Ads by Nuffnang

Saturday, February 20, 2010

Aku hampir di baham singa

Aku bersyukur aku masih hidup selepas kejadian ngeri ini...




Friday, February 19, 2010

Mana lagi best...hadiah ke duit?


Apa yang korang nampak kat atas tu ialah benda yang aku akan kena cari minggu ini dengan wife aku yang masih lagi bersemangat nak pergi shopping walaupun dah 7 bulan mengandung. Gagah lagi tu. Hebat betul tarikan shopping pada wanita.

Berbalik pada entri kali ini. Tiap-tiap kali kalau ada wedding mesti persoalan ini timbul. Nak bagi duit ke nak bagi hadiah? Duit ke hadiah? Picture frame ke angpow RM 30? Masa wedding aku dulu, dengan tanpa segan silu aku memang mintak kawan-kawan bagi duit dari hadiah sebab nanti mesti ada yang bagi hadiah berulang-ulang. 

Kalau korang tak tahu apa maksud hadiah berulang-ulang ini, dia adalah hadiah yang sama jenis seperti mendapat dua sandwich maker warna putih berjenama Pensonic atau dapat sampai empat foto album. Hadiah-hadiah ini akan ku recycle pada majlis kahwin yang aku pergi. Kesian pasangan yang tak berdosa tu. Tak pasal-pasal dapat hadiah reject. Minta ampun.

Aku dapat dua biji sandwich maker jenama Pensonic ini, siapa nak lagi satu?

Sebab itu kalau ada majlis kahwin aje mesti aku bagi duit. Senang dan rasanya pasangan pengantin pun suka. Macam dapat duit hari raya pun ada juga. Part hadiah kita biarkan pada orang lain sebab memang ada orang bagi hadiah kahwin. 

Tapi bagi hadiah kahwin pun seronok juga sebenarnya. Mesti pengantin seronok juga dapat koyakkan bungkusan yang orang bertungkus lumus  beli dan bagi pada orang kedai Memory Lane untuk bungkus. Jangan tipulah kalau ada yang mengaku masih lagi bungkus hadiah.

So, apa yang paling best? Bagi hadiah ke bagi duit?

Wednesday, February 17, 2010

Ada Apa Dengan Australia?? (Mind Your Own Business Australia)


Hari ini 300 orang rakyat Malaysia yang di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan di sertai ahli-ahli Pemuda MIC, beberapa organisasi bukan kerajaan (NGOs), bloggers serta rakyat Malaysia yang lain telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap campur tangan Australia dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu memorandum di hantar ke Suruhanjaya Tinggi Australia dalam membantah tindakan 50 ahli Parlimen Australia yang "menyuruh" kerajaan Malaysia gugurkan kes liwat terhadap timbalan bekas PM Malaysia itu dengan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra pada hari Jumaat lepas.

Memorandum yang di serahkan kepada Duta Australia, Penny Williams itu juga inginkan 50 MP Australia itu meminta maaf pada kerajaan Malaysia dan rakyatnya di atas sikap kurang ajar mereka.

 

Tindakan kurang ajar 50 ahli Parlimen Australia ini seperti nak kata sistem kehakiman Malaysia ini tak boleh di percayai. Walaupun aku pun tak mampu untuk komen panjang tentang kes liwat Anwar ini, tapi orang-orang asing ini (MP Australia) sepatutnya menjaga tepi kain diorang sendiri. 

Negara yang asalnya menjadi tempat pembuangan banduan British ini memang selalu suka masuk campur dalam hal-hal dalaman Malaysia. Begitulah pemikiran 50 MP ini yang bernenek moyangkan banduan-banduan terkutuk. So, tak heranlah mereka boleh bersikap biadap sebegini.

Kenapa nak masuk campur hal dalaman Malaysia? Ada apa dengan Australia?



Monday, February 15, 2010

Console Wars..PS3....Wii.....Xbox 360


Sejak PS2 aku dah tamat perkhidmatan (rosak sebab lanyak Winning Eleven je memanjang) dia tahun lepas, aku masih belum dapat mencari penggantinya. Mesti ada yang kata membazir aje beli benda nih, buang duit dan buang masa. Tapi pada view aku, kalau ada anak-anak saudara datang, bolehlah biar derang layan game dari memekak dan berlari-lari dalam rumah.

Berbalik pada tujuan asal aku letak posting nih. Aku tahu sikit-sikt aje kelebihan setiap console nih. Aku malas nak buat research sangat. Baik minta pandangan orang lain. Ini apa yang aku tahu:

Nintendo Wii
User interaction memang paling best sebab boleh detect body movement. Bagus untuk group and family activites.

Microsoft XBOX 360
Gambar cun. Saingan terdekat PS3. Pilihan game banyak.

Sony Playstation 3
Leader dalam game console sekarang rasanya. Gambar superb sebab guna Blu Ray technology.

Itu aje yang aku  tahu. Harga, senang atau tak dapat game dan ketahanan semua aku tak tahu. 
Nak mintak pendapat kawan-kawan blogger kalau ada yang ada info.....

Lama tak berentap PES dengan adik-adik...