Ads by Nuffnang

Friday, June 4, 2010

Empuknya badan ayah ni.....


Rasa-rasa korang si Kaisan ni baring atas apa? Sofa? Tilam? Cushion? Nak tahu si Kaisan ni tidur atas apa? Terus tengok gambar yang selanjutnya....


Yup. Aku lah jadi tempat dia landing sekarang. Berguna juga aku memberatkan badan aku selepas kahwin ni..hehehe. Apa sahaja untuk mu wahai anakku.

Saturday, May 29, 2010

Anda di maafkan...


Beberapa minggu lepas aku ada buat entry tentang pengalaman aku di salah satu franchise McDonald's di Shah Alam. Pengalaman dan layanan yang aku terima masa itu buat aku sedikit panas. Kalau nak tahu yang mana satu entry, klik kat sini "Kita Masih Ketinggalan"

Tetapi baru-baru ini ada salah seorang staf McDonald's cawangan itu yang meminta maaf. Ayat staf bernama Syazana itu berbunyi" Saya crew leader McD Giant Shah Alam. Saya tak tahu pun perkara itu berlaku. Saya minta maaf bagi pihak crew itu"

Mula-mula aku terkejut juga terima response tu tapi dengan ayat dari Syazana yang ikhlas aku senyum sendiri sebab masih ada harapan untuk sektor layanan pelanggan kita. Pada Syazana, saya puji kerana sudi meluangkan masa untuk respon dan teruskan kerja baik sebagai crew leader.

P/s: Kalau dapat Glass World Cup 2010 satu set pun best juga.

McDonalds's Contour Coke Glass kembali..


Contour Coca Cola Glass Meal kembali lagi. Kali ini, McDonald's mengeluarkan gelas minuman eksklusif FIFA yang ada 6 warna dan 6 jenis gerakan bola sepak. Set unik ini di keluarkan sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan (World Cup 2010 South Africa).

Untuk mendapatkan set gelas minuman ini hanya perlu order Large McValue Meal + Sundae. Tip aku, pergilah beli masa time lunch sebab boleh dapat murah sikit dan kalau setakat nak gelas tu, belilah set yang murah-murah aje cukuplah.

P/s: Aku tak bekerja untuk McD atau suka sangat McD cuma rasa set gelas minuman ini agak unik untuk tidak di kumpulkan.

Thursday, May 27, 2010

Kanak-kanak kena jual di China

Budak malang yang kena rantai

Kesian budak dalam gambar atas tu. Di rantai pada tiang di  tepi jalan oleh bapanya dengan tujuan untuk jual anak dia pada sesiapa yang berminat untuk membeli. Di letakkan satu meja dengan details kanak-kanak malang ini yang termasuk nama, tarikh lahir, berat, tinggi dan kebolehan untuk melakukan kerja keras.

Ibu budak ini dah mati 3 tahun lepas dan bapanya dah tak mampu jaga, so ambil keputusan untuk menjual anak dia. Bapa yang tak guna kalau cenggini rupa. Tapi budak ni terselamat bila sekumpulan orang yang lalu-lalang menangkap bapa budak ini semasa dia tengah berusaha untuk menarik perhatian pembeli.

Bapa budak kena tangkap dan di belasah oleh orang ramai

Bapa budak ni menjelaskan yang dia terpaksa menjual sebab dia dah tak mampu menjaga anak dia dan sebenarnya tak berminat dengan duit jualan anak dia. Nasib budak ini baik bila orang ramai menghantar budak tu pada jabatan kebajikan untuk di jaga.

Kenapalah tak fikir awal-awal untuk hantar pada Jabatan Kebajikan? Kan senang?