke - 4

Pasukan Yob menang lagi! Kali ini mengalahkan Johor FC 1 - 0. Yob sekarang berada di tangga ketiga liga selepas Kelantan dan Terengganu.


Sunday, January 15, 2012

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu ke-2


Nampaknya Perak kalah dengan Selangor di stadium pinjam, Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 1-0 hasil jaringan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim. 


Musim masih awal dan banyak lagi perlawanan yang boleh menyaksikan Perak kembali bersaing. Nampaknya Cikgu Jan kena cuba menaikkan kembali semangat pasukan Yob sebelum menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan di Ipoh nanti.


Kedudukan liga, T-Team mendahului liga dari Negeri Sembilan, diikuti Selangor. Manakala tiga pasukan tercorot adalah Singapore Lions XII, Kedah dan Kuala Lumpur.

Come on Yob! Boleh kejor lagi Yob!


P/s: Tak suka lagu "Kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk..kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk"

Friday, January 13, 2012

Jadual Liga Super Minggu Ke-2


Perlawanan highlight minggu ini ialah antara Perak dengan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:45 malam esok. Perlawanan di adakan di SNBJ kerana Stadium Shah Alam (home ground Selangor FA) di dalam proses baikpulih. 


Yob mulakan musim ini dengan bergaya dengan mengalahkan Terengganu 1-0 manakala Selangor hanya mampu seri 2-2 dengan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan.


Lain-lain perlawanan yang mungkin menarik minat ialah Under 23 Singapore @ Lions XII lawan Kedah (sebab kalau lawan Lions XII ni macam Malaysia lawan Singapore) dan Kelantan lawan PKNS FC. Jom ramai-ramai kita penuhkan stadium.

P/S: Nak cuba beli jersey Yob tahun ni. Cantik plak design dia tahu nih. Kejor Yob Kejor!