Pages

Monday, March 28, 2011

Kita kerja kerana...........?


"Kerja itu ibadah selagi kerja itu halal. Oleh itu, kerja lah sebaik yang mungkin"

Aku berpegang kepada kata-kata di atas. Tetapi selain tu, kita kerja sebab apa? Memang kita di bayar dengan wang ringgit tapi mesti ada sebab lain kita terus melakukan kerja itu.

Ada yang tidak kisah di bayar tidak setimpal dengan usaha sebab memang suka dengan kerja tu atau keadaan sekeliling kerja tu. Boleh keluar settlekan hal peribadi semasa kerja, keluar hisap rokok bila hendak atau sebab bos relax & dah kamcing.

Ramai saje dari kita yang kerja sebab memang untuk mencari rezeki semata-mata. Selalu melompat-lompat dari satu kerja ke satu kerja sebab memerlukan duit yang lebih dari pekerjaan sebelumnya. Tak suka dengan kerja tu, tapi sebab bayar tinggi, sapu sajelah.

Ada yang bernasib baik. Mereka ini memang melakukan kerja yang memang mereka hendak sangat dari dulu. Masa time sekolah rendah, cikgu tanya "Besar nanti nak kerja apa?" Jawabnya "Bomba". Tup tup, besar join pasukan Bomba.

Ada yang lagi bernasib baik. Di bayar untuk main-main. Contohnya pemain bola. Kalau yang bertaraf Premier League, La Liga atau Serie A, diorang boleh di bayar hingga beratus ribu seminggu. Bayangkan kalau setahun berapa dah gaji diorang.Fuhh...

Sebab apa awak kerja? Nak tahu...

1 comment:

Comment here

Ads by Nuffnang