Budak malang yang kena rantai
Kesian budak dalam gambar atas tu. Di rantai pada tiang di tepi jalan oleh bapanya dengan tujuan untuk jual anak dia pada sesiapa yang berminat untuk membeli. Di letakkan satu meja dengan details kanak-kanak malang ini yang termasuk nama, tarikh lahir, berat, tinggi dan kebolehan untuk melakukan kerja keras.
Ibu budak ini dah mati 3 tahun lepas dan bapanya dah tak mampu jaga, so ambil keputusan untuk menjual anak dia. Bapa yang tak guna kalau cenggini rupa. Tapi budak ni terselamat bila sekumpulan orang yang lalu-lalang menangkap bapa budak ini semasa dia tengah berusaha untuk menarik perhatian pembeli.
Bapa budak kena tangkap dan di belasah oleh orang ramai
Bapa budak ni menjelaskan yang dia terpaksa menjual sebab dia dah tak mampu menjaga anak dia dan sebenarnya tak berminat dengan duit jualan anak dia. Nasib budak ini baik bila orang ramai menghantar budak tu pada jabatan kebajikan untuk di jaga.
Kenapalah tak fikir awal-awal untuk hantar pada Jabatan Kebajikan? Kan senang?