Pages

Showing posts with label Bonus Raya. Show all posts
Showing posts with label Bonus Raya. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

PM umum penjawat awam & pesara kerajaan dapat bonus raya



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjawat awam akan mendapat bonus separuh bulan gaji dan minimum RM 500 dan bayaran khas RM 500 kepada pesara kerajaan yang akan di bayar pada 9hb Ogos nanti.

Pemberian bonus ini di beri kerana kedudukan kerajaan persekutuan yang kukuh dan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Spekulasi bertiup kencang pilihanraya mungkin akan di adakan sebelum Hari Malaysia bulan September nanti.

Bestnya jadi staff gomen ni, macam-macam kelebihan dapat. Bonus raya, skim pinjaman interest rendah dan macam-macam lagi. 

Tapi yang selalunya perkhidmatan tak setanding dengan ganjaran, berdasarkan pengalaman berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Apa-apapun, tahniah mendapat bonus raya. Alhamdulillah.


Berita sepenuhnya:


PM umum bonus raya separuh gaji untuk penjawat awam dan pesara kerajaan

Monday, August 15, 2011

Pekerja kerajaan dapat bonus Hari Raya hari ini...kaya! kaya!

Awal bulan ini PM kita ada menyampaikan berita gembira buat penjawat jawatan kerajaan yang mereka akan dapat separuh gaji pokok atau minimum RM 500 sebagai bonus untuk menyambut Syawal pada tahun ini. Pesara-pesara kerajaan juga akan mendapat RM 500 dalam pencen mereka dalam bulan ini.

Hari ini bila bercakap dengan kawan-kawan yang kerja gomen, semuanya senyum lebar. Sakit pipi senyum kata mereka, Tertanya-tanya juga aku kenapa. Rupa-rupanya duit bonus raya yang di janjikan tu dah pun masuk menerjah akaun bank mereka. Tumpang gembiralah untuk mereka sebab itu aje termampu. Kita yang bekerja swasta ni boleh mimpi sajalah untuk mendapat bonus macam tu.

So, kawan-kawan yang bekerja gomen ni, apa perancangan dengan bonus raya korang?

Ads by Nuffnang