Pages

Sunday, February 7, 2010

Apakah Namamu Anakku?


Aku dah tahu jantina bakal anakku. Lelaki. Insya'Allah, lahirlah dia awal bulan May nanti. Aku berdoa setiap hari dia lahir ke dunia sihat dan sempurna. Amin.

Sekarang nak tahu apakah nama yang sesuai untuk di beri. Nasihat orang-orang tua ialah nama patut mempunyai makna yang elok-elok dan sedap di dengar. Kena berhati-hati sebab ada juga nama Arab yang mempunyai maksud yang enak telinga mendengar.

Tapi sekarang generasi muda lebih suka pilih nama yang modern dan simple. Kekadang takde makna di sebaliknya. Ada juga yang bunyinya mengalahkan nama anak omputih.

Faktor lain yang perlu di fikirkan ialah nanti tak nak anak pulak di ejek di sekolah kalau nama dia pelik. Nama timangan juga penting juga nanti.

So, apa pendapat korang tentang nama anak yang sesuai, especially untuk anak lelaki? Adakah nama yang mempunyai makna yang indah atau nama yang modern dan mudah. Kawan-kawan, aku ingin mendengar dari korang.







8 comments:

  1. ade byk kelebihan if namekn anak wit name Muhammad...cthnye, name Muhammad ni akan dipangil dulu di padang masyar nnt...ni nak share few Hadis :

    1.Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

    2.Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

    name tu is doa..so choose wisely k =)

    ReplyDelete
  2. like previously i told ya, faiz buqhari bin bokhari affendi.
    nama panggilan: facebook

    ReplyDelete
  3. Annonymous~
    Memang dari awal kandungan isteri, saya dah berniat namanya bermula dengan Muhammad dan inginkan nama keduanya dari kalangan nama2 nabi seperti Nuh atau Yusuff.
    Alhamdulillah, kalau dari scan, mmg rupanya anak lelaki. Separuh doa saya dah termakbul sebab mmg teringin kan anak lelaki.

    Terima kasih berkongsi dua hadith tadi. Insya'Allah akan di jadikan panduan.

    ReplyDelete
  4. Fariz~
    Insya'Allah, nama itu akan diletakkan dalam pertimbangan. Tapi kesian anak aku nnt kena isi borang. Muhammad (nama kedua) Bin Mohd Bokhari Affendi. Aku pun letih nanti nak isi...hehehe..

    ReplyDelete
  5. camne dgn nama2 nabi ni: Daniyal, Armiya..
    anyway, congrats Bo!

    ReplyDelete
  6. Bo, for me I wouldn't name the baby dgn nama yang panjang2 sangat :). Like me.. nak tulis nama for on the answer sheets masa exam tu stress ok.. belum lagi nak jawab soalan. Also, I experience trouble at the immigration almost every time I nak keluar masuk any country. Lagi-lagi kat sini siap debate dengan HK immigration masa nak buat HK Identity Card, I told him family name - yang 3 patah perkataan tu (TZA).. yang first name - 2 patah perkataan kat depan tu, (TF). Tapi tetap diorang tak percaya, nak cakap cantonese tak pass la pulak. lagi satu, sebab nama i panjang sgt, dalam passport muat TF je.. pastu immigration Msia guna additional page untuk letak TFTZA. tu yang menjadikan issue, sebab immigration negara lain only look at the first page, they won't follow the additional page no matter how much I try to explain. Haa, panjang lebar i punya comment untuk kali ni. Kesimpulannya, kalau rezeki I ada baby nanti, I nak namakan satu perkataan je sebab nama Syamsul pun panjang.. :)

    ReplyDelete
  7. kali pertama aku dpt ank lelaki, ambil masa nak bagi nama. sampai terlewat g register... hihihi!! finally kami pilih "adam"
    yg penting jgn la panjang sesangat. bak kata ayh aku "ssh nak tulis jawi..."

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat anak lelaki... kak cabai tak ada rezeki lagi.. semua anak kak cabai perempuan... semoga nama anak nanti sedap di dengar... dan punyai makna yang bertuah...hope ibunya pun sihat...

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang