Ads by Nuffnang

Thursday, May 27, 2010

Kanak-kanak kena jual di China

Budak malang yang kena rantai

Kesian budak dalam gambar atas tu. Di rantai pada tiang di  tepi jalan oleh bapanya dengan tujuan untuk jual anak dia pada sesiapa yang berminat untuk membeli. Di letakkan satu meja dengan details kanak-kanak malang ini yang termasuk nama, tarikh lahir, berat, tinggi dan kebolehan untuk melakukan kerja keras.

Ibu budak ini dah mati 3 tahun lepas dan bapanya dah tak mampu jaga, so ambil keputusan untuk menjual anak dia. Bapa yang tak guna kalau cenggini rupa. Tapi budak ni terselamat bila sekumpulan orang yang lalu-lalang menangkap bapa budak ini semasa dia tengah berusaha untuk menarik perhatian pembeli.

Bapa budak kena tangkap dan di belasah oleh orang ramai

Bapa budak ni menjelaskan yang dia terpaksa menjual sebab dia dah tak mampu menjaga anak dia dan sebenarnya tak berminat dengan duit jualan anak dia. Nasib budak ini baik bila orang ramai menghantar budak tu pada jabatan kebajikan untuk di jaga.

Kenapalah tak fikir awal-awal untuk hantar pada Jabatan Kebajikan? Kan senang?

9 comments:

  1. kenapalah sampai sanggup menjual anak..
    sedih betul lah

    ReplyDelete
  2. mesti dia ni tak berfikir sebelum buat.....anak.

    ReplyDelete
  3. tak patutlah dia orang buat mcm tu..syukur aku tak lahir dekat sana..kalau tak aku pon dah kena lelong juga..huhu

    ReplyDelete
  4. bo mahu tanya sikit, mcmana mahu daftar google ads utk blog bahasa melayu? balas kepada email aku

    ReplyDelete
  5. bapa dia tu tak pernah merasa sakitnya n susahnya nak melahirkan anak..senang2 jer nak jual..kalau bapa yang baik dia sanggup bersusah demi anak..biar lah tak makan pun janji anak dapat makan ..sedih tgk situasi macam ni...

    ReplyDelete
  6. menyirap pulak bace entry nih....
    tak patut si bapak buat cam tu.....

    ReplyDelete
  7. bodo punya bapak..
    **oppss..sory.emo plk**

    ReplyDelete
  8. hadoii... macam2 lak.. ayahnya ni terdesak pun, jangan la sampai nak jual anak camtu. isk! dunia.. dunia..

    ReplyDelete

Comment here