Pages

Friday, February 19, 2010

Mana lagi best...hadiah ke duit?


Apa yang korang nampak kat atas tu ialah benda yang aku akan kena cari minggu ini dengan wife aku yang masih lagi bersemangat nak pergi shopping walaupun dah 7 bulan mengandung. Gagah lagi tu. Hebat betul tarikan shopping pada wanita.

Berbalik pada entri kali ini. Tiap-tiap kali kalau ada wedding mesti persoalan ini timbul. Nak bagi duit ke nak bagi hadiah? Duit ke hadiah? Picture frame ke angpow RM 30? Masa wedding aku dulu, dengan tanpa segan silu aku memang mintak kawan-kawan bagi duit dari hadiah sebab nanti mesti ada yang bagi hadiah berulang-ulang. 

Kalau korang tak tahu apa maksud hadiah berulang-ulang ini, dia adalah hadiah yang sama jenis seperti mendapat dua sandwich maker warna putih berjenama Pensonic atau dapat sampai empat foto album. Hadiah-hadiah ini akan ku recycle pada majlis kahwin yang aku pergi. Kesian pasangan yang tak berdosa tu. Tak pasal-pasal dapat hadiah reject. Minta ampun.

Aku dapat dua biji sandwich maker jenama Pensonic ini, siapa nak lagi satu?

Sebab itu kalau ada majlis kahwin aje mesti aku bagi duit. Senang dan rasanya pasangan pengantin pun suka. Macam dapat duit hari raya pun ada juga. Part hadiah kita biarkan pada orang lain sebab memang ada orang bagi hadiah kahwin. 

Tapi bagi hadiah kahwin pun seronok juga sebenarnya. Mesti pengantin seronok juga dapat koyakkan bungkusan yang orang bertungkus lumus  beli dan bagi pada orang kedai Memory Lane untuk bungkus. Jangan tipulah kalau ada yang mengaku masih lagi bungkus hadiah.

So, apa yang paling best? Bagi hadiah ke bagi duit?

6 comments:

  1. kalau aku...aku nak duit. sebab hadiah nanti kalau banyak sangat, kena sedekah sikit kat sedara2 yg buat muka seposen..hehe. kalau duit aku bleh buat apa aku mahu...

    ReplyDelete
  2. Kancilbiru~ betul tu. Bukan sedara aje, ada gak kawan-kawan yang bt muka tebal mintak.

    Duit mmg boleh buat macam-macam tapi selalunya duit tu dapat pada mak bapak sebab derang yang sponsor...hehehe..ada betul tak?

    ReplyDelete
  3. Kalau aku, aku suka hadiah sebab suprise....kita x tau ada apa dlm kotak. Kalau duit, dah tau dah itu duit. Bagi seribu pun macam tak ada kenangan la sebab akan habis macam tu je...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kalau bg duit, sukati la penerima nk buat apa ngn duit tu kan. pastu blh gak kover bajet diorg. ringan la sikit....

    kalau bg hadiah, ada sentimental value di situ. so, pemberi kene fkrkan hadiah apa yg paling sesuai, blh digunapakai & tak membazir.

    tp, nk lg senang, tny jek terus kt penerima 'ko nak hadiah apa???' hahahaha!! cam ms aku kawen dulu... ofs derek jek tny. aku pun laju jek oder bende yg xder lg...

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang