Dulu masa kecik-kecik, duduk kat kampung memang senang nak cari benda nak isi masa lapang. Mesti ada aje musim untuk setiap permainan. Dulu yang aku ingat aku memang enjoy main macam lawan gasing, rounders, chopping, perang layang-layang, guli, lala dan kekadang terselit gak aktiviti memancing takpun pergi lubuk cari ikan laga. Apalagi, laga ikan lah. Bila dah besar sikit, baru tahu berdosa lawan ikan nih. Insaf, insaf.
Ikan siam bertarung
Yang paling aku teringat masa musing perang layang-layang, kalau yang lagi terer perang guna wau. Rangka layang-layang takde nak beli siap macam budak-budak sekarang. Dulu pi masuk hutan, cari buluh yang baik punya, aku tak ingat tali guna tali apa tapi aku ingat lagi kitorang pecahkan mentol sampai jadi serpih kecil. Bila dah cukup halus, salut tali layang-layang tu dengan serpih kaca tadi guna gam. Jangan gatal-gatal nak pegang tali tu, mesti tangan luka-luka.
Siapa kalah pi kutip balik layang-layang
Bila dah siap, apalagi, ajak lah perang dengan layang-layang geng lain. Lepas naikkan layang-layang, biar tali layang-layang bergesel sesama tali. Mula lah tarik layang-layang tu, bagi putus tali layang-layang lawan. Siapa terputus tu kalah lah. Kenalah kejar pergi kutip layang-layang tu. Pernah sekali layang-layang yang terputus tu masuk Balai Polis Kamunting. Takde siapa yang berani nak masuk. Polis ada pistol, takut geng.
Itulah pengalaman aku jadi budak kampung, main game yang simple tapi enjoyable. Bila aku tengok budak sekarang, ada yang tergantung PSP kat leher, takpun Gameboy, takpun ada PS3, XBox kat rumah. Takde nak keluar rumah, jumpa dan buat kawan-kawan baru.
Nanti bila baby boy aku dah cukup besar, aku mesti nak ajar dia game-game simple yang aku pernah main. Biar dia belajar having fun tak semestinya kena pakai banyak duit.
go fly kite - has a whole different meaning
ReplyDelete