Ads by Nuffnang

Saturday, June 26, 2010

Kaisan supporter Italy rupanya..

Ini riak muka Kaisan masa kami tengah tengok game Italy lawan Slovakia hari tu.Kecewa betul dia bila Italy terkeluar.


Memang fokus dia tengok game

"Itu pun boleh miss?" Mungkin itu kata Kaisan

Masih terkejut Italy dah terkeluar dari World Cup 2010

Duit Extra Guna Telefon aje...


Empat soalan aku nak tanya kawan-kawan:
  1. Ada 10 orang kawan/saudara mara yang hendak sama-sama cari extra income?
  2. Ada RM 68 untuk modal permulaan & RM 38 setiap bulan?
  3. Pernah tak perkhidmatan telefon bimbit (Digi, Celcom, Maxis dsb) yang kawan-kawan guna sekarang pernah bagi pendapatan dalam bentuk wang kerana menggunakan line atau service diorang?
  4. Nak extra duit untuk berbelanja tiap-tiap bulan?
Aku baru masuk satu program di mana pengguna di beri ganjaran dalam bentuk duit dengan hanya menggunakan telefon seperti biasa. Sebab aku join program ni, sebab aku bekerja di salah satu syarikat telefon mobile kat Malaysia yang baru di lancarkan (cubalah korang teka yang mana satu).

Program ni bukan Multi Level Marketing (MLM) tapi satu program referral. Korang hanya perlu masuk program ini dan menggunakan talian telefon seperti biasa. Kita boleh pilih samada nak maintain number yang di gunakan sekarang atau guna number baru.

Kalau ada yang berminat, boleh lah contact Bo melalui cara-cara di bawah:
  • affendij@gmail.com
  • fendi_bo@yahoo.com (Boleh juga untuk chat)
  • 019-259 1379
  • Lawatilah www.toneexcel.com. Kalau berminat, sila hubungi saya.

    Insya'Allah, program ini boleh bagi extra income dan kalau ada yang lebih rajin, kebebasan kewangan.Cubalah dengar penjelasan dahulu dan fikirkan. Tiada salahnya untuk kita tahu dahulu sebelum menolak. Mana tahu, ada rezeki di sini.

    Monday, June 21, 2010

    Bo is a Nerd is Featured!!

    Terima kasih kepada Hidayah kerana meletakkan blog Bo is a Nerd sebagai Featured Blog for The Day. Ini pertama kali Bo is a Nerd mendapat penghargaan macam ni. Penghargaan macam ini yang buat aku semakin rajin untuk meneruskan usaha blogging aku.

    Kawan-kawan boleh lah melawat blog Hidayah dengan klik pada link di bawah.

    Sunday, June 20, 2010

    Pandai-pandailah Bajet....

    BAJET BULANAN BO IS A NERD

    RM RM
    Gaji
    5000
    Blog & other Side Income
    1500

    6500
    Tolak: Belanja Tetap
    Savings 350
    Rumah 2100
    Parents 600
    Minyak,tol & parking 1200
    Loans 1565
    Hiburan & Sukan 300 6115
    Baki
    385

    *Bajet di atas ini hanyalah rekaan semata-mata. Bukan bajet bulanan Bo is a Nerd yang sebenar.*

    Selalu aku dengar kawan-kawan cakap "tak sampai 5 hari gaji, dah habis. Camner nih?" tapi yang paling berat aku nak dengar & selalunya aku buat tak tahu aje, "Bo, boleh pinjam aku sen tak? Gaji dah habis nih." Kalau aku dengar ayat nih, aku senyum aje. Memang aku takde nak kasi pinjam. Bukannya boleh percaya orang akan bayar balik nih.

    Tak nak jadi camnie..

    Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi ada problem ni walaupun aku dah berkeluarga. Bukan nak berlagak atau sombong, tapi aku dari Form 1 lagi aku dah di ajar untuk bajet oleh ayah aku yang bagi aku duit elaun RM 50 sebulan. Itu pandai-pandailah bajet untuk buku, makan waktu rehat & jolly-jolly.

    Kebaikan bajet duit bulanan ni:
    • Tahu mana duit kita pergi.
    • Tahu mana benda yang yang penting & tak penting.
    • Boleh simpan-simpan sikit untuk beli barang yang best atau untuk hari susah.
    • Elakkan dari sengkek/kering dan meminjam dari orang.
    Cara aku bajet selalunya, aku akan ambil dulu duit gaji yang di tetapkan untuk saving & masukkan ke akaun yang susah untuk akses cam Tabung Haji ke, ASB ke. Lepas tu bayar hutang-hutang yang sepatutnya (kereta, rumah, kredit kad dll). Alih-alih, nak dekat akhir bulan, ada lagi duit lebih. Duit tu aku tak jolly habis tapi aku simpan separuh & belanja family aku makan best sikit. Kena hidup jugak, mana boleh kedekut aje selalu.

    Kalau kata ada barang yang kita nak beli, memang dah lama mengidam, masukkan sekali benda tu dalam bajet sebagai contohnya "Tabung Playstation 3". Lama-lama simpan mesti dapat punya. Hint kepada isteri sikit..hehehe..

    superb...

    So, itulah cara aku bajet belanja aku bulan-bulan dan elak dari pokai tengah-tengah bulan. Korang pulak macam mana?

    P/s: Duit banyak mana pun, tapi kalau tak berzakat & bersedekah, tak guna juga. Sila bayar zakat & rajin bersedekah ye.