Ads by Nuffnang

Wednesday, September 15, 2010

Kaisan Beraya Sakan

Alhamdulillah. Tahun ini saya & isteri menyambut kedatangan Syawal bersama buah hati kami, Muhammad Kaisan. Kaisan baru nak masuk 5 bulan tapi dah pandai macam-macam. Eidu-fitri kali ini memang seronok tengok telatah dia lagi-lagi bila tok-tok, uncle-uncle & aunty-aunty dia berebut-rebut nak main-main dengan si Kaisan ni.

Gambar-gambar ni sempatlah saya ambil untuk kenangan Eidu-fitri pertama buat putera kami.

Bersama nenek di pagi Syawal
Atuk mencium Kaisan
Bermain kaki dalam perjalanan ke kampung Taiping
Pandangan tajam Kaisan
Keletihan
Bersama Tok di Rumah Nenek Ngah
Kita minum dulu! Lepas tu sambung kutip duit raya...
Gambar 4 generasi
Kaisan take over driving duties dari saya
Keletihan selepas beraya sakan. Selamat Hari Raya Kaisan =D


Tuesday, September 14, 2010

Adik beradik kembar di laporkan hilang hantar sms pada ibu

Ibu kepada adik beradik kembar 14 tahun dari Kampar yang di laporkan hilang beberapa hari lepas telah menerima sms daripada salah seorang anaknya yang berbunyi "jangan risau kami selamat". Buletin Utama tadi ada melaporkan perkara ini ada juga mengatakan mereka pergi bersama teman lelaki masing-masing. Ibu bapa teman lelaki mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

Yang menjadi persoalan aku, apa yang budak dua ekor ni nak buat selepas dah habis berseronok dengan pasangan masing-masing? Dan bila pula diorang akan decide nak balik ke pangkuan family? Selepas dah mengandung baru nak balik ke? Pada pandangan aku, budak-budak mentah yang hanya baru Form 2 ni patut di ajar cukup-cukup oleh orang tua mereka kalau kembali. Apalah nak jadi dengan bebudak sekarang ni?

Sunday, September 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa Tune Group

Pada hari Khamis lepas, Tune Group (Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, ABL, Lotus F1 Team, KLEC, LCCT & Tune Tones) telah mengadakan majlis berbuka puasa kami di perkarangan Plaza Hamodal Seksyen 13 PJ.

Dapatlah semua warga Tune Group berkumpul untuk sama-sama berbuka puasa. Tetamu kehormat yang hadir seperti Datuk Seri Tony Fernandez, Dato' Kamaruddin Meranun, YB Mentri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, CEOs Tune companies dan seluruh warga Tune Group.

Tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas di mana semua dapat berkumpul. Selalunya masing-masing buat majlis berbuka sendiri.

Sempatlah aku dapat mengambil beberapa gambar untuk buat kenang-kenangan.

Sebelum kedatangan tetamu

Nyanyian dari penghibur majlis
Ucapan oleh Datuk Seri Tony Fernandez
Boss aku kat Tune Talk Jason Lo, macam biasalah menyanyi
Warga Tune Group yang hadir
Berbaris mengambil makanan, Aku, orang ke 5 sebelah kanan
Kerabu mangga
Ikan & Mixed veggies
Makanan lagi!
Kambing golek.....terbaik!
Datuk Seri & YB menderma Tabung Tune Group