Pages

Sunday, January 2, 2011

Teringat zaman kanak-kanak dulu

Pagi ni Kaisan bangun lebih awal pulak. Selalunya biarkan aje dia bangun pukul 10 lebih macam tu. Tapi pagi ni dia bangun awal. Siap merangkak keluar bilik terus duduk depan tv. Tahulah tu nak tengok kartun. Bila dia buat macam ni, teringat masa aku budak-budak dulu. Bangun tidur, terus mengadap tv nak tengok weekend cartoons.

Kartun zaman dulu tu simple tak memeningkan kepala sangat. Bukan macam kartun sekarang yang macam complicated and advance. Silverhawks, Voltron, Transformers, Captain Caveman memang menjadi temanlah hujung minggu. Tak kacau ibu buat kerja kat dapur..hehehe..

Gambar-gambar ini akan mengingatkan Kaisan nanti time dia sedang membesar. Aku pun macam teringat balik zaman kanak-kanak aku bila tengok kerenah dia.

 
 
 
 

3 comments:

  1. cutenya kaisan. pandai dok depa tv tgk katun ye...comel!

    ReplyDelete
  2. comelnya Kaisan.... senang nak jaga ni boleh tgk cartoon!

    :) carpet pun cantik bro... modern!

    ReplyDelete
  3. Wahh, cute nya Kaisan
    gewam2, hihi
    follow u

    jom komen sini
    wish me luck
    thanks

    http://officialaenlicious.blogspot.com/2010/12/contest-fesyen-untuk-semua.html

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang