Ads by Nuffnang

Saturday, November 27, 2010

Apabila si Kaisan demam

Semalam isteri & aku terpaksa mengambil cuti kecemasan @ Emergency Leave @ EL. Bukan sebab malas nak kerja (malas pun ada juga) tapi sebab anak aku Kaisan tu demam. Malam sebelum dah rasa temperature dia naik tapi ingat selepas bagi ubat dan tidurkan dia Insya'Allah sihat. Rupanya tidak.

Malam tu dia tak tidur lena. Banyak kali juga terjaga. Tak selesalah tu sebab tak sihat. Aku pun check temperature dia. Masya'Allah nak cecah 38 degrees. Kami pun decide awal pagi jumpa doktor Kaisan di Kajang. Jumpa doktor dan memang suhu dia tinggi. 38.3 to be exact. Tinggi dah tu. Doktor bagi ubat demam, selesema, batuk dan antibiotik.

Pagi ni bila check, turun sikit suh badan dia. ALhamdulillah. Demam pada kanak-kanak especially babies ni tak boleh buat main-main. Sebab badan diorang belum kuat macam kita. Orang dewasa pun kalau demam merengek macam baby. Betul tak??

Thursday, November 25, 2010

Ish budak nih!

Inilah apa yang terjadi bila Kaisan dibiarkan tolong mama dia memasak.

 
 

Selamat ulangtahun 7 bulan Muhammad Kaisan. Setiap hari bertambah sayang.

Mana nak cari Penguin Race toy ni?


Selamat pagi! 

Semalam memang sibuk betul sampai tak boleh update apa-apa walaupun banyak benda aku rasa nak update. Kerja, rumah dan study untuk exam yang tak lama lagi memang banyak amik masa aku.

Ini aku nak tanya pada yang sudi menjawab. Mana nak cari Playful Penguin Race toy ni? Masa kecik-kecik dulu aku ada lah, tapi sekarang mana ada dah. Aku tanya sebab aku nak beli untuk anak aku tu, si Kaisan. Saja menambahkan koleksi toys dia.

Kalau ada yang tak kenal toy ni, boleh tengok video ni.



So, kalau ada yang tahu mana aku boleh cari toy ni, silalah tinggalkan komen ye.

Tuesday, November 23, 2010

Apa?? Nak bagi saya Blackberry free?? Okay aje!


"Bo, this is your new BB. Please sync with e-mail. Enjoy!!" Itulah yang ada di atas meja saya pagi semalam. Terus hilang Monday blues. Kalau aku sendiri nak pergi beli Blackberry ni memang takdelah (setia kepada Nokia E71 ku). So, bila company bagi aku BB ni, ambil saja lah! Aku sebenarnya dah agak dah akan dapat memandangkan aku kerja company telco.

Model yang aku dapat ni Blackberry 9300 Curve 3G. Dapat pulak warna merah. Nice! Aku masih lagi jahil dengan BB ni. Applications yang aku dah download biasa-biasa aje macam Facebook, FourSquare, Opera Mini dan itu aje.



Aku akan explore lagi kebolehan Blackberry ni. So far, aku suka BB Messenger sebab its free and boleh buat conference. Oh yeah, aku guna pakej Celcom XPAX BB. Bukan sebab aku belot Tune Talk (insya'Allah, Tune Talk pun akan ada BBM service end of the year). Tapi sebab kalau ada BB tapi tak boleh pakai BBM apa cerita? Exactly! Tengoklah table bawah ini untuk pakej Celcom XPAX BB.


Nak activate pun senang aje kalau memang dah pengguna Xpax. Ikut aje instruction ni.

P/S: Blackberry lagi bagus dari iPhone in my eyes.