Pages

Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Football. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu ke-2


Nampaknya Perak kalah dengan Selangor di stadium pinjam, Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 1-0 hasil jaringan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim. 


Musim masih awal dan banyak lagi perlawanan yang boleh menyaksikan Perak kembali bersaing. Nampaknya Cikgu Jan kena cuba menaikkan kembali semangat pasukan Yob sebelum menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan di Ipoh nanti.


Kedudukan liga, T-Team mendahului liga dari Negeri Sembilan, diikuti Selangor. Manakala tiga pasukan tercorot adalah Singapore Lions XII, Kedah dan Kuala Lumpur.

Come on Yob! Boleh kejor lagi Yob!


P/s: Tak suka lagu "Kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk..kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk"

Thursday, July 28, 2011

Malaysia lawan Singapura....Harimau Malaya mesti mengaum!

TANAH TUMPAHNYA DARAH KU!

Malam ini seluruh rakyat Malaysia walaupun yang bukan suka tengok bola akan mengharapkan pasukan kita dapat menang malam ini dan terus layak ke peringkat seterusnya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil ini.


Bersama Apek semasa photoshoot Tune Talk
Harap-harap penjaga gol utama kita, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek dapat turun malam ini dan juga Aidil Zafuan untuk sama-sama mengetuai benteng pertahanan yang goyang di Stadium Jalan Besar, Singapura tempoh hari.


Malam ini tak dapat pergi mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil sebab tak sempat beli tiket. Terpaksalah mengaum depan tv bersama-sama keluarga. Apa-apapun, semangat tetap bersama Skuad Harimau Malaya kita. 

P/s: Siaran langsung di ASTRO ARENA jam 8.45 nanti. Jangan lupa!

Tuesday, July 26, 2011

Tiket Malaysia lawan Singapura di jual 9 pagi hari ini

Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua kelayakkan Piala Dunia 2014 akan mula di jual 9 pagi sehingga hari Khamis iaitu hari perlawanan.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 8.45 pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menyaksikan kehadiran penyokong Harimau Malaya yang ramai.

Tiket-tiket yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM 50 untuk Grand Stand, RM 30 untuk tempat duduk terbuka dan RM 5 untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Berdasarkan website FAM, tiket-tiket boleh didapati di:



  • Pintu Utama Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A Stadium Shah Alam. 
  • Pembelian online (www.tickethotline.com.my), tiket boleh di kutip di Pintu Kuning Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga hari perlawanan.
Mari kita beramai-ramai beri sokongan kepada pemain-pemain kita. Tanah Tumpahnya Darahku.

Sunday, July 24, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Singapura: Malaysia Tewas 3 - 5

Safee Sali berebut bola bersama pemain import lawan, Daniel Bennet
Malaysia tewas 3 - 5 kepada Singapura pada perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Perlawanan yang diadakan di atas padang tiruan ini di saingi dengan sengit antara dua pasukan jiran ini.

Skuad Harimau Malaya bermula garang dengan jaringan Safee Sali pada minit pertama. Namun, Singapura menyamakan kedudukan pada ketujuh melalui pemain import Singapura, Alexander Duric. Tendangan percuma seorang lagi pemain import Singapura, Qiu Li dikuis masuk dari jarak dekat oleh Duric melepasi Sarbaini Alwi.

Singapura kemudian mendahului melalui tendangan percuma Qiu Li melepasi tembok pemain Malaysia. Pasukan kebangsaan melepaskan dua lagi gol akibat kelalaian pertahanan melalui jaringan dari Shi Jiayai dan Mustafiq Fahruddin sebelum tiupan wisel separuh masa pertama.

Coach K.Rajagobal cuba menaikkan semangat pemain-pemain kita tetapi tragedi berlaku pada minit ke 50 apabila kapten, Safiq Rahim di buang padang akibat rempuhan yang agak kuat pada Harris Harun. Namun, perlawanan kembali seimbang 10 lawan 10 apabila pengadil Nawaf Shukralla memberi kad kuning kedua pada pemain Singapura Ismail Yunos enam minit kemudian.

Abdul Hadi Yahya di masukkan dan menjaringakan gol kedua Malaysia dan diikuti jaringan kedua Safee Sali pada perlawanan. Jaringan pantas ini menjadikan kedudukan 4 -3. Tetapi, sekali lagi kelalaian pemain pertahanan Malaysia membolehkan Singapura menjaringkan gol kelima melalui Duric pada minit ke 81 untuk menjadikan keputusan akhir 5 - 3.

Pemain-pemain Malaysia perlu bangkit semula pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam masa 5 hari lagi. Tunjukkan karakter sebenar sebagai juara ASEAN dan buktikan kita tidak perlukan pemain-pemain import dan rumput tiruan untuk meneruskan adventure kita dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 ini.

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Akhir Malaysia XI Lawan Chesea





Pasukan Malaysia Selection hanya kalah tipis 1 - 0 kepada Chelsea melalui jaringan kontroversi Didier Drogba pada minit ke - 78. Sepakan percuma penyerang dari Ivory Coast itu tidak berapa jelas kelihatan melepasi garisan namun tetap di berikan sebagai jaringan oleh pengadil perlawanan. Perlawanan semalam diadakan di hadapan seramai 85,000 orang penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Majoriti penyokong datang memakai jersery biru kelab Chelsea.

Syabas kepada pasukan Malaysia selepas kekalahan yang besar kepada Arsenal dan Liverpool FC walaupun bukan pasukan utama Harimau Malaya yang turun melawan pasukan The Blues tadi. 


Gandingan bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Norhafiz Zaman Misbah dan Hairuddin Omar dengan pemain-pemain dari Skuad Harimau Muda @ Skuad Olimpik Malaysia telah memberikan saingan yang bagus kepada jutawan-jutawan dari Chelsea.


Di harapkan pengalaman berhadapan dengan The Blues ini dapat menyediakan anak-anak buah Ong Kim Swee dalam mengharungi ujian-ujian kelayakan Olimpik yang tidak lama lagi.

Saturday, July 16, 2011

Malaysia Lawan Liverpool.....Ini Malaysia...Bukan Anfield.

Harimau Malaya lawan Liverpool FC
16 Julai 5.45 petang
Stadium Nasional, Bukit Jalil
Bangun pagi ini, terus buat kerja rutin hujung minggu dan terus baca blog bloggers lain yang memang aku follow setiap hari. Entri yang menarik minat aku untuk membaca ialah dari blog Sharing is Power iaitu Sokong Pemain-Pemain Malaysia, Jangan Ejek-Ejek Mereka.

Dengar-dengar dari die hard fans Harimau Malaya masa Malaysia lawan Arsenal lepas, pemain-pemain Malaysia kena boo bila buat silap. Stadium pun dah rupa macam Stadium Emirates dan pemain-pemain Malaysia macam dah jadi orang luar di tanah sendiri. 

Jangan ulangi apa yang terjadi pada pasukan Singapura tahun lepas masa Liverpool berkunjung ke sana (boleh baca: This is NOT Anfield). Khabar angin ini di sangkal die hard fans Arsenal pula. Di katakan sebab "booing" tu terjadi sebab ada fan Man Utd di kalangan penonton. Tidak pastilah siapa yang betul.

Penyokong The Reds memang ramai di Malaysia ini. Tengok training session pun dah 40,00 orang. Apa hal? Inikan pula masa perlawanan nanti mesti ramai. Cuma di harap, pemain-pemain Malaysia juga di berikan sokongan. Aku ada beberapa cadangan:


  • Mungkin boleh dinyanyikan lagu Negaraku walaupun organiser mungkin tak mainkan di stadium nanti. Naiklah semangat wira-wira kita nanti bila nak lawan Mighty Reds tu. 
  • Kalau dapat seimbangkan yang pakai jersey Malaysia dan jersey Liverpool lagi cun walaupun aku tahu ini susah nak terjadi. Kalau terjadi memang terbaik!

Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak support team kebangsaan sendiri, siapa lagi yang nak support? Betul kan? Bak kata pepatah 'Majulah Sukan Untuk Negara", pepatah moden. Entri ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak untuk mencabar semangan patriotik fans Liverpool FC.

P/s: Betul ke ada tunjuk Live Malaysia vs Liverpool FC di Channel Astro Arena @ 801 jam 5:45 nanti?

Thursday, July 14, 2011

Liverpool Dah Sampai Malaysia

Malaysia lawan Liverpool, Sabtu 5.45 petang, Stadium Nasional Bukit Jalil
Pasukan Liverpool dah sampai Malaysia 4.25 pagi tadi. The Reds bertolak terus ke Malaysia selepas perlawanan dengan Guangdong Sunray Cave semalam. Terus di bawa ke hotel mereka di Damasara.

Peminat Liverpool dan bolasepak boleh datang menyaksikan latihan mereka di Stadium Bukit Jalil jam 7 petang hari ini. 


Ini adalah kedatang pertama kali oleh Liverpool ke Malaysia. Rasanya sebelum ini tak boleh datang sebab promote certai brand arak kot. Akhirnya sedar juga.

Harimau Malaya Kena Boo Masa Lawan Arsenal Semalam di Tempat Sendiri? Betul ke?

Berbaloikah kemungkinan kehilangan khidmat Aidil Zafuan untuk perlawanan Singapura nanti?
Perlawanan semalam dah selesai. Rasanya Arsenal pun dah berangkat pergi destinasi seterusnya dalam Far East Tour 2011 mereka. Tapi perlawanan semalam masih lagi menjadi bualan peminat-peminat bola sepak. Ada yang kata skud Harimau Malaya kita kena "boo" dengan rakyat Malaysia sendiri di dalam stadium sendiri. Betul ke ni?

Sedih pulak mendengar benda ini boleh terjadi kat pasukan kita. Korang jangan cepat lupa, pasukan yang pakai jersey kuning semalam tu JUARA ASEAN! Pasukan inilah yang korang semua sokong dan banggakan apabila Safiq Rahim menjulang Piala AFF akhir tahun lepas. Dari gambar-gambar, nampak lebih macam Stadium Emirates dan bukan rupa macam Stadium Nasional Bukit Jalil dah. Penyokong lagi gemar pakai baju Arsenal berbanding jersey Malaysia. Kecewa.

Pasukan Malaysia membanggakan negara
Pada aku, perlawanan semalam tiada makna. Maksud aku, ia hanyalah perlawanan pertunjukan dan coach K. Rajagobal gunakan sebagai pemanas badan. Selain it, perlawanan semalam juga sekadara untuk kutip experience lawan dengan team yang memang skill dan teknik yang lebih superior dari kita. Pemain Malaysia pun boleh belajar teknik dan dari cara Arsenal control game semalam. 

Arsenal jauh lebih hebat. Pasukan kita pulak masih lagi dalam proses kebangkitan selepas berapa tahun berada kat bawahan. Peminat patut berilah sokongan pada pasukan kita, tak kiralah team mana yang datang sekalipun. Bukanlah kata tak boleh pakai jersey team kelab yang disokong, tapi cuba tunjukkan pada pasukan yang datang kita bangga dengan skuad Harimau Malaya kita. Mungkin boleh mula dengan sabtu ini masa Malaysia lawan Liverpool.

P/s: Betul ke lagu "Negaraku" pun tak dimainkan semalam sebelum perlawanan? 

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Arsenal



ARSENAL 4
MALAYSIA 0

Keputusan akhir perlawanan persahabatan Arsenal lawan Malaysia ialah 4 - 0. Jaringan-jaringan dari Arsenal datang daripada Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Pada aku ini hanyalah satu perlawanan persahabatan untuk Arsenal menunjukkan penghargaan kepada peminat mereka di Asia dan kekalahan ini tidak menunjukkan apa-apa kelemahan kepada Skuad Harimau Malaya.

Ads by Nuffnang