Ads by Nuffnang

Sunday, April 11, 2010

Kita masih lagi ketinggalan....


Pagi tadi, isteri aku ajak pergi makan McDonald's breakfast set. Memandangkan dia pun tak lama lagi nak deliver (14 May) & aku pun ada free coupon McD, so aku pun penuhi permintaan dia. Nanti bila dah berpantang, dia tak boleh makan semua-semua ni. Nama pun berpantang. Kitorang suami isteri pun pergilah McDonald's Giants Sek 13 Shah Alam, sebab lepas tu nak beli barang-barang rumah.

Fast forward, bila time nak order, aku tengok budak perempuan yang jaga kaunter tu macam dah ready nak ambil order. So, aku pun mula lah nak order. Baru tiga patah perkataan aku sebut, budak tu bersuara. Nak tahu budak tu kata apa? "Encik boleh bersabar tak? Sabar sikit boleh? Saya tak bersedia lagi untuk ambil order". Pergghh. Hanya Allah aje yang tahu macam mana panas hati aku masa tu. Aku tak buat kecoh sebab wife aku yang mengandung 8 bulan di sebelah and tak nak dia susah hati. Aku pun senyap aje.

Lepas order aku dah siap, aku bawak ke meja, baru aku sedar yang hash brown pulak takde. So, aku pergi balik pada kaunter untuk mintak.Budak perempuan yang sama boleh tanya balik pada aku "Encik dah makan kot?" Apalagi, terus aku sound. "I am not that cheap to do that & awak ni kurang ajar".

Terus manager dia datang, tanya apa yang terjadi. Manager tu pun terus bagi satu lagi set free pada aku dan minta maaf bagi pihak staff dia tu. Budak perempuan tu tunduk aje. Tak nak pulak minta maaf.

Set free Big Breakfast McD

Pada aku, orang kita masih lagi jauh di belakang negara-negara maju dalam aspek layanan pelanggan (customer service).  Mungkin tenaga-tenaga pekerja yang melayan pelanggan ni tak pernah dengar concept "The customer is always right" ataupun " Service with a smile".

Kita pelanggan yang membayar (paying customer), so kita expect layanan pun elok-elok lah. Bukan hendak di layan macam raja, tetapi layanan dengan senyuman dan sopan cukuplah. Nasihat aku, kalau tak nak buat kerja melayan customer, janganlah buat kerja bidang ini.

P/S: Itulah, dulu mak ayah hantar sekolah tak nak belajar rajin-rajin, sibuk cari pakwe.

31 comments:

  1. omg! so rude! kalau i mmg akan sound gak la..ada ker patut? these people should go for training before reporting for duty

    ReplyDelete
  2. Hey Fira~

    Yup. Rude betul. Selalunya companies memang tak nak take the trouble to send staff to customer service training. To them, this is a small matter.

    ReplyDelete
  3. ish..teruk bettul la that girl..mana la pergi adab2 dia..tp mmg betul customer service kita agak ketinggalan..

    ReplyDelete
  4. Khai~

    Aku terkejut jugalah. Yang lagi best, ada mat salleh lepas aku. Minah tu boleh cakap pada mat salleh tu "Sir, cant you wait? Wait pls". Nada suara kalau dengar pun, kita rasa malu.

    ReplyDelete
  5. Bb Hussain~

    The girl tu Malay girl. Lagi buat aku rasa bengang. Patut companies at least hantar workers pergi training.

    ReplyDelete
  6. bro..aku penah keje mcd dan aku setuju...sbb tu masa aku keje dulu aku apply keje kitchen..sbb aku takut terlepas cakap..

    kau bole report bro..kalau dia kena warning letter,setahun gaji dia x naik..kalau naik pun naik sikit jer...

    ReplyDelete
  7. sangat rude lah that girl. gerammnye. huhu.

    ReplyDelete
  8. Mel~

    Itulah. Kita bukan mintak lebih2. Kalau dia buat kerja dengan ikhlas, mesti tak jadi macam ni. Thanks bagi komen.

    ReplyDelete
  9. Naddy~

    Yup. Rudeness to the max. Mahu aje buat report (amik advice Mel)

    ReplyDelete
  10. bro bo sy penah kerja kat mcd ni dl.. kiteorg slalu dipesan untuk serve customer ngan servis yg terbaik. dan sy ley jerk buat... sy slalu diletakkan di kaunter.. hehehe..manager tak bagi buat berger tu.. tp klu crew mcm bro bo jpe tu mmg kuang hajor..

    ReplyDelete
  11. fuhh baru padan kena sound..ingat dia je leh ckp sesuka ht.

    ReplyDelete
  12. Pijoe~

    Itulah. Saya tak letak benda ni general cam semua perangai camtu. Cuma beberapa aje. Aku dulu pun pernah buat kerja catering. Kerja cam yg korang nampak angkat pinggan masa kenduri kawin. Tapi aku bt kerja ikhlas aje, semua ok walaupun kekadang ada guest yg teruk2.
    Ini maybe kes gaduh dgn boyfriend kot..hehehe..

    ReplyDelete
  13. ooww..girl tu tgh blur ke agak2 ek time tu..tak cukup tido ke ape ke.. Malwana duk kat apartment dkat ngan giant tu gak,,esok nak try g usha2 tgk sat,,huhu

    ReplyDelete
  14. Malwana~

    Mungkin jugaklah. Tapi itu bkn alasan.
    Duduk apartment Perdana eh? Dulu aku pernah duduk situ. Tapi dah jual. Selepas kes pak guard kena bunuh tu.

    ReplyDelete
  15. waah...mmg kurang terajar betul..

    tp mmg betul pun, kadang-kadang yg jage counter ni xbrape terajar.

    bawak2 bersabar la ye :)

    ReplyDelete
  16. Areev19~

    Yup. Mmg saya jenis bersabar. Manusia macam2 perangai. Thx singgah komen.

    ReplyDelete
  17. fuh memang kurang ajar betul.. mulut dia patut disumbat ngan big mc..

    ReplyDelete
  18. yesss customer always right... masa aku kijer kat tmpt lama, mende ni lah yg salu ditekankan..setiap 2 mmgu sekali ada meeting pasal aduan pelanggan ,,,
    mmg pon org malaysia ni bab khidmat pelaggan ni kureng skit ( ni pandangan personal aku )

    ReplyDelete
  19. minah tu tengah period kot. hahahah

    ReplyDelete
  20. that's just outrageous! how can she say you eat already? worst customer service ever! =/

    ReplyDelete
  21. eh.. teruknya. boleh pulak cakap dah makan T_T nasib baik tak pernah kena dgn orang camni, kalu tak maunya hilang selera dah nak makan..

    ReplyDelete
  22. stylo gila bdk tue..
    hentam rmai2..heee :D

    ReplyDelete
  23. yup, mmg rude betul dat gurl..bikin panass je..lg2 pasal mkn..mmg hangin je..

    ReplyDelete
  24. heee....klo farysa knpem2 free kne sound blik.gile pnye staff

    ReplyDelete
  25. bangang punya budak. nak ikut emosi je

    ReplyDelete
  26. sy crew leader mcd giant s,alm/...sy x tau pun perkara 2 berlaku,,,,sy mintak maaf bg pihak crew mcd giant s,alm

    ReplyDelete
  27. Huh...semalam I pun bengang ngan McD nye call center...dah la missing items...pas tue call sampai 7 kali nak verified. Huh mmg la kena sound kan...rugi sangat ke nak hantar balik Coke & fries??

    Agaknye kalau la mc d tutup today sure sbb kene hantar lagi skali bende yang dorang tak hantar tue kan. hehehe...mmg igt nak abaikan je sbb coke and fries je pun.
    But damn, kurang ajar sangat mmg la i suruh hantar jugak2!!!!

    ReplyDelete
  28. peh kalo aku la kat situ bro...kompom2 ak sound ngn manager2 skali...sape suh ambk budak cmtu p keje...sib bek ak x kene g

    ReplyDelete
  29. hye blogger, saya nak maksuk bloglist awak boleh ? saya penulis www.gilabest.com

    ReplyDelete

Comment here