Pages

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Sarapan langgar pantang

Nasi kerabu bungkus lauk ayam goreng
Tak tahu kenapa tiba-tiba pagi ni nak sarapan nasi kerabu tapi takdelah nak pergi cari. Dah terfikir nak makan nasi kerabu ni sejak dengar cerita kawan sekolah lama tentang kedai dia jual makanan Kelantan, Restoran Molek Shah Alam. 

Mula-mula pergi beli groceries sorang-sorang kat Tesco Mutiara Damansara. Dah selesai terus pergi cari sarapan untuk family dan teringat ada gerai jual nasi lemak kat sebelah bank RHB kat Sunway Damansara tu. Tanya akak tu jual apa, dia kata ada nasi lemak dan....nasi kerabu!! Cantik sangatlah tu. Order nasi lemak biasa untuk isteri dan nasi kerabu dengan ayam goreng untuk perut saya. Senyum.

Pastu jalan depan sikit, ada pulak akak ni goreng cempedak. Terus stop, amik bau sepam dan mintak akak tu bungkus cempedak goreng dua ringgit. Lebar lagi senyum saya. 

Terliur tengok cempedak goreng
P/s: Senyuman saya makin lebar selepas selesai sarapan langgar pantang.

Monday, January 2, 2012

Macam nak kurus kalau cenggini?!!

Isteri yang selalu membebel suruh kuruskan badan. Antara bebelan favourite isteri untuk saya kuruskan badan:
  1. "Janganlah minum air sejuk dah"
  2. "Kurangkanlah minum Nescafe 3 in 1 tu. Satu hari 1 aje!"
  3. "Cubalah minum air suam. Asyik minum air sejuk aje."
  4. "Makan oats ke, sayur ke, buah ke. Nasi kurangkan!"
  5. "Pagi-pagi pergi jogging ke, naik basikal ke sebelum pergi kerja tu. Kasi keluar peluh sikit."
Itulah Top 5 bebelan favourite isteri pada saya untuk kuruskan badan. Tapi macam manalah nak kurus kalau isteri pulak suka hidangkan makanan macam ni....

Baked Makaroni Cheese
Tiramisu Cake
dan yang terbaru untuk lunch hari ini.....

Murtabak Maggi Goreng dengan minced meat
Siapa punya salah sekarang saya gemuk?

Tuesday, December 20, 2011

Dugaan dari si isteri

Macam mana lah nak turunkan berat badan bila saya jadi tukang merasa recipe isteri? Tadi isteri Bo cuti sebab nak habiskan cuti tahunan dan bila dia cuti mesti nak try recipe baru. Recipe untuk hari ini...baked macaroni.

Bayangkanlah apa yang ada dalam baked makaroni tu. Ada makaroni, cheese mozarella, tomato sauce dan minyak dan garam. Memang hancurlah plan mengurangkan berat badan. Kena kayuh lebih pagi esok. 

Baked macaroni ala Azhani
Kaisan layan makaroni


Verdict recipe: Memang terbaik. First class!

Success with Baked Macaroni. Next recipe..Tiramisu. 

Ads by Nuffnang