Pages

Showing posts with label mercun. Show all posts
Showing posts with label mercun. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Mangsa main mercun pertama keluar berita Ramadhan 2012


Hari tu aku ada buat entry "Berapa lama agaknya berita pertama cedera main untuk tahun ini akan keluar?" Semalam sudah terjawab lah persoalan aku.

Dua orang cedera parah selepas satu bungkus berisi 40 biji mercun bola meletup. Mangsa-mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Kangkong, Simpat Empat adalah Mohd Sohibullah Saad, 27 tahun dan anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razali, 8 tahun.

Kejadian terjadi apabila Sohibullah yang mula-mula main sendiri di tolong oleh Tuah yang menyalakan sumbu mercun bola. Sumbu yang menyala terjatuh ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 40 mercun bola.


Inilah rupanya mercun bola
Letupan menyebabkan Tuah tercampak hampir 2 meter dan pengsan. Sohibullah pulak cedera teruk di muka dan mata kiri. Dia kemungkinan akan buta mata kiri, Tuah pulak di rawat sebagai pesakit luar kerana cedera sedikit di peha dan mata.

Nasihat aku, tak perlulah main mercun atau bunga api. Dari dulu lagi aku anggap bermain mercun dan bunga api macam membakar duit. Imagine kerja susah payah, terbakar macam tu aje. Iyelah...kata lah aku kolot....no fun...bosan...poyo. Tapi cuba fikirkan, worth it ke jadi buta, kudung, melecur semata-mata bunyi "pop" yang sekejap aje.

Berbaloi ke? Cuba jawab, cuba jawab....

Monday, July 23, 2012

Berapa lama agaknya berita pertama cedera main mercun untuk tahun ini akan keluar?

Mercun bola...pfftt..amatur.

Agak-agaknya hari ke berapa dalam bulan Ramadhan tahun ini kita akan mula dengar budak-budak (orang dewasa pun sama) cedera main mercun??

Setiap tahun mesti ada aje keluar berita, takpun mesti ada aje orang kampung (atau taman perumahan) bercerita pasal ada yang cedera.


Aku tak main mercun sebab sayangkan jari-jari dengan anggota badan lain. Lagipun, tak cukup kaya nak buat kerja bakar duit ni.

So, cuba korang bagi tekaan terbaik korang. Hari ke berapa agaknya?

Ads by Nuffnang