Ads by Nuffnang

Saturday, February 13, 2010

Handphone...Handphone..........Pengalamanku dengan handphone

Handphone pertama aku Nokia 3210. Harga masa aku beli RM 550 & beli kat Pertama Kompleks. Itupun jenuh aku kumpul duit kerja part time catering tahun 2000, tahun pertama Diploma kat UITM Shah Alam. Memang hebatlah time tu rasa, lagi-lagi beli pakai duit sendiri.

Nokia 3210...old school

Sejak Nokia 3210, aku pakai Nokia 8210, kemudian Nokia 8250 (Butterfly), Nokia 7650. Aku curang pada Nokia kejap bila aku guna Sony Ericsson Z800i. Kemudian, bila Z800i telah tamat perkhidmatan 4 tahun, aku kembali pada Nokia. Aku sekarang guna Nokia E71.


Semalam aku terpaksa pujuk adik bongsu aku, yang masih sekolah menengah untuk membatalkan niat dia untuk beli phone Nokia X3 yang harganya RM 550. Phone lama kena curi kat asrama MRSM. Kalau duit sendiri takpe, tapi ini dia mengharapkan duit orang lain. Tapi apa-apa hal pun aku memang tak setuju budak-budak zaman sekarang guna handphone mahal-mahal. Kebanyakan function pun tak dia guna. Membazir aje.

Nokia X3

Kalau korang tertanya-tanya berjaya tak aku mengubah niat adik aku tu, yup aku berjaya pujuk dia beli phone yang lebih murah tapi masih lagi ada function MP3, camera & bluetooth. Cukuplah tu kan.

P/s: Bila dah mula earn duit sendiri nanti, along tak tanya. Janji.





Friday, February 12, 2010

Blog Header Bo Is A Nerd

Ramai juga yang tertanya tentang blog header BoIs A Nerd yang unik gak lah. Aku memang admit agak lain lah dari yang lain tapi aku tak boleh ambil kredit untuk blog header tu. Credit must be given where credit is due.

Designer untuk blog header aku tu bernama Ahmad Nasron Abdul Rahman. Nasron @ Nas ni officemate aku kat office yang memang suka tolong aku bila bab design graphic untuk blog aku atau benda-benda yang kreatif ini. Memang tabik habis lah dengan kreativiti mamat nih.

Nas with wife Reena

Kalau ada geng blogger yang berminat nak guna khidmat si Nas ni untuk design any artwork or graphics, bolehlah tinggalkan nama, email and website link pada comments area. Nanti aku forward pada Nas' untuk arrange perjanjian dengan korang. Aku sendiri pun kena bayar untuk blog header tu. Kira adillah, kalau nak yang terbaik mestilah berbelanja sikit.

Aku letak a few of Nas' work down here for you appreciation.

 


NATS Logo

Tune Talk online self help at www.tunetalk.com

Tuesday, February 9, 2010

Tapir ke Tenuk?

Tadi aku & wife tengok Late Night with David Letterman. Malam ni punya show tentang haiwan-haiwan eksotik macam Owl Money dan anteater. 

Tapi masa  seekor binatang ni keluar, aku & wife argue sikit apa nama binatang ni. Dia kata tenuk & aku plak kata tapir. 

So kawan-kawan, apakah nama binatang ni??



Tapir ke Tenuk?



Sunday, February 7, 2010

Apakah Namamu Anakku?


Aku dah tahu jantina bakal anakku. Lelaki. Insya'Allah, lahirlah dia awal bulan May nanti. Aku berdoa setiap hari dia lahir ke dunia sihat dan sempurna. Amin.

Sekarang nak tahu apakah nama yang sesuai untuk di beri. Nasihat orang-orang tua ialah nama patut mempunyai makna yang elok-elok dan sedap di dengar. Kena berhati-hati sebab ada juga nama Arab yang mempunyai maksud yang enak telinga mendengar.

Tapi sekarang generasi muda lebih suka pilih nama yang modern dan simple. Kekadang takde makna di sebaliknya. Ada juga yang bunyinya mengalahkan nama anak omputih.

Faktor lain yang perlu di fikirkan ialah nanti tak nak anak pulak di ejek di sekolah kalau nama dia pelik. Nama timangan juga penting juga nanti.

So, apa pendapat korang tentang nama anak yang sesuai, especially untuk anak lelaki? Adakah nama yang mempunyai makna yang indah atau nama yang modern dan mudah. Kawan-kawan, aku ingin mendengar dari korang.