Ads by Nuffnang

Showing posts with label pembelajaran anak. Show all posts
Showing posts with label pembelajaran anak. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Sokongan padu untuk Kaisan

Kaisan dengan rasa bangga tunjuk alphabet block tower


Tiap-tiap hari ada aje benda baru yang Kaisan tunjuk. Kadang-kadang ada yang elok, kadang-kadang tu memang tak elok. Yang tak elok tu kenalah tegur. Kalau tidak nanti makin melarat sampai ke besar.

Bila Kaisan tunjuk pada saya dan isteri benda baru yang dia belajar, kami pastikan dia dapat sokongan atau encouragement. Biar dia tahu apa dia buat tu bagus, biar dia rasa nak belajar lagi. Walaupun kita letih, tapi penting kena bagi attention yang Kaisan perlukan.

Seronok sebenarnya tengok benda baru yang Kaisan belajar ni. Saya tutup post ni dengan ucapan dari Kaisan.

Yup, Kaisan yang susun

Sunday, July 21, 2013

Suka dia dapat "up and down"


Suka betul Kaisan dapat bermain playground atau "up and down" kata Kaisan. "Up and down" sebab ada jongkang jongket. Tiap-tiap hari dia minta turun main kat playground tapi sebab penat kerja, tak dapat nak bawa. Nanti esok tu rasa menyesal dengan diri sendiri sebab tak penuhi kehendak dia yang simple.



Posting ini untuk ingatkan diri yang anak-anak berharga dan derang hanya jadi kecil sekali. Kena lah treasure saat-saat ini dengan anak-anak. Betul tak?


Thursday, March 1, 2012

Woohooo!!! Good job! Well done! Teruskan lagi dan lagi!!




Bukan main seronok Kaisan bila dapat susun blok ikan tu walaupun tak ikut susunan. Lagi seronok bila isteri & saya tumpang seronok dengan dia. Selalunya terlebih seronok sampai Kaisan pun rasa kitorang over. 

Penting untuk memberi galakkan dan support buat anak-anak supaya dia pun mahu terus belajar. Bil ada orang kata "good job", "pandai anak mama/papa" ataupun tepuk tangan, lompat-lompat atau menari bersama anak, mesti dia rasa seronok dan nak belajar lagi. Bagus juga untuk confidence anak. Penting tu.

Orang tua pun mencari support dan "acknowledgment" dari orang lain, betul tak?