Ads by Nuffnang

Tuesday, April 6, 2010

Betul ke nak kahwin nih?


Checklist
Kerja yang stabil -Okay
Kereta atau ada sedikit harta - Okay
Simpanan wang - Okay
Girlfriend yang sedap mata memandang, baik & memahami - Okay
Parents dah tanya "Bila nak bagi cucu?" - Oooooookaaayyy
===============================================
Checklist atas tu boleh di gunakan panduan untuk tahu samada dah ready untuk kahwin atau tidak. Tapi betul ke itu aje yang perlu untuk tahu samada dah ready atau tidak untuk kahwin.

Ada isu-isu lain yang yang tak boleh nampak di mata yang perlu di fikirkan. Benda-benda ni selalunya tak di fikirkan orang bila nak menikah. Selalunya yang di fikirkan duit hantaran, barang hantaran, duit untuk buat majlis atau pun kebebasan selepas kahwin nanti. Antara benda lain yang perlu di fikirkan:

  • Kurangkan tahap ego. Kena mula bertimbang rasa pada pasangan.
  • Sedar berkahwin ni satu partnership. Talking and listening is important.
  • Kahwin ni bukan hal main-main macam break lepas tu baik balik semula.
  • Emotional pun kena pandai jaga. Kekadang kalau ikut perasaan, hancurlah relationship.
  • Tanggungjawab lebih. Kalau lelaki, bila dah kahwin nanti kena tanggung dosa isteri dan anak-anak.
Mungkin ada lagi benda yang aku tertinggal, tapi benda penting aku nak sampaikan ni ialah kalau nak kahwin, make sure dah betul-betul ready. Tak boleh agak-agak ready, terus decide nak kahwin.

p/s: Tergerak nak tulis entri nih sebab perjalanan seorang kawan yang sepatutnya sampai ke jinjang pelamin tak kesampaian. Itulah namanya takde jodoh.

Monday, April 5, 2010

Dulu lain, sekarang lain....


Dulu masa kecik-kecik, duduk kat kampung memang senang nak cari benda nak isi masa lapang. Mesti ada aje musim untuk setiap permainan. Dulu yang aku ingat aku memang enjoy main macam lawan gasing, rounders, chopping, perang layang-layang, guli, lala dan kekadang terselit gak aktiviti memancing takpun pergi lubuk cari ikan laga. Apalagi, laga ikan lah. Bila dah besar sikit, baru tahu berdosa lawan ikan nih. Insaf, insaf.

Ikan siam bertarung

Yang paling aku teringat masa musing perang layang-layang, kalau yang lagi terer perang guna wau. Rangka layang-layang takde nak beli siap macam budak-budak sekarang. Dulu pi masuk hutan, cari buluh yang baik punya, aku tak ingat tali guna tali apa tapi aku ingat lagi kitorang pecahkan mentol sampai jadi serpih kecil. Bila dah cukup halus, salut tali layang-layang tu dengan serpih kaca tadi guna gam. Jangan gatal-gatal nak pegang tali tu, mesti tangan luka-luka.

Siapa kalah pi kutip balik layang-layang

Bila dah siap, apalagi, ajak lah perang dengan layang-layang geng lain. Lepas naikkan layang-layang, biar tali layang-layang bergesel sesama tali. Mula lah tarik layang-layang tu, bagi putus tali layang-layang lawan. Siapa terputus tu kalah lah. Kenalah kejar pergi kutip layang-layang tu. Pernah sekali layang-layang yang terputus tu masuk Balai Polis Kamunting. Takde siapa yang berani nak masuk. Polis ada pistol, takut geng.

Itulah pengalaman aku jadi budak kampung, main game yang simple tapi enjoyable. Bila aku tengok budak sekarang, ada yang tergantung PSP kat leher, takpun Gameboy, takpun ada PS3, XBox kat rumah. Takde nak keluar rumah, jumpa dan buat kawan-kawan baru.

Nanti bila baby boy aku dah cukup besar, aku mesti nak ajar dia game-game simple yang aku pernah main. Biar dia belajar having fun tak semestinya kena pakai banyak duit.

Saturday, April 3, 2010

My Fantasy Premier League for Week 33

I have done my transfers for this week. The big game between Manchester United & Chelsea I think would not give to much points to the Chelsea players that I have (Malouda & Drogba), but I will keep them for this week.

I have selected Carlos Tevez as my captain for this week seeing that he scored a hat-trick last week. Pavlyuchenko is my filler striker. Hope he gets points here and there.

Vermaelan comes back into my first 11 after sitting out last week due to suspension.
Only made 1 transfer for this week. Replaced Downing with Kranjcar.

Let me know how your team looks like for Week 33 & rate me team too.

Thursday, April 1, 2010

Tune Talk is now at 16 cents per minit FLAT Rate Nationwide!!!


Nope. This is not an April Fool's Joke!!!!

Tune Talk, the newest mobile network operator is offering the lowest FLAT rate of 16 cents to ALL Networks! Yup. ALL Networks!! You dont have to be part of a group of friends of 8 people, 15 people or whatever. You can make your calls to anyone and to any network at 16 cents per minute.

Previously, Tune Talk introduced its rates as the lowest rate in the country at 22 cents/minute and 5 cents per sms since its launch on 19th August 2009. Now, Tune Talk is doing one step better by offering its subscribers the lowest FLAT rate in the country to ANY network at 16 cents/minute and 5 cent/sms.
Tune Talk rides on Celcom network, so coverage is definitely nationwide and definitely not a problem. So, what are you waiting for. Get your Tune Talk number from Tune Talk's website www.tunetalk.com or your nearest mobile dealer.

Now We're Talking!!