Ads by Nuffnang

Saturday, December 4, 2010

Mulakan hujung minggu dengan senyuman manis


The sight of fresh baked doughnuts always brings a smile to my face. Even those that are not freshly baked, brings a smile. I don't discriminate. 

P/s: Rindu kuih gelang arwah Tok. Al-Fatihah.

Kaisan gets a helmet for his new ride


Makin besar, makin banyak kerenah. Belum lagi nak cerita lasaknya si Kaisan ni. Apa-apa pun memang seronok tengok dia membesar.

Doa dan berharap dia membesar menjadi anak yang soleh, beriman dan manusia yang berjaya.

p/s: Petang nanti nak beli barang-barang Kaisan. Helmet pun nak cari.

Friday, December 3, 2010

Harga naik bagi RON 95, diesel, gula & gas liquid (LPG)

ehsan dari Google

Harga bagi minyak petrol RON 95 & diesel akan naik 5 sen, gula naik 20 sen dan LPG naik 5 sen. Kenaikan harga ini akan berkuatkuasa pada 4 Disember 2010 pada 12:01 pagi.

Dengan kenaikan ini, semuanya akan menjadi:
  • RON 95 akan menjadi RM 1.90/liter, 
  • Diesel menjadi RM 1.80/liter, 
  • LPG menjadi RM 1.90 dan 
  • Gula menjadi RM 2.10/kg. 

Kenaikan ini adalah arus kedua dalam program rationalisasi subsidi negara. Menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, kenaikan ini akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM 1.18 billion. Ia juga tidak membebankan rakyat kerana kenaikan yang minima.

Menurut Datuk Seri Idris Jala lagi, dana yang dapat dijimatkan dari program ini ini akan di salurkan ke peningkatan infrastruktur, kemudahan perkhidmatan awam, sekolah di luar bandar dan untuk menangani kadar jenayah.

P/s: Semuanya naik, gaji ada naik??

Thursday, December 2, 2010

Bayar saman cepat-cepat pun rugi juga...

ehsan dari The Star Online via Google

Langkah kerajaan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat diskaunt 50% untuk saman trafik untuk dua minggu yang akan datang (bermula Isnin lalu) mendapat reaksi bercampur dari orang ramai.

Mereka yang masih tidak membayar saman merasa lega dan seronok manakala mereka yang cepat membayar saman (kononnya untuk mendapat potongan atau untuk jumat masa) berasa seperti di tipu. Langkah kerajaan ini adalah untuk mengurangkan "backlog" kes-kes saman selain dari meningkatkan pendapatan kerajaan.

So, kepada pembaca-pembaca yang belum membayar, tunggu apa lagi? Dan kepada mereka yang tak pasti boleh klik sini MYEG

P/s: Rugi aje aku bayar saman Sabtu lepas. Kalau tidak dapat diskaun. Redha ajelah.