Ads by Nuffnang

Showing posts with label khairul fahmi che mat. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi che mat. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Khairul Fahmi Che Mat @ Apex allergic dengan Beautifulnara


Semalam ada baca tentang Khairul Fahmi @ Apex yang mengatakan dia "allergic" dengan blog-blog hiburan dan salah satu blog yang di sebut ialah blog hiburan terkenal Beautifulnara. Ayat dari Apex masa interview dengan mynewshub tu "Saya kalau dengan blog-blog ini "allergic" sikit, memang pantang dengar. Contohnya kalau dengar nama Nara aje, terus saya takde mood". (Baca: Apex kecam blog hiburan heretnya ke kancah kontroversi)

Nara of Beautifulnara (Gambar ehsan dari mynewshub.my)

Kesian Nara sebab kena "single" out dari banyak-banyak blog hiburan. Dalam hal ni tiada yang salah, tapi mungkin Nara menjadi mangsa populariti blognya sendiri, which saya rasa is a good thing tapi ada sedikit tak best. Boleh aje Apex sebut ohbulan ke, ohartis ke atau nama blog-blog hiburan lain tapi sebab Nara yang popular, sebab itu kena mention.


Nara pun ada cakap dia kecewa sikit dengan Apex tentang kenyataan itu tetapi dia akan terus support Apex secara positif sepertimana dia lakukan sebelum ini (baca: Nara kecewa dengan Apex). Memang pun Nara banyak buat entri tentang Apex tapi tidak semuanya kontroversi, malah memang nampak betul support dari Nara ini buat Apex.

Photoshoot dengan Apex tahun lepas. (Bo paling kiri sekali)
Pada pendapat peribadi saya, Apex ni seorang yang down to earth, budi bahasa dan agak peramah. Saya sendiri pernah jadi "supir" dia tahun lepas. Sempatlah juga berborak dengan dia tentang pasukan Kelantan, Harimau Malaya, dunia bolasepak sehingga kereta apa yang dia drive. Masa photoshoot pun dia banyak bergurau dengan kami, attitude masa photoshoot pun memang professional dan nampak komitment bila dia pun bagi idea untuk pose-pose. 

Mungkin sebab profile tinggi macam artis yang buat orang nak tahu apa perkembangan baru Apex ini sehinggakan ada yang cuba sensasikan berita. Apa-apa pun, di harapkan ada perdamaian di antara Apex dan Nara walaupun sebenarnya Nara hanya kecewa dan tak lebih dari itu.

P/s: Malu betul malam photoshoot tu sebab pakai jersey Holland. Sorry Apex.

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih 2012


Pembuka tirai musim bolasepak Malaysia malam ini akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2012 di antara Kelantan selaku Juara Liga Super Malaysia 2011 dan Juara Piala Malaysia 2012, Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam nanti.

Musim ini akan mengalukan kembali pemain-pemain import dalam bolasepak Malaysia. Pasukan Kelantan tahun ini di kendalikan oleh bekas jurulatih Sabah, Peter Butler yang mengambil alih dari Datuk M. Karathu dan Negeri Sembilan masih memberi kepercayaan kepada bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah.

Tak sabar rasanya untuk musim baru bolasepak Malaysia lagi-lagi dengan kehadiran pemain-pemain import dan juga penyertaan pasukan bawah 23 Singapura dalam Liga Super 2012.


Diharapkan peminat tempatan dapat memberikan sokongan kepada pasukan negeri masing-masing dan juga scene bolasepak tempatan.


P/s: Saya tetap setia pada pasukan Yob! Kejor Yob Kejor!

Thursday, July 28, 2011

Malaysia lawan Singapura....Harimau Malaya mesti mengaum!

TANAH TUMPAHNYA DARAH KU!

Malam ini seluruh rakyat Malaysia walaupun yang bukan suka tengok bola akan mengharapkan pasukan kita dapat menang malam ini dan terus layak ke peringkat seterusnya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil ini.


Bersama Apek semasa photoshoot Tune Talk
Harap-harap penjaga gol utama kita, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek dapat turun malam ini dan juga Aidil Zafuan untuk sama-sama mengetuai benteng pertahanan yang goyang di Stadium Jalan Besar, Singapura tempoh hari.


Malam ini tak dapat pergi mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil sebab tak sempat beli tiket. Terpaksalah mengaum depan tv bersama-sama keluarga. Apa-apapun, semangat tetap bersama Skuad Harimau Malaya kita. 

P/s: Siaran langsung di ASTRO ARENA jam 8.45 nanti. Jangan lupa!