Ads by Nuffnang

Tuesday, February 28, 2012

Konsert Erykah Badu di batalkan kerana tatu kalimah Allah

Saya tak mahu meletakkan gambar tatu kalimah Allah yang berada di badan Erykah Badu kerana ia adalah aurat seorang wanita dan saya tidak mahu menambahkan dosa kerana menyebarkannnya. 

Baru tadi mendapat tahu konsert artis Erykah Badu yang sepatutnya di adakan di Kuala Lumpur malam esok di batalkan kerana tatu kalimah Allah di badannya. Tatu yang terletak berhampiran kawasan bahu dan ketiak di kedua-dua belah badan, telah di siarkan gambarnya di surat khabar The Star.


Islam melarang umatnya meletakkan tatu di badan apatah lagi jika meletakkan kalimah Allah. Memang dia bukan orang Islam, tetapi tatu itu sudah di anggap satu penghinaan pada Islam.

Saya memang menyokong konsert ini di batalkan kerana sebab di berikan oleh kerajaan Malaysia iaitu menyalahi undang-undang yang menyentuh sensitiviti agama di Malaysia. 


Bagus juga Editor suratkhabar The Star di panggil untuk memberi penjelasan mengenai penyebaran gambar tatu Erykah Badu ini, kerana ini bukan kali pertama suratkhabar ini menyiarkan perkara-perkara yang menghina umat Islam dan agama Islam.

Lebih lanjut, sila baca sini. Konsert Erykah Badu di batalkan

P/s: Orang Islam yang tidak setuju dengan konsert ini di batalkan, sila cerminkan diri dan ingat akan agamamu.

10 comments:

  1. kecoh jugak fb pasal konsert ni...ada yang bangkang,ada yang nak diteruskan...pening pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut di "ban" pada pendapat saya sebab menyentuh sensitiviti agama dan kalau gambar tatu tak keluar di The Star newspaper, mesti tak berlaku.
      Persoalaannya sekarang, apa motive Editor The Star menyiarkan gambar itu?

      Delete
    2. itu pun satu jugak boleh dipertikaikan.xperlu la nak publishkan gambar kat surat khabar yang tau ramai yang membaca.

      ni mesti nak publisiti murahan,pasal tu la tayang gambar gitu...

      yup,setuju.memang patut diban.

      Delete
  2. U perasan tak whether she has the same tattoo bila TV promo dia keluar? I remembered she had some tattoos on the areas yang sama. Sebab masa I tengok tu i was telling myself, "Looks like some arabic design..lepas ke nak buat concert ni?" Serious tak perasan whetehr or not kalimah tu sebab her picture ada a few seconds je..tapi dalam paper tu was obviousla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There were people saying yg tats tu not permanent but to me that is not the isu. The issue is, she has already shown disrespect by just putting Allah there. No two ways abt it.

      Delete
  3. Tatu tak apa sebab itu hak dia, tetapi kenapa kena tatu kalimah Allah? Banyak lagi design yang ada.

    ReplyDelete

Comment here