Pages

Sunday, March 13, 2011

Berjumpa Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat


Yup. Aku dapat bergambar dengan salah satu hero negara yang menjulang Piala AFF Suzuki tempoh hari. Tak lain dan tak bukan, penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih senang di panggil Apekx.

Pada mulanya aku takdelah nak mengambil bahagian dalam photo shoot ni, tapi sebab kawan aku si Ahmad Nasron minta tolong aku jadi drebar Apekx, so aku pun tolonglah jadi drebar. Timing photoshoot ni lebih kurang masa perlawanan pra-Olimpik antara pasukan Olimpik Malaysia dengan Olimpik Pakistan.

Apekx ni memang santai orangnya. Peramah, senang di dekati tapi serious juga bila cerita tentang keadaan bolasepak Malaysia. Pengalaman yang agak menarik & berbangga dapat berjumpa dengan salah satu Harimau Malaya.

1 comment:

  1. Wow! bergambar dengan apek,goal keeper glamour tu, best,best...

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang