Ads by Nuffnang

Friday, December 3, 2010

Harga naik bagi RON 95, diesel, gula & gas liquid (LPG)

ehsan dari Google

Harga bagi minyak petrol RON 95 & diesel akan naik 5 sen, gula naik 20 sen dan LPG naik 5 sen. Kenaikan harga ini akan berkuatkuasa pada 4 Disember 2010 pada 12:01 pagi.

Dengan kenaikan ini, semuanya akan menjadi:
  • RON 95 akan menjadi RM 1.90/liter, 
  • Diesel menjadi RM 1.80/liter, 
  • LPG menjadi RM 1.90 dan 
  • Gula menjadi RM 2.10/kg. 

Kenaikan ini adalah arus kedua dalam program rationalisasi subsidi negara. Menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, kenaikan ini akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM 1.18 billion. Ia juga tidak membebankan rakyat kerana kenaikan yang minima.

Menurut Datuk Seri Idris Jala lagi, dana yang dapat dijimatkan dari program ini ini akan di salurkan ke peningkatan infrastruktur, kemudahan perkhidmatan awam, sekolah di luar bandar dan untuk menangani kadar jenayah.

P/s: Semuanya naik, gaji ada naik??

4 comments:

  1. suker3..!! suke sgt2 sume bnde nk naik nie...maklum jela...'rakyat didahulukan'....
    sebagai rakyat malaysia,mari bersama-sama kita bersyukur sbb sume bnde nak naik harga nie..huhu~(~.~)

    ReplyDelete
  2. minyak naik tu.. bukan dah selalu naik ke? hehehe.. kesian orang yang tak mampu tu kan?

    jom komen sini lak hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Oh... nak jimat duit.., salurkan ke peningkatan infrastruktur, kemudahan perkhidmatan awam, sekolah di luar bandar dan untuk menangani kadar jenayah... Yang nak gi bina Menara Warisan 100 tingkat, harga ber billion2 tu jimat kejadahnya... Perbelanjaan yang boros dan kurang manfaat utk semua rakyat, itulah yang akan memufliskan negara, bukannnya sebab subsidi ke atas bahan keperluan harian rakyat..

    Sebelum ni ada yg makan siput babi sbb miskin, entah2 lepas ni ada pulak yang makan cicak, biawak atau ikan dua alam tu...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam,

    Itulah apa yang tertulis dari statement dari menteri tu.

    Kekadang menteri2 ni ingat rakyat ni buta dan bodoh rasanya. Cakap tak berfikir dulu. Mmg tak nampak apa benefits binaan bangunan Warisan tu.

    ReplyDelete

Comment here