Pages

Showing posts with label zaman kanak kanak. Show all posts
Showing posts with label zaman kanak kanak. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Sokongan padu untuk Kaisan

Kaisan dengan rasa bangga tunjuk alphabet block tower


Tiap-tiap hari ada aje benda baru yang Kaisan tunjuk. Kadang-kadang ada yang elok, kadang-kadang tu memang tak elok. Yang tak elok tu kenalah tegur. Kalau tidak nanti makin melarat sampai ke besar.

Bila Kaisan tunjuk pada saya dan isteri benda baru yang dia belajar, kami pastikan dia dapat sokongan atau encouragement. Biar dia tahu apa dia buat tu bagus, biar dia rasa nak belajar lagi. Walaupun kita letih, tapi penting kena bagi attention yang Kaisan perlukan.

Seronok sebenarnya tengok benda baru yang Kaisan belajar ni. Saya tutup post ni dengan ucapan dari Kaisan.

Yup, Kaisan yang susun

Saturday, August 10, 2013

Awang Selampit kutip duit raya

Awang Selampit @ Kaisan
Kanak-kanak yang paling happy bila Hari Raya. Dapat makan, jumpa cousin-cousin dan paling best dapat duit raya.


Samalah dengan anak saya, Muhammad Kaisan atau Awang Selampit kata ayah saya, Tok Mi pada Kaisan. Sekarang Kaisan dah umur 3 tahun, so lagilah dia faham apa tu Hari Raya. Semua orang layan dia sebab dia aje yang budak kecik dalam rumah Tok & Wan.


Tahun depan (jika dipanjangkan umur) keluarga kami akan lebih meriah dengan kehadiran kembar yang isteri sedang kandungkan, adik perempuan dan adik lelaki buat Kaisan. Kenalah Kaisan kongsi spotlight dengan adik-adik nanti.

Saturday, June 30, 2012

Not a care in the world...



Ini lah perangai kanak-kanak. 

Dalam sibuk-sibuk orang cari barang, dia boleh bermain tanpa kisah sekeliling.

Bila kali terakhir kita boleh tinggalkan dunia sibuk kita dan terus bermain?

Friday, February 10, 2012

Zaman kanak-kanak ..tiada kerisauan..tiada beban...




Seronok (jeles pun ada) tengok telatah Kaisan bermain-main tanpa beban hidup dewasa. Teringat zaman kanak-kanak masa tinggal di kampung.

Perlu ke hantar anak-anak pergi pra-tadika?

Ads by Nuffnang