Ads by Nuffnang

Friday, January 8, 2010

Anugerah Juara Lagu 2010



Kali terakhir aku betul-betul ambil kisah tentang Anugerah Juara Lagu kat TV3 ni KRU masih lagi menyanyi. Lagu AWAS rasanya. Yang dia ada perform guna api tu. Hebat. Betul-betul lama tu sampai adik beradik tu pun dah tak menyanyi and dah bergerak buat hal-hal lain dah.

Aku follow dulu-dulu pun sebab tiap-tiap tahun mesti ada band rock kapak masuk bertanding. Mega, Fotograf, Ekamatra, Blackrose dan macam-macam lagilah. Tapi sejak rock kapak beralih ke rock leleh, aku dah malas nak ikut dah.

Tapi sejak kebelakangan ini, aku agak intrigue atau tertanya-tanya dengan AJL 2010 (pergghh..aku tahu singkatan dia dah). Mungkin sebab wife aku yang peminat setia Faizal Tahir (dia bertanding dengan lagu Bencinta rasanya) asyik bercerita & tanya-tanya kat aku boleh ke FT menang? FT? Fedaral Territory ke? Ataupun mungkin sebab promo clip AJL 2010 yang bersiaran sekarang agak kreatif.

Tahun ini AJL akan ada 3 pengacara. Faisal Ismail (Hot FM) & Cheryl Samad memang pengacara tetap Juara Lagu mingguan (ini wife aku cerita) dan derang akan di temani oleh Ally Iskandar. Promo TV3 ini boleh tahan kelakar sebab TV3 cuba potray cinta 3 segi tengah berlaku. Kalau ada yang tak pernah tengok, boleh refer pada video bawah ini.





Apa-apa pun besar kemungkinan aku tak dapat tengok pun AJL 2010 ini sebab aku bermain futsal NATS Futsal Sunday yang memang ada setiap hari ahad (www.nakatautaksaje.blogspot.com). Wife aku memang nak aku keluar berfutsal supaya dia boleh conquer TV sorang-sorang.



Btw, kalau tahun ni punya AJL aku menyokong Yuna & maybe another band, wife aku pulak memang all out untuk Faizal Tahir. 

Korang pulak?

Tuesday, January 5, 2010

Yes! Glitterati Status Restored...Thank You Nuffnang!

In my previous post, I blogged about my Glitterati status was changed to an Ordinary Member (Non Exclusive). I was not really downbeat about it. But just felt that I would lose out on opportunities to get the benefits of a Glitterati member. Immediately, I tried to get to the bottom of it.

After reading through some previous postings done by other bloggers, one of the reasons that a Glitterati status of a member can be revoke is if "a blog that has Nuffnang advertisements on it remains dormant for a certain time without any visitors or unique visitors, the Glitterati status can be revoked".

So, I checked my dashboard to see if I have old blogs that I haven't been updating. Yup, I got one really, really old blog that I created and totally forgot about. After deleting it from the Blog Manager at Nuffnang, I just waited to see what happened.

Then, I saw this...........




Yes!!!! Glitterati status re-instated. I guess Nuffnang was just giving their tough love to me. Work hard and you get rewarded. Be lame, take the shame. 

Thanks Nuffnang for making me a Glitterati member again.


Nuffnang Glitterati Status Di Tarik Balik....apakah?

Pagi ini aku seperti biasa aku check akaun Nuffnang untuk tengok kalau ada updates for earnings. Takde. Takpelah, mungkin sebab cui panjang tahun baru.

Tapi perkara yang buat aku sedikit terkedu ialah bertukarnya status Nuffnang Glitterati aku kepada Ordinary Member (Non Exclusive). Setahu aku, hanya Nuffnang sahaja yang aku letak pada Bo Is A Nerd site ini. Nak kata dormant, tiap-tiap hari aku update (tipu sikit) and ada aje visitors (ini aku tak tipu).



Ada perbezaan juga pada status Glitterati & Ordinary member. Ordinary Member tak boleh post pada Innit @ Nuffnang. Glitterati boleh.

Nilai ads Nuffnang juga, Glitterati member lebih tinggi nilainya. Yang lain-lain seperti dijemput pergi ke screening or product launch aku tak berapa heran sebab tahu takkan dapat (gila2 pessimist).

Di harapkanlah pihak Nuffnang dapat kembalikan status itu dalam minggu ini. Kalau tidak, life goes on. Keep on blogging!

P/S: Kalau ada sesiapa yang ada information atau advise untuk dapatkan semula status Glitterati tu, silalah tinggalkan komen. Aku juga akan update jika ada perkembangan. Mungkin ini boleh di jadikan teladan bersama.

Monday, January 4, 2010

Khemah Versus Dewan



Ok! Musim bertandang ke majlis perkahwinan pun sudah selesai. Tapi sebenarnya tak juga sebab masih lagi ada yang melangsungkan perkahwinan pada musim bukan cuti sekolah. Dalam bulan ini sahaja, aku ada 3 lagi majlis yang kena pergi. Nasib baik semua dekat-dekat.

Tapi takpelah. Entri aku kali ini aku buat setelah pemerhatian selama sebulan aku pergi ziarah & menjamah majlis kahwin dari utara hingga selatan Malaysia. Naik gak dekat 4 kilo aku ni setelah habis semua majlis aku pergi.

Aku just nak tanya pada followers Bo Is A Nerd (itupun kalau ada yang baca). Majlis kahwin mana yang korang prefer? Majlis kahwin yang di buat didepan rumah yang menggunakan khemah dan meja-meja yang di letakkan di atas jalan..... ATAU .....Majlis kahwin yang di adakan di dewan-dewan atau hotel-hotel.

Kita cuba tgk setiap satu majlis ini dgn lebih mendalam. (ayat skema)

MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH

(BAIK)

  • Family senang berkumpul kalau majlis di buat di rumah. Lepas tu kalau jiran-jiran semua kalau jenis baik/semangat berjiran dia kuat, boleh lah bergotong royong. Dah saving kat situ. Boleh juga tunjuk kecantikan rumah, kalau rumah orang tu pun cantik.

  • Kebanyakan kawan2 & saudara mara mudah nak jumpa kalau pernah datang rumah. Yang tak permah tu pandai2lah guna map yang ada pada kad jemputan.

  • Pengantin nak "freshen up" pun senang. Naik bilik, solat, tukar baju ke. Tapi jangan tak turun balik ke majlis sudah. Manalah tahu tak tahan ke kan....

  • Rasa less formal. Tak perlu bersudu garfu dan jaga sangat etika makan walupun kena gak maintain bab etika makan tu. Nanti orang cap gelojoh pulak.

(TAK BAIK)
  • Kena tutup jalan. Kalau area kejiranan yang tak bersemangat berjiran tu, susah lah sikit. Mesti ada yang marah, takpun menngumpat dalam senyap..ish ish ish ish.

  • Terbuka pada risiko cuaca yang tak menentu. Kekadang kalau panas pun tak best juga nak makan sebab bila makan, peluh pun berjerih-jerih turun. Kalau hujan pulak, faham2 lah betapa tak selesa.

  • Kekurangan tempat duduk disebabkan orang suka lepak lama-lama dan tak pandai nak bawa diri.

  • Selepas majlis selesai & saudara mara dah balik, tuan rumah kenalah mengadap mengemas rumah. Kekadang proses ini boleh mengambil masa sampai seminggu ataupun lebih. Ada juga yang tak recover-recover juga.
_________________________________________________________________

MAJLIS PERKAHWINAN DI DEWAN

(BAIK)

  • Selalunya majlis di dewan pakai catering services. Semua makanan & perhiasan dewan tak perlu di bimbangkan sangat. Cuma perlu supervision from tuan majlis (tuan rumah).

  • Terlindung dari cuaca panas dan hujan yang tak menentu. Ada sesetengah dewan ada parking berbumbung seperti Dewan Bankuet MBSA kat Shah Alam tu.

  • Jumlah yang hadir boleh di control. Ini kalau majlis jenis "sit down". Ini boleh menjimatkan kos dari segi kad jemputan dan makanan.

  • Tetamu boleh makan dengan selesa walapun adakalanya ada juga dewan yang kurang selesa di sebabkan perkara-perkara lain

(BURUK)

  • Pengantin tak dapat untuk "freshen up" sebab lokasi dewan agak jauh. Kalau hotel, mungkin dah sewa bilik. Soal lainlah tu ye.

  • Tak dapat nak tunjuk rumah kepada yang datang.

  • Rasa formal sebab almaklumlah buat dalam dewan, tertib makan kenalah lebih sikit. Nanti ada pulak yang pandang.

  • Parking kereta mungkin kena bayar. Ini mungkin akan meyusahkan tetamu. Sebab tu kekadang aku tak bagi hadiah best-best sangat sebab dah tahu kena bayar bagai.

  • Majlis "sit down" yang terlalu panjang dan meleret-leret boleh juga menjadikan para tetamu bosan. Nanti ada pulak yang keluar dewan sebelum majlis tamat & tinggallah meja-meja yang kosong.

Itu adalah sikit-sikit baik & buruk mengadakan majlis kahwin di rumah dan di dewan/hotel. Apa-pun, di mana saja majlis diadakan, hendaklah tengok pada bajet kewangan dan keinginan diri atau "preference".

Perkahwinan itu adalah salah satu sunah Rasul. Ia sepatutnya amat mudah dan jangan biarkan perkara-perkara material & sampingan menjadikan ia susah.


So, mana satu pilihan anda? Dewan atau khemah?