Ads by Nuffnang

Showing posts with label Piala Sumbangsih 2012. Show all posts
Showing posts with label Piala Sumbangsih 2012. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012

Pasukan Negeri Sembilan meraikan kemenangan semalam
Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya membawa pulang piala pertama pada musim ini. Walaupun tiada mata liga di berikan namun kemenangan 2-1 keatas juara Liga Super musim lepas, Kelantan semestinya memberikan keyakinan untuk mereka menghadapi musim baru ini. 

Kelantan membuka jaringan pada minit ke-20 melalui Nor Shahrul Idlan Talaha selepas assist dari pemain import, Muhammad Gaddhar. Kelantan sebelum itu memang banyak mengawal perlawanan sebelum jaringan itu.

Namun, Negeri Sembilan mula bangkit selepas jaringan itu dan sepuluh minit kemudian mereka menyamakan kedudukan melalui Jean Emanuel Effa Owana. Dia yang di kawal ketat oleh tiga pemain Kelantan berjaya melepaskan rembatan kaki kiri yang menewaskan Khairul Fahmi. Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan berkedudukan seri.

Jean Emanuel Effa Owana menjaringkan gol kemenengan Negeri Sembilan pada minit ke-63 selepas menanduk hantaran Tengku Qayuum.


Jean Emanuel meraikan gol kemenangan

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih 2012


Pembuka tirai musim bolasepak Malaysia malam ini akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2012 di antara Kelantan selaku Juara Liga Super Malaysia 2011 dan Juara Piala Malaysia 2012, Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam nanti.

Musim ini akan mengalukan kembali pemain-pemain import dalam bolasepak Malaysia. Pasukan Kelantan tahun ini di kendalikan oleh bekas jurulatih Sabah, Peter Butler yang mengambil alih dari Datuk M. Karathu dan Negeri Sembilan masih memberi kepercayaan kepada bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah.

Tak sabar rasanya untuk musim baru bolasepak Malaysia lagi-lagi dengan kehadiran pemain-pemain import dan juga penyertaan pasukan bawah 23 Singapura dalam Liga Super 2012.


Diharapkan peminat tempatan dapat memberikan sokongan kepada pasukan negeri masing-masing dan juga scene bolasepak tempatan.


P/s: Saya tetap setia pada pasukan Yob! Kejor Yob Kejor!