Pages

Sunday, June 20, 2010

Pandai-pandailah Bajet....

BAJET BULANAN BO IS A NERD

RM RM
Gaji
5000
Blog & other Side Income
1500

6500
Tolak: Belanja Tetap
Savings 350
Rumah 2100
Parents 600
Minyak,tol & parking 1200
Loans 1565
Hiburan & Sukan 300 6115
Baki
385

*Bajet di atas ini hanyalah rekaan semata-mata. Bukan bajet bulanan Bo is a Nerd yang sebenar.*

Selalu aku dengar kawan-kawan cakap "tak sampai 5 hari gaji, dah habis. Camner nih?" tapi yang paling berat aku nak dengar & selalunya aku buat tak tahu aje, "Bo, boleh pinjam aku sen tak? Gaji dah habis nih." Kalau aku dengar ayat nih, aku senyum aje. Memang aku takde nak kasi pinjam. Bukannya boleh percaya orang akan bayar balik nih.

Tak nak jadi camnie..

Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi ada problem ni walaupun aku dah berkeluarga. Bukan nak berlagak atau sombong, tapi aku dari Form 1 lagi aku dah di ajar untuk bajet oleh ayah aku yang bagi aku duit elaun RM 50 sebulan. Itu pandai-pandailah bajet untuk buku, makan waktu rehat & jolly-jolly.

Kebaikan bajet duit bulanan ni:
  • Tahu mana duit kita pergi.
  • Tahu mana benda yang yang penting & tak penting.
  • Boleh simpan-simpan sikit untuk beli barang yang best atau untuk hari susah.
  • Elakkan dari sengkek/kering dan meminjam dari orang.
Cara aku bajet selalunya, aku akan ambil dulu duit gaji yang di tetapkan untuk saving & masukkan ke akaun yang susah untuk akses cam Tabung Haji ke, ASB ke. Lepas tu bayar hutang-hutang yang sepatutnya (kereta, rumah, kredit kad dll). Alih-alih, nak dekat akhir bulan, ada lagi duit lebih. Duit tu aku tak jolly habis tapi aku simpan separuh & belanja family aku makan best sikit. Kena hidup jugak, mana boleh kedekut aje selalu.

Kalau kata ada barang yang kita nak beli, memang dah lama mengidam, masukkan sekali benda tu dalam bajet sebagai contohnya "Tabung Playstation 3". Lama-lama simpan mesti dapat punya. Hint kepada isteri sikit..hehehe..

superb...

So, itulah cara aku bajet belanja aku bulan-bulan dan elak dari pokai tengah-tengah bulan. Korang pulak macam mana?

P/s: Duit banyak mana pun, tapi kalau tak berzakat & bersedekah, tak guna juga. Sila bayar zakat & rajin bersedekah ye.

8 comments:

  1. kan best kalau gaji byk tu..

    hum, bakal nak kerja nnt kena betul2 bajet..

    ReplyDelete
  2. blom keje agi.. xde bajet2.. isk.. isk...

    ReplyDelete
  3. gaji aku bersih 3500 (setelah ditolak segala EPF, SOCSO, PCB, loan rumah, bla bla bla)

    saving 1000
    bayar segala mak nenek loan keta, bil-bil 1500
    lagi belen 1000 tu utk keperluan harian (barang dapur, keperluan anak, belanja harian, minyak keta....)
    kalau tak cukup, baru ambik dari yang saving 500

    normally tak pernah tak cukup... Alhamdulillah

    tapi yang penting, tips nak bajet, pentingkan saving dulu, baru fikir yang lain...

    macam kata boo, jangan lupa zakat & sedekah, kalau kedekut sangat sedekah kat orang lain, sedekah je kat mak ayah kita

    ReplyDelete
  4. minyak ngan tol saja dah sribu lebih kan..parah2

    ReplyDelete
  5. Ni yg nak start buat budget jugak ni.. tapi income jauh lagi sikit lah..hehe

    Congrats! You are my pick of the day. Kita link-kan post ni to my blog here

    http://thehidayahstory.blogspot.com/2010/06/football-fever-special-secret-recipe.html

    Hope you don't mind

    ReplyDelete
  6. bapa sy pesan tiap bln dpt gaji jgn lupa bersedekah

    ReplyDelete
  7. You have a very good blog that the main thing a lot of interesting and useful!hope u go for this site to increase visitor. BTW keep blogging!!

    ReplyDelete
  8. nice info..
    sma la..sy pun cr yng sama mcm incik bo bt..mmg berhasil la...

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang