Ads by Nuffnang

Showing posts with label cempedak goreng. Show all posts
Showing posts with label cempedak goreng. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Sarapan langgar pantang

Nasi kerabu bungkus lauk ayam goreng
Tak tahu kenapa tiba-tiba pagi ni nak sarapan nasi kerabu tapi takdelah nak pergi cari. Dah terfikir nak makan nasi kerabu ni sejak dengar cerita kawan sekolah lama tentang kedai dia jual makanan Kelantan, Restoran Molek Shah Alam. 

Mula-mula pergi beli groceries sorang-sorang kat Tesco Mutiara Damansara. Dah selesai terus pergi cari sarapan untuk family dan teringat ada gerai jual nasi lemak kat sebelah bank RHB kat Sunway Damansara tu. Tanya akak tu jual apa, dia kata ada nasi lemak dan....nasi kerabu!! Cantik sangatlah tu. Order nasi lemak biasa untuk isteri dan nasi kerabu dengan ayam goreng untuk perut saya. Senyum.

Pastu jalan depan sikit, ada pulak akak ni goreng cempedak. Terus stop, amik bau sepam dan mintak akak tu bungkus cempedak goreng dua ringgit. Lebar lagi senyum saya. 

Terliur tengok cempedak goreng
P/s: Senyuman saya makin lebar selepas selesai sarapan langgar pantang.