Ads by Nuffnang

Showing posts with label Daily Happenings. Show all posts
Showing posts with label Daily Happenings. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Bangunan terbakar di KL Sentral menyebabkan kesesakan lalulintas teruk

Asap berkepul-kepul dari bangunan yang terbakar
Satu bangunang yang masih dalam pembinaan terbakar awal pagi tadi. Masa saya lalu dari Bangsar pukul 6.30 tadi dah marak api menyala. Api masih lagi cuba dipadamkan sehingga jam 8.30 tadi dan di beritahu Jalan Sambanthan di tutup dan kawasan Brickfields dan KL Sentral mengalami kesesakan.

Di nasihatkan mereka yang bekerja atau terpaksa pergi juga ke kawasan itu cuba menggunakan public transport atau mencari laluan alternatif.

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas Peringatan Baru dijual di Bank Negara mulai 22 December 2011


Beli & simpan elok-elok dalam glass casing cantik juga. Boleh jadi collectors item. Manalah tahu nanti duit note RM 20 di mansuhkan lagi macam yang dulu tu.


Di bawah ini harga untuk dapatkan satu set. Kalau ada yang berminat, boleh pergi ke Bank Negara untuk dapatkan satu set lengkap.



Duit kertas RM 20 lama

Friday, November 4, 2011

Bangunan Darul Ehsan @ Seksyen 14, Shah Alam terbakar

Kebakaran berlaku pagi tadi di Tingkat 24, Bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Punca kebakaran masih belum di tentukan. Penghuni bangunan di arahkan keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Asap keluar dari Tingkat 24 Bangunan Darul Ehsan
Orang ramai & penghuni bangunan di luar bangunan
Pasukan bomba mengawal kebakaran

Tuesday, October 11, 2011

Punca air cond Myvi ku tak sejuk akhirnya terjawab

Gambar selepas air cond kena repair.
Sudah dekat 3 bulan air cond Myvi tak sejuk. Mula-mula kena tukar condensor and compressor sebab dah memang rosak. Walaupun banyak belanja untuk repair, kenalah bayar. Takkan nak beli kereta baru pulak kan? Lagi mahal option tu.

Ingatkan selesai sudah masalah air cond ni, rupanya tidak. Angin ada, sejuk ada juga rasa tapi tidaklah sejuk macam biasa. Bila drive boleh terasa pening kepala sebab tak berapa sejuk. Mula sumpah seranah dalam senyap-senyap ingatkan kena tipu dengan bengkel air cond tu. Ambil keputusan pergi balik workshop tu.

Repairmen pelik sebab dua-dua part tu baru, original parts lagi. Aku siap tengok lagi certificate kata original part. Last-last ambil keputusan letih "ubat hijau" plus top up balik gas and minyak untuk air cond untuk determine kalau ada leakage kat mana-mana. Maybe condensor bocor, mungkin cooling coil bocor atau ada leak lain.

Lepas satu minggu, check balik kat workshop tu, rupanya memang ada leak. Ada batu kecik sudah kasi lubang pada kondensor. Repairmen tu pun tak pernah tengok benda macam ini terjadi. Dia kata memang nasib aku tak baik sebab memang jarang benda ni terjadi.

Total damage air cond repair dekat seribu ringgit lebih. Nak buat macam mana kan? Kenalah repair kalau nak selesa dalam cuaca panas kat Malaysia ni.
Lepas letak

Friday, August 19, 2011

Sampul aje? Mana duitnya???

Sarung duit raya dari office tahun ini.
Haa..inilah sampul duit raya dari Sime Darby tahun ini. Simple yet elegant. Cantik tapi dapat satu pek saje @ 10 keping. Nampaknya kenalah dahulukan mereka yang penting dahulu. Yang lain-lain tu, pakai aje yang bank bagi masa tukar duit. Bukannya diorang nak heran pun. Semua tengok duit aje.

Apa lagi sampul duit raya yang menarik tahun ini?

P/s: Best kalau sarung datang sekali dengan isinya sekali. Boleh mimpi ajelah.

Monday, August 15, 2011

Pekerja kerajaan dapat bonus Hari Raya hari ini...kaya! kaya!

Awal bulan ini PM kita ada menyampaikan berita gembira buat penjawat jawatan kerajaan yang mereka akan dapat separuh gaji pokok atau minimum RM 500 sebagai bonus untuk menyambut Syawal pada tahun ini. Pesara-pesara kerajaan juga akan mendapat RM 500 dalam pencen mereka dalam bulan ini.

Hari ini bila bercakap dengan kawan-kawan yang kerja gomen, semuanya senyum lebar. Sakit pipi senyum kata mereka, Tertanya-tanya juga aku kenapa. Rupa-rupanya duit bonus raya yang di janjikan tu dah pun masuk menerjah akaun bank mereka. Tumpang gembiralah untuk mereka sebab itu aje termampu. Kita yang bekerja swasta ni boleh mimpi sajalah untuk mendapat bonus macam tu.

So, kawan-kawan yang bekerja gomen ni, apa perancangan dengan bonus raya korang?

Thursday, July 7, 2011

Myvi oh myvi

Habis bumper di cabutnya
Semalam aku tak dapat nak online sangat sebab sehari suntuk duduk di bengkel sebab air cond Myvi aku pulak buat hal. Myvi aku ni mula mengeluarkan bunyi ala-ala turbo blow off macam kereta-kereta dalam Fast & Furious padahal mana ada turbo atau blow-off. Myvi standard aje. Rim pun tak tukar, masih lagi standard.

Mula-mula bawa pergi PERODUA Service Centre Shah Alam walaupun hati terasa berat ke sana sebab tahu mahal upahnya. Tapi sebab aircond ni element penting dalam cuaca Malaysia yang panas ni, pergi jugalah ke PERODUA. Selepas serviceman tu check, dia kata condenser dengan compressor dah rosak. Dia advice buat kat luar sebab PERODUA mahal, katanya RM 2 ribu jugalah. Baik betul budak tu sebab kalau tak, tak pasal-pasal aku bayar lebih.

Terus aku cari bengkel yang nampak ada rupa sikit, try tanya and mintak check. Memang sah compressor & condenser kena tukar. Repairment tu kata dia kena caj bawah RM 1 ribu. Oklah tu daripada RM 2 ribu PERODUA nak caj tadi.

Selepas 4 jam menunggu (tunggu kat Burger King Shah Alam Extreme Park sambil layan WIFI), Myvi ku kembali sejuk dan tak keluarkan bunyi macam Skyline GTR. Repairment tu kata sensor aircond rosak masa last tempat aku hantar service, service kereta aku. 

Pengajaran dari ini ialah servicelah kereta anda selalu samada enjin atau aircond dan keep it clean at all times.

Wednesday, June 29, 2011

Transformers 3: Dark of the Moon is today!


"Autobots! Transform & roll out". 

That famous phrase will be repeated over and over these next few weeks as the long awaited third chapter of Transformers is out today! Woohoo! I just cannot contain myself with joy that finally the next Transformers is finally here.

Well..hello Mr Optimus Prime
The cast is still the same except for the addition of a new hottie of the movie. Rosie Huntington Whiteley replaces Megan Fox who was acrimoniously dumped by director Michael Bay, apparently on advice from super producer, Steven Spielberg. I was quite disappointed that I wont be seeing those pouting lips and rocking body of Fox anymore but Rosie Huntington is a capable replacement. And she can act too! Well that doesn't matter.


Rosie Huntington-Whiteley is Shia Lebeouf's new squeeze.
I will go to the cinema, buy my regular hot dog, large combo and expecting Transformers 3: Dark of the Moon to rock my world. I wont let the movie's haters saying that its just a few clunck of steel fighting each other and some horny teenagers trying to get into each other's pants. Anyways, what's wrong with that? That's okay in my book.

See ya later. Rolling out!

Wednesday, June 22, 2011

Bekalan air terjejas dari 22 Jun (Rabu) - 24 Jun (Jumaat)


Cukup ke untuk tahan dua hari?
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Gombak dan Hulu Selangor akan terjejas bekalan air dari jam 8 pagi ini sehingga 8 pagi hari Jumaat. Syarikat Air Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyatakan potongai bekalan air ini terpaksa dilakukan untuk kerja-kerja penggantian injap di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor. 
Seramai 1 juta penduduk Lembah Klang di jangka akan terjejas dari potongan bekalan air ini.
Senarai kawasan-kawasan yang akan terjejas ialah seperti berikut:
> Kuala Lumpur:
Bukit Kiara, Royal Selangor Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Centre, National Science Centre, INTAN, Securities Commission, Education Technology Division, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1 hingga 12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
> Daerah Hulu Selangor:
Kg Serai, Kg Kuang, Kg Cempedak, Kg Gombak, Kg Baru, Kg Melayu Sri, Kg Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Taman Rahmat Jaya, Kawasan Industri Kundang dan Bandar Tasik Puteri.
> Daerah Gombak:
Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Tago Industrial Area, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri and Medan Putra.
> Daerah Petaling:
Taman Bukit Mayang Mas, Kg Cempaka, Dataran Prima, Taman Aman Sari, Taman Bukit Emas dan Taman Megah Mas di PJU 1; Ara Damansara, Taman Sunway Mas, Eastin Hotel, Phileo Damansara, Universiti Malaya, Universiti Malaya Medical Centre, Section 17, Section 17A, Section 19 hingga 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS20 hingga SS26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC), Kota Damansara, Kg Baru Sungai Buloh, Mah Sing, Pinggiran Subang, Subang Bestari, Kg Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara, Damansara Idaman, Damansara Lagenda, Damansara Indah, Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Indah, Pelangi Damansara, Bandar Utama, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra Industrial area, Taman Seri Putra, Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Saujana Akasia, Kampung Matang Pagar, Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan, Taman Tun Dr Ismail, Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara.
Penduduk boleh menghubungi PUSPEL Hotline di 1-800-88-5252 untuk maklumat lebih lanjut tentang kawasan yang terjejas dan juga permintaan untuk mendapatkan bekalan air melalui lori bekalan.

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day Ayah

Happy Father's Day Ayah.
Ayah with my lil one, Kaisan
Thank you Ayah for all the support, love and dedication that you have poured into all of your sons' lives. Eventhough we rarely show our appreciation, we all know how important you are in our lives. Happy Father's Day Ayah.

Thursday, June 9, 2011

Once you go black, you can still go back...#FACT!


Hari ini selepas satu meeting yang amat bertuah & berbaloi dengan kawan lama, aku pergi buat retail therapy untuk diri aku. 


Kebetulan Nokia E71 aku pun sudah cecah expiry date sebagai main phone.

Korang pernah dengar satu english phrase " Once you go black, you won't go back" kan? Haa, ini buktinya phrase tu salah. Boleh come back, tapi jadi putihlah macam Blackberry 9300 Curve 3G aku ni. 




BB baru aku ni ber-OS-kan Blackberry OS6 yang membuatkan aku terus decide untuk beli. Features lain sama aje macam Curve 3G yang lain, tapi pada aku yang penting senang aku nak BB Messenger dengan family & kawan-kawan sudah cukup. Paired up pulak dengan Blackberry services dari Tune Talk Mobile Prepaid (RM 0.98/day atau RM 28/bulan) memang good combination. Oh lupa, now its 3G too!


Retail therapy memang best. Tapi tak bolehlah buat selalu, nanti tinggal habuk je dalam kocek.

Wednesday, May 25, 2011

What would you guys do?



Circled the area a few times for a parking spot and found this very intelligent and expert driver that had parked his car with the selfishness level of a kindergarten.

What would you guys do if you were me?

Thursday, May 5, 2011

Twitter komen dari YAB Perdana Menteri Malaysia tentang kenaikan harga RON 97

Aku dia antara followers YAB Perdana Menteri kita di Twitter. Ini antara "tweet" beliau apabila ada yang merungut tentang kenaikan harga minyak RON 97.

Ada betul juga tweet ini sebab kalau pakai kereta-kereta biasa, boleh saja pakai minyak RON 95. Ada betul?

RON 97 naik lagi



Mulai 5 May 2011, harga RON 97 akan naik menjadi RM 2.90 seliter. Kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah mengikut kenaikan harga minyak pasaran dunia. Harga bagi RON 95 & minyak diesel masih kekal pada harga RM 1.90 seliter dan RM 1.80 seliter.

Sunday, April 17, 2011

E-Filing siap! Aku terlebih bayar...yes!


Yahoo!! Aku baru siap buat e-filing bersama isteri. Buat filing berasingan dan keputusannya masing-masing terlebih bayar PCB. Maksudnya, dapat baliklah duit yang dah terbayar pada LHDN bulan-bulan tu. Alhamdulillah.

Lega rasanya dah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tak payah tunggu last minute nak settlekan benda ni. Kalau tunggu dekat-dekat akhir nanti mesti tak boleh access site LHDN nanti.

Kepada yang belum buat e-filing, silalah buat sebelum akhir bulan ni. Ini link dia E-FILING Ingat balik apa-apa perbelanjaan yang boleh dapatkan kita deduction macam resit majalah, medical check up, pembelian barangan sukan dan sebagainya.

P/S: Bayar zakat fitrah dapat juga pelepasan cukai. Alhamdulillah.

Monday, December 6, 2010

Happy 30th Anniversary kepada Ibu & Ayah

Ibu & ayah with Kaisan

Selamat ulang tahun perkahwinan ke 30 untuk ibu & ayah. Kami adik beradik, menantu-menantu dan cucu ibu dan ayah, Muhammad Kaisan mendoakan ibu dan ayah sentiasa bahagia, happy, murah rezeki dan sihat hingga akhir hayat.

We all love you very very strong.

Sunday, November 21, 2010

Jaga-jagalah bahasa tu


Selamat pagi!! 

Aku nak cerita sikit pasal kejadian yang aku tengok semalam masa tengah dinner dengan wife and anak di McDonalds.

Aku rasa memang sudah menjadi kebiasaan bagi budak-budak sekarang untuk MESTI masukkan perkataan-perkataan lucah dan mencarut dalam bercakap. Kadang-kadang malu juga aku mendengar, Tiba-tiba terdengar "what the f#%k!", "s&%t" dan juga version-version local macam "pan#$t lah" dan macam-macam tu.

Kejadian semalam pun ada kaitan dengan isu ini. Ada satu group budak-budak college, macam biasalah dengan laptop masing-masing, duduk lepak situ. Dalam diorang lepak dan berborak, bolehlah mendengar perbualan diorang sebab kuat macam nak bagi satu dunia dengar. Mungkin hebat sangat rasa or cool bila cakap kuat ni. 

Dalam diorang bercakap tu bolehlah dengar perkataan-perkataan lucah. Ayat terakhir sebelum kejadian yang aku dengar "what the f^?% are you doing?. That's shit, man!" sorang tu cakap pada kawan dia.

Datanglah sorang uncle ni tegur "Can you please not use that word around here? There are small kids here that might pick up on what you say. And also tone it down please." 


Say no to swearing

Amik kau. Kan dah kena sound. Tak sampai 5 minit, diorang blah. Malulah kot. Rasanya uncle tadi tu dah tak tahan dan lagipun memang orang keliling tengok kat meja tu sambil menggeleng kepala. Respek uncle itu.

Ingat. Bahasa melambangkan keperibadian kita. Jaga-jagalah percakapan dan budibahasa.

Wednesday, October 13, 2010

Rabu: 13 Oktober 2010

Breakfast of contenders

Selamat pagi semua!

Disebabkan pagi ini saya sempat bangun awal, singgah kejap melayang McDonald's breafkast. Lama betul tak makan sejak case McDonald's Seksyen 13 Shah Alam, boleh baca di sini http://boisanerd.blogspot.com/2010/04/kita-masih-lagi-ketinggalan.html

Pagi ini cuba-cuba jalan baru untuk pergi ke rumah pengasuh Kaisan & ke tempat kerja. Aku cuba guna Kerinchi Link hari ini dan exit Bukit Kiara. Hasilnya? Aku save 30 minit masa driving. Ini sudah bagus. Walauupun kena bayar RM2 untuk Plaza Tol Kiara, but worth it. At least kurang stress dalam hidup.

Sejak berpindah rumah baru, aku sedar duit yang ada kalau banyak (bukannya banyak pun harta aku tapi alhamdulillah) tapi kalau hidup dalam penuh stress, tak enjoy hidup. Oleh itu, belanjalah sikit untuk hidup yang lagi seronok & orang sekeliling pun happy sekali.

 

Tuesday, September 21, 2010

Is it hard to follow rules?

A cyclist not using the bike lanes

This was a picture I took of a motorcyclist just refusing to use the motorcycle lanes that are made especially for them along the Federal Highway. I have seen quite o few accidents where motorcyclist knocked down by cars when they change lanes.

Cannot blame the car drivers because they wouldn't expect cyclist to use the main road. They would expect them be using the bike lanes.  So, why just they cannot use the bike lanes provided for them and not endanger their lives and also others?

Wow..my luck..there is another one not following the rules

Wednesday, August 25, 2010

Nice haircut but....

M. Selvakumar, 15 year old from Sentul

Found this picture of a young dude showing off his very patriotic haircut. I applaud his gesture as our country will be celebrating it's 53rd Merdeka anniversary but there is a question for him. He is 15 years old, so I assume he is in Form 3. 


Don't you go to school?