Pages

Showing posts with label Bolasepak Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Keputusan perlawanan Malaysia lawan Arsenal, Harimau Malaya patut berbangga..

Harimau Malaya 1 - Arsenal FC 2
Nyaris-nyaris tadi Arsenal kena baham dengan Harimau Malaya coach K. Rajagopal. Baru kena gigit aje tu. Tapi rembatan dari Azmi Muslim dari luar kotak penalti memang world class. Macam itulah yang kita nak, dapat bola, relax dan rembat. Marah betul Manonne bila bola tu masuk.

Vito Mannone tengok aje bola masuk rembatan dari Azmi
Walaupun, Arsenal akhirnya menjaga maruah pasukan-pasukan dari Barclays Premier League (BPL) dengan gol-gol dari  Thomas Eisfeld dan Chuka Aneke, pasukan Harimau Malaya memang patut di puji kerana persembahan mantap dari semua pemain terutama dari Farizal Marlias. Kalau tak pasal form Farizal, mesti besar lagi Arsenal menang tadi.

Lepas ni Harimau Malaya jumpa dengan juara BPL pulak, Manchester City. Persiapaan bagus untuk menghadapi dan mempertahankan Piala AFF November nanti. 

Sunday, January 22, 2012

Sunday, January 15, 2012

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu ke-2


Nampaknya Perak kalah dengan Selangor di stadium pinjam, Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 1-0 hasil jaringan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim. 


Musim masih awal dan banyak lagi perlawanan yang boleh menyaksikan Perak kembali bersaing. Nampaknya Cikgu Jan kena cuba menaikkan kembali semangat pasukan Yob sebelum menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan di Ipoh nanti.


Kedudukan liga, T-Team mendahului liga dari Negeri Sembilan, diikuti Selangor. Manakala tiga pasukan tercorot adalah Singapore Lions XII, Kedah dan Kuala Lumpur.

Come on Yob! Boleh kejor lagi Yob!


P/s: Tak suka lagu "Kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk..kenek kenek laa odeng, seladang patah tanduk"

Friday, January 13, 2012

Jadual Liga Super Minggu Ke-2


Perlawanan highlight minggu ini ialah antara Perak dengan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:45 malam esok. Perlawanan di adakan di SNBJ kerana Stadium Shah Alam (home ground Selangor FA) di dalam proses baikpulih. 


Yob mulakan musim ini dengan bergaya dengan mengalahkan Terengganu 1-0 manakala Selangor hanya mampu seri 2-2 dengan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan.


Lain-lain perlawanan yang mungkin menarik minat ialah Under 23 Singapore @ Lions XII lawan Kedah (sebab kalau lawan Lions XII ni macam Malaysia lawan Singapore) dan Kelantan lawan PKNS FC. Jom ramai-ramai kita penuhkan stadium.

P/S: Nak cuba beli jersey Yob tahun ni. Cantik plak design dia tahu nih. Kejor Yob Kejor!

Sunday, January 8, 2012

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012

Pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan semalam
Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang piala pertama pada musim ini. Walaupun tiada mata liga di berikan namun kemenangan 2-1 keatas juara Liga Super musim lepas, Kelantan semestinya memberikan keyakinan untuk mereka menghadapi musim baru ini. 

Kelantan membuka jaringan pada minit ke-20 melalui Nor Shahrul Idlan Talaha selepas assist dari pemain import, Muhammad Gaddhar. Kelantan sebelum itu memang banyak mengawal perlawanan sebelum jaringan itu.

Namun, Negeri Sembilan mula bangkit selepas jaringan itu dan sepuluh minit kemudian mereka menyamakan kedudukan melalui Jean Emanuel Effa Owana. Dia yang di kawal ketat oleh tiga pemain Kelantan berjaya melepaskan rembatan kaki kiri yang menewaskan Khairul Fahmi. Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan berkedudukan seri.

Jean Emanuel Effa Owana menjaringkan gol kemenengan Negeri Sembilan pada minit ke-63 selepas menanduk hantaran Tengku Qayuum.


Jean Emanuel meraikan gol kemenangan

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih 2012


Pembuka tirai musim bolasepak Malaysia malam ini akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2012 di antara Kelantan selaku Juara Liga Super Malaysia 2011 dan Juara Piala Malaysia 2012, Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam nanti.

Musim ini akan mengalukan kembali pemain-pemain import dalam bolasepak Malaysia. Pasukan Kelantan tahun ini di kendalikan oleh bekas jurulatih Sabah, Peter Butler yang mengambil alih dari Datuk M. Karathu dan Negeri Sembilan masih memberi kepercayaan kepada bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah.

Tak sabar rasanya untuk musim baru bolasepak Malaysia lagi-lagi dengan kehadiran pemain-pemain import dan juga penyertaan pasukan bawah 23 Singapura dalam Liga Super 2012.


Diharapkan peminat tempatan dapat memberikan sokongan kepada pasukan negeri masing-masing dan juga scene bolasepak tempatan.


P/s: Saya tetap setia pada pasukan Yob! Kejor Yob Kejor!

Ads by Nuffnang