Ads by Nuffnang

Friday, November 19, 2010

Krriiiingg....sekolah dah mula bercuti! Yeay!!!


Kriiiinggg!!!!

Hari ini hari terakhir persekolahan untuk tahun ini. Mungkin ada yang sudah bercuti awal sebelum Raya Haji baru-baru ini tetapi officially last day persekolahan hari ni.

Aku masih lagi ingat hari terakhir aku masa di sekolah rendah. Kami satu kelas pakat-pakat ramai-ramai basahkan guru kelas kami dengan water balloon, ada yang guna botol air dan ada yang berani bawak water pistol. Nasib baik cikgu lelaki dan paling penting sekali cikgu yang sporting. Kalau tidak naya!

Korang pulak macam mana?? Apa kenangan hari terakhir persekolahan korang?

Thursday, November 18, 2010

Facebook most visited by Malaysians

The Social Network

The Malaysian Digital Association (MDA) says that around 8 million Malaysians visit the popular social network website, Facebook (FB) on a daily basis. Facebook users on an average open their FB accounts twice a day and the users are mainly between the 18-25 year old age group.

Forum sites such as Lowyat, Cari and Fooyoh are the popular local blogs and forums visited by Malaysians. Users usually spend 13.28 minutes in average for all the sites mentioned.

I myself like to go through Mudah.my just to find some bargain items. You can get really good and cheap stuff there.

Which sites do you guys usually go to?

Bukannya kena bayar bil letrik pun...


Aku betul-betul tak faham apa masalah sesetengah drivers kita. Bila dah hujan atau mendung atau cahaya tu dah kurang, pasanglah lampu kereta. Dekat beberapa kali bila aku nak tukar lane, tak nampak ada kereta datang. Sudahlah kereta warna pun gelap, lagi tak pasang lampu. Bukannya kena bayar bil letrik pada TNB kalau pasang lampu. Kalau tak pasang full headlights pun, pasang street light pun takpe. Janji ada nampaklah sikit.

Siapa di antara korang yang pernah terkena macam ni??

Syabas Azizulhasni & Josiah!

Azizulhasni & Josiah meraikan kemenangan 1-2 mereka di Sukan Asia Guangzhou (Ihsan dari Utusan Malaysia)

Tahniah dan syabas kepada Azizulhasni & Josiah kerana mengulangi kejayaan mereka di Sukan Komanwel India bulan lepas apabila berjaya memenangi acara akhir Keirin di Sukan Asia di Guangzhou dengan menamatkan cabaran 1-2. 

Walaupun di India, kemenangan Azizulhasni di batalkan secara kontroversi dan di berikan kepada Josiah, kemenangan ini membuktikan kedua-kedua mereka adalah pelumba bertaraf dunia dalam acara Keirin.

Syabas kepada Azizulhasni & Josiah. Rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian anda. Malaysia boleh!!!